Thursday, March 20, 2014

PINTU-PINTU KEBAIKAN

Carilah Pintu-pintu Kebaikan Untuk Terselamat Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Mu'adz bin Jabal ra, dia berkata, "Aku berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkana ku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka!"

Baginda  bersabda maksudnya, "Engkau telah menanyakan sesuatu yang besar kepadaku. Hal itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan Allah, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan janganlah menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya, hendaklah engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadan dan menunaikan haji di Al-Bait."





Kemudian baginda bersabda lagi maksudnya, "Ingatlah, akan ku beritahukan kepadamu beberapa pintu kebaikan: Puasa itu perisai dan sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api serta solat seseorang ditengah malam."

Kemudian baginda membaca ayat, "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." 
(Surah As-Sajdah ayat 16-17)

Kemudian baginda bersabda yang bermaksud, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang pangkal urusan dan sendi serta puncaknya?"

Aku bertanya, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda bersabda, "Pangkal urusan adalah Islam. Sendinya adalah solat.Puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda  bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu maksud dari semua itu?"

Aku berkata, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda memegang lidahnya dan bersabda, "Tahanlah ini!"

Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah kami akan benar-benar dihukumi kerana apa yang kami katakan?"

Baginda  bersabda, "Ibumu mati kerana melahirkanmu. Adakah manusia ditelungkupkan ke neraka pada bagian wajah mereka, melainkan sebagai akibat dari lidah mereka?"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Menurutnya, ini hadis Hasan Sahih.An-Nawawiyah, hal. 81)

Huraiannya :

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa terdapat lima perkara (5 rukun Islam) yang boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga dan menjauhkannya kedalam neraka. 

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Menyembah Allah dan tidak  menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya.

2. Mendirikan solat.

3. Mengeluarkan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadan.

5. Menunaikan haji di Al-Baitullah.

Pintu-pintu kebaikan :

1. Puasa adalah perisai.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari seksa api neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi).

Nabi SAW. menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat. (Hadis Riwayat  Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

2. Sedekah dan solat malam dapat memadamkan kesalahan (seperti air dapat memadamkan api)

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tarmizi)


Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)


3. Pangkal urusan adalah Islam.

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna yang meragkumi semua urusan kehidupan manusia.

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. " (Surah al-Maaidah ayat 3)

4. Sendinya adalah solat.

Sabda Nabi SAW maksudnya :"Solat adalah tiang agama, barang siapa yang mengerjakannya berarti ia menegakkan agama, dan barang siapa meninggalkannya berarti ia meruntuhkan agama" (Hadis Riwayat Baihaqi) 

Solat merupakan penghubung antara hamba dengan Tuhannya. Ia merupakan sebesar-besarnya tanda iman dan seagung-agungnya syiar agama. Solat merupakan tanda syukur atas nikmat yang telah dikaruniakan Allah kepada hambanya. Ia merupakan ibadah yang membuktikan keislaman seseorang. Solat adalah ibadah yang sangat mendekatkan hamba kepada Khaliqnya, 

5. Puncaknya adalah jihad.

Allah menjadikan jihad Fi Sabilillah dengan harta dan jiwa sebagai harga yang pantas untuk memperoleh syurga. Kerana tidak ada amal yang lebih memerlukan kesungguhan dan pengorbanan besar melebihi jihad. Di mana seorang mujahid menyerahkan nyawa dan hartanya demi tingginya kalimat Allah dan tegak agama-Nya.

Allah Ta'ala berfirman,

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah Al-Taubah ayat 111)

Syaikh Abdurrahman bin Nashir as Sa'di menyatakan, jihad ada dua jenis. 

Pertama : Jihad dengan tujuan untuk kebaikan dan pembaikan kaum mukminin dalam aqidah, akhlak, adab (perilaku) dan seluruh perkara dunia dan akhirat mereka serta pendidikan mereka, baik ilmiah dan amaliah. Jenis ini adalah induk dan tonggaknya jihad, serta menjadi dasar.

Kedua :  Jihad dengan maksud menolak orang yang menyerang Islam dan kaum Muslimin dari kalangan orang kafir, munafiqin, mulhid dan seluruh musuh agama dan menentang mereka. 

6. Menjaga Lidah :

Anggota yang paling penting yang  perlu dijaga oleh manusia adalah menjaga dan mengawal lidahnya, kerana lidah boleh menjerumuskan seseorang kedalam api neraka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan , dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan amal soleh yang dinyatakan oleh hadis di atas kerana sesungguhnya segala pintu-pintu kebaikan telah ada dihadapan kita maka amalkanlah dan jauhkanlah diri kita daripada segala amalan dosa dan maksiat.

Pintu-pintu Kebaikan
Dari Mu'adz bin Jabal ra, dia berkata, "Aku berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkana ku ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari neraka!"

Baginda  bersabda, "Engkau telah menanyakan sesuatu yang besar kepadaku. Hal itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan Allah, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan janganlah menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya, hendaklah engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji di Al-Bait."

Kemudian baginda bersabda, "Ingatlah, akan ku beritahukan kepadamu beberapa pintu kebaikan: Puasa itu perisai dan sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api serta solat seseorang ditengah malam."

Kemudian baginda membaca ayat, "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdo'a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
(Surah As-Sajdah ayat 16-17)

Kemudian baginda bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang pangkal urusan dan sendi serta puncaknya?"

Aku bertanya, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda bersabda, "Pangkal urusan adalah Islam. Sendinya adalah solat.Puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda  bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu maksud dari semua itu?"

Aku berkata, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda memegang lidahnya dan bersabda, "Tahanlah ini!"

Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah kami akan benar-benar dihukumi kerana apa yang kami katakan?"

Baginda  bersabda, "Ibumu mati karena melahirkanmu. Adakah manusia ditelungkupkan ke Neraka pada bagian wajah mereka, melainkan sebagai akibat dari lidah mereka?"
(HR. At-Tirmidzi. Menurutnya, ini hadits hasan shahih.An-Nawawiyah, hal. 81)

Oleh : Muhammad Khalil Al-Khathib


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML