Thursday, March 20, 2014

RAHMAT ALLAH

Sesiapa Yang di Pilih Masuk Syurga adalah Kerana Rahmat Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,



Alangkah bahagianya jika hidup kita di dunia ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. kerana mereka yang hidup mendapat rahmat Allah S.W.T cukup berbeza dengan mereka yang hidup mendapat laknat dan kemurkaan Allah S.W.T. 
Ciri-ciri mereka yang mendapat rahmat Allah S.W.T. hidupnya penuh dengan kebahagiaan dan kesyukuraan dengan rezeki yang dikurniakan-Nya, lahirnya kasih sayang dan sentiasa cukup dalam keperluan harian walaupun pendapatannya kecil. Hidup mereka yang tidak mendapat rahmat Allah S.W.T. tidak ada keberkatan akan sentiasa sebuk dengan keseronokkan dunia dan kehidupan berkeluarga pecah belah dan sentiasa bermusuhan kerana rebutkan harta dunia.

Rahmat secara umumnya bermaksud kasih sayang  kasih sayang antara Pencipta yang Maha Agong terhadap hamba-Nya.

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa dan masih berpeluang menjalani ibadah dan menikmati rezeki daripada Allah S.W.T.  semuanya kerana rahmat Allah S.W.T. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam Syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W.  dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah S.W.T. menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan Muslim )

Begitu juga dengan sabda Rasulullah S.A.W.  dari Abu Hurairah r.a maksudnya : "Allah S.W.T. memiliki 100 rahmat. Dari Rahmat-rahmat itu dia menurunkan 1 rahmat untuk para jin , manusia , haiwan dan binatang melata. Dengan rahmat itu juga para makhluk dapat berkasih sayang ,berlemah lembut , dan dengannya juga binatang buas menyayangi anak-anaknya. Allah S.W.T.  mengakhirkan 99 rahmat-Nya yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti."
(Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )

Allah S.W.T.  yang Maha Pemurah  memberikan rezeki kepada semua makhluknya yang hidup di dunia ini samaada mereka orang beriman atau orang yang tidak beriman dikalangan manusia dan jin . Tetapi Allah S.W.T. memberi dengan penuh kasih sayang dan rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Sesungguhnya rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam Syurga Allah S.W.T.  adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah perlulah ada beberapa syarat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada AllahS.W.T.

Dosa yang paling besar disisi Allah S.W.T.  adalah syirik kepada-Nya. Syirik terbahagi dua iaitu syirik besar (akbar) dan syirik kecil (tersembunyi). Allah S.W.T. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya.
.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab,"Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau  menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar."(Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah S.W.T.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah Al Insan, Ayat 25- 26)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Surah Al A’raf,  Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersabda : Allah S.W.T.  berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."
(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." 
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."

Sabda Rasulullah S.S.W.  yang bermaksud :“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah S.W.T. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Dihari akhirat Allah S.W.T.  tidak akan menerima amalan yan g dilakukan tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya." 
(Surah Al-Bayyinah ayat 5)

 Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.  dan mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah An-Nahl ayat 32)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Itulah Syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Al-A’raaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas maka barulah kita layak mendapat rahmat Allah S.W.T . Mereka yang hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa , melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur tidak mungkin akan mendapat reda , kasih sayang dan rahmat Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T.  maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam Neraka, mereka berkata: 'Sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya'. Dan mereka berkata : 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." 
(Surah Al-Ahzab ayat 66-68) 

Firman Allah S.W.T.  maksudnya : "Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (Jahannam)." 
(Surah Ar'd ayat 25). 

Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah S.W.T. jauhkan daripada syirik, sentiasa berzikir, bertaubat,  membuat amal soleh, amal kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah S.W.T. didunia dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah S.W.T. maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan memasuki kita ke dalam Syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

Penuhilah Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rahmat secara umumnya bermaksud kasih sayang  kasih sayang antara Pencipta yang Maha Agong terhadap hamba-Nya.

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertaqwa dan masih berpeluang menjalani ibadah dan menikmati rezeki daripada Allah s.w.t. semuanya kerana rahmat Allah s.w.t.. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam Syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah s.w.t menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan Muslim )

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w dari Abu Hurairah r.a maksudnya : "Allah s.w.t memiliki 100 rahmat. Dari Rahmat-rahmat itu dia menurunkan 1 rahmat untuk para jin , manusia , haiwan dan binatang melata. Dengan rahmat itu juga para makhluk dapat berkasih sayang ,berlemah lembut , dan dengannya juga binatang buas menyayangi anak-anaknya. Allah s.w.t mengakhirkan 99 rahmat-Nya yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti."
(Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )

Allah s.w.t yang Maha Pemurah  memberikan rezeki kepada semua makhluknya yang hidup di dunia ini samaada mereka orang beriman atau orang yang tidak beriman dikalangan manusia dan jin . Tetapi Allah s.w.t memberi dengan penuh kasih sayang dan rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya. Sesungguhnya rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam Syurga Allah s.w.t. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah perlulah ada beberapa syarat yang terdapat di dalam al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t.

Dosa yang paling besar disisi Allah s.w.t. adalah syirik kepada-Nya. Syirik terbahagi dua iaitu syirik besar (akbar) dan syirik kecil (tersembunyi). Allah s.w.t. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab,"Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau  menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar."(Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah Al Insan, Ayat 25- 26)“

Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”(Surah Al A’raf,  Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah s.w.t. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Dihari akhirat Allah s.w.t tidak akan menerima amalan yan g dilakukan tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Firman Allah s.w.t maksudnya :"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya." (Surah Al-Bayyinah ayat 5)

 Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t dan mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah An-Nahl ayat 32)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :Itulah Syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah Al-A’raaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas maka barulah kita layak mendapat rahmat Allah s.w.t. Mereka yang hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa , melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur tidak mungkin akan mendapat redha , kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t. 

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam Neraka, mereka berkata: sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah Al-Ahzab ayat 66-68) 

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (Jahannam)." (Surah Ar'd ayat 25). 

Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah s.w.t. jauhkan daripada syirik, sentiasa berzikir, bertaubat,  membuat amal soleh, amal kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah s.w.t. didunia dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah s.w.t maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan memasuki kita ke dalam Syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

10 Sebab Turunnya Rahmat Allah SWT

Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Pemberi rahmat (kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan rezeki kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesehatan kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal soleh. Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui. Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya,  "Sesungguhnya Allah Ta'ala membela orang-orang yang telah beriman." 
(Surah al-Hajj ayat 38).

Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,. Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh ke dalam syurga. Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari neraka.Segala sesuatu semuanya adalah berkat rahmat Allah Ta'ala. Oleh kerananya seorang muslim perlu mengetahui faktor penyebab, Allah Ta'ala memberikan rahmat kepada makhlukNya, iaitu:

Pertama : Berbuat Ihsan semasa beribadah.

Berbuat Ihsan dalam beribadah kepada Allah Ta'ala dengan menyempurnakan ibadah kepadaNya dan merasa diawasi oleh Allah Ta'ala, bahawasanya kamu beribadah kepada Allah Ta'ala, seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu, dan berbuat baik kepada manusia semaksima mungkin, baik dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Surah al-A'raf ayat 56)

Kedua : Bertakwa dan mentaati perintah-perintah Allah Ta'ala dan menjauhi larangan-Nya.

Dan di antara sebab-sebab yang paling utama untuk mendapatkan rahmat Allah Ta'ala adalah bertakwa kepadaNya dan menaatiNya dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, seperti mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang berhak menerimanya (mustahiq), beriman dengan ayat-ayat Allah Ta'ala, dan mengikuti RasulNya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan rahmatKu meliputi segala  sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi." (Surah al-A'raf ayat 156-157)

Ketiga : Kasih sayang kepada makhluk-makhluk-Nya.

Kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya baik manusia maupun binatang. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda maksudnya,  "Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta'ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka), sayangilah/ kasihlah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian." 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) 

Dan hal itu lebih ditekankan lagi kepada orang-orang fakir dan miskin yang sangat memerlukan. Sedangkan balasan (ganjarannya) sesuai dengan perbuatan, sebagaimana kita berbuat baik, maka kita akan mendapatkan balasan dari kebaikan tersebut.

Keempat : Beriman, berhijrah dan berjihad dijalan Allah Ta'ala.

Beriman, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Baqarah ayat 218).

Maka orang-orang yang beriman selalu mengharapkan rahmat Allah Ta'ala setelah mereka melaksanakan sebab-sebab mendapatkan rahmat iaitu iman, hijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala. Adapun hijrah meliputi berpindah dari negeri orang bukan Islam ke negeri orang Islam dan meninggalkan apa yang dilarang Allah Ta'ala dan RasulNya Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sebagaimana Rasululullah Sallallahu 'aAlaihi Wasallam bersabda maksudnya, "Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala." (Muttafaq 'alaih).

Sedangkan jihad mencakup jihad melawan hawa nafsu dalam menaati Allah Ta'ala, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, "Orang yang berjihad adalah orang yang memerangi hawa nafsunya dalam menaati Allah Ta'ala." 
(Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Sebagaimana jihad meliputi pula jihad melawan syaitan dengan menyelisihinya dan bersungguh-sungguh untuk mendurhakainya dan jihad dalam memerangi orang-orang kafir dan jihad terhadap orang-orang munafik dan pelaku-pelaku maksiat baik dengan tangan, kemudian (jika tidak mampu) dengan lisan, kemudian (jika tidak mampu juga), maka dengan hati.

Kelima : Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mentaati Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mentaati Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (Surah an-Nur ayat 56).

Keenam : Berdoa kepada Allah Ta'ala untuk mendapatkannya dengan bertawasul dengan nama-namaNya yang Maha Pengasih (ar-Rahman) lagi Maha Penyayang (ar-Rahim) atau yang lainnya dari nama-namaNya yang Agung/ Indah, seperti kamu mengatakan :

"Ya Rahman Wahai Yang Maha Penyayang), sayangilah aku (rahmatilah aku), ya Allah  sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmatMu yang luas yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampuni dosaku dan menyayangiku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (Surah al-Kahfi ayat 10).

Dan Allah Ta'ala juga berfirman, maksudnya, "Dan Allah memiliki Asma'ul Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma'ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalah-ertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-A'raf ayat 180).

Maka hendaklah seseorang memohon setiap permintaannya dengan nama yang sesuai dengan permintaannya itu untuk mendapatkannya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu'." (Sursh al-Mukmin ayat 60).

Dan firman Allah Ta'ala dalam ayat yang lain bermaksud, "Dan katakanlah, 'Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik." 
(Surah al-Mukminun ayat 118).

Sungguh Allah Ta'ala telah menyuruh (kita) berdoa dan menjamin ijabah (mengabulkan doa tersebut) dan Dia Maha Suci yang tidak pernah mengingkari janji.

Ketujuh : Mengikuti al-Quran al-Karim dan mengamalkannya.

Mengikuti al-Quran al-Karim dan mengamalkannya. Allah Ta'ala berfirman, yang bermaksud, "Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat." (Surah al-An'am ayat 155).

Kelapan : Menaati Allah Ta'ala dan RasulNya Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana yang  telah dijelaskan sebelumnya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (Surah Ali 'Imran ayat 132).

Kesembilan : Mendengarkan dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al-Quran al-Karim.

Mendengarkan dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al-Quran al-Karim. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." 
(Surah al-A'raf ayat 204).

Kesepuluh : Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala. 


Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat." 
(Surah an-Naml ayat 46). 


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan sepuluh sifat-sifat di atas yang menyebabkan turunnya rahmat Allah Ta'ala Jika rahmat Allah Ta'ala kita perolehi di dunia maka hidup kita akan tenang , bahagia, terhindar daripada musibah dan memudahkan kita beramal ajaran Islam. Begitu pula apabila kita mendapat rahmat Allah Ta'ala di akhirat maka kita akan di masukkan kedalam syurga. Kerana kita masuk syurga dengan rahmat Allah Ta'ala bukan kerana banyaknya amalan kita.

Berdoalah Memohon Rahmat Allah SWT Kerana Rahmat-Nya Mengatasi Kemurkaan-Nya



Sahabat yang dirahmati Allah,
Seseorang akan masuk syurga adalah dengan rahmat Allah SWT bukan kerana amalan-amalannya yang banyak. Amalan-amalan yang dikerjakan di dunia adalah kerana mengikut perintah Allah SWT kerana Dia menyuruh supaya beramal soleh didunia ini. Allah SWT akan mengasihi para hamba-Nya yang beramal soleh dan beribadah semata-mata ikhlas dan untuk mencari keredhaan-Nya.

Limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT tidak akan diberikan-Nya kepada mereka yang suka melakukan maksiat dan dosa dan tidak mahu bertaubat kepada-Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W.  dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah S.W.T. menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih  )

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah S.W.T.  adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah perlulah beriman dan bertakwa dan mengerjakan amal-amal soleh ketika di dunia. Terdapa banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW menyuruh mengerjakan amal soleh.

Firman Allah SWT  yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah An-Nahl ayat 32)

 Firman Allah SWT maksudnya : "Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya." (Surah al-Hadid ayat 21)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Nabi SAW  melalui riwayat Jabir bahawa terdapat seorang hamba Allah SWT yang telah beribadah selama 500 tahun.

Di hari akhirat nanti Allah SWT  menyuruh malaikat:"Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmat-Ku:"

Maka berkata orang itu:"Dengan disebabkan amalku?"

Maka Allah SWT. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah SWT. berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah SWT. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah SWT. berfirman:"Masukkan ia kedalam neraka".

Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmat-Mu."

Lalu Allah SWT. berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".

Kemudian Allah SWT bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada"

Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".

Kemudian Allah SWT. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmat-Ku?".

Jawab orang itu:"Ya Allah, dengan rahmat-Mu."

Allah SWT. bertanya lagi:"Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?".

Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".

Allah SWT. bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?" 

Lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku Engkaulah yang melakukanya."

Allah SWT berfirman:"Maka semua itu adalah dengan rahmat-Ku dan kini Aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmat-Ku."

Malaikat Jibril berkata:"Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah SWT. Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah SWT. berikan pada hamba-Nya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah SWT. sebaliknya memohonlah dengan rahmat-Nya. Sebab hanya dengan rahmat Allah SWT. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah SWT supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah SWT memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam Syurga Firdaus."

Sahabat yang dikasihi,
Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa dan masih berpeluang menjalani ibadah dan menikmati rezeki daripada Allah SWT. semuanya kerana rahmat Allah SWT. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Al-Sonhaji berkata: "Sesetengah orang-orang yang mengabdikan diri kepada Allah dan menyembah-Nya itu ada tiga tingkatan pengabdiannya:

Pertama : Siapa yang mengabdikan diri kepada Allah kerana takutkan neraka-Nya, Allah amankan dia dari apa yang ditakutinya. Ia sesuai dengan maghfirah (keampunan) yang diberikan oleh Allah.

Kedua : Siapa yang mengabdikan diri kepada Allah kerana mengharapkan syurga-Nya, Allah jayakan untuk mencapai apa yang dicita-citakannya. Dan ini sesuai dengan rahmat-Nya yang dikurniakan oleh Allah iaitu syurga-Nya kerana salah satu daripada syurga itu bernama Rahmat.

Ketiga : Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah semata-matu untuk ke hadrat Allah dan tidak kepada yang lain, dialah hamba Allah yang tulus ikhlas yang dilayakkan untuk menerima kehormatan dari Allah SWT.

Semoga kita semua menjadi golongan yang mendapat keampunan Allah, rahmat dan keredaan-Nya. Amin.

Rahmat Allah SWT Berada Bersama Jemaah Islam

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah dan sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri." (Hadis Riwayat Tabarani)

Berdasarkan hadis diatas terdapat tiga perkara pokok untuk dihuraikan :

Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).

Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.

Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri. 

Huraiannya :

Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).

Nabi SAW tidak akan mengaku sebagai umatnya apabila berlaku pecah belah di kalangan umat Islam. Apa saja perbuatan yang boleh mendatangkan salah faham dan timbul syak wasangka dikalangan umat Islam maka ianya dikira sebagai memecah belahkan umat.

Termasuk juga dianggap berpecah belah apabila ada di kalangan umat Islam telah menjauhkan diri daripada kebenaran dan petunjuk lalu dia menghina ulama dan pemimpin Islam dan membenci amal-amal Islami yang dijalankan. Memecah belahkan perpaduan umat Islam dengan menaburkan fitnah, mendatangkan huru-hara, mengadu domba, mengaibkan orang lain, mengumpat dan menimbulkan kebencian sesama umat Islam. Perkara kecil diperbesarkan semata-mata untuk membalas dendam sikap seperti ini adalah sikap orang fasik.

Nabi SAW memberi ancamannya yang keras kepada umatnya yang tidak menjaga lidahnya dan suka membuat "road show" untuk menjatuhkan orang lain kerana hasad dengki, iri hati, ego, sombong dan sifat ujub yang bersarang di dalam hatinya. Apabila fakta-fakta yang diberikan tidak tepat dan tidak ada bahan bukti yang sahih , ianya lahir daripada emosi yang tidak terkawal (marah) untuk menghukum seseorang maka perkara ini di anggap fitnah. 

Terdapat beberapa hadis yang melarang sama sekali perbuatan fitnah memfitnah (untuk memecah belahkan umat Islam) :

1. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Nabi SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)

3. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya" (Hadis riwayat Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

4. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah SAW. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat" 
(Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya)

5. Abu Darda berkata : Rasulullah SAW. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannya di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka".

Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan. 

Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.

Allah SWT akan sentiasa memberi rahmatnya kepada jemaah Islam yang berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT, mengahyati ajaran Islam dan berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja amal makruf dan mencegah kemungkaran. Seseorang yang telah terkeluar daripada Jemaah Islam (kerana melanggar peraturan) perlulah kembali kepangkuan jemaah bukannya terus keluar dan menabur fitnah.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri. 

Sesiapa yang telah terkeluar daripada jemaah ianya umpama kambing yang terkeluar daripada kandangnya maka amat mudah ianya di baham oleh serigala yang berada diluar kandang kambing. 

Memang benar suasana diluar terdapat banyak serigala-serigala yang berkeliaran iaitu orang-orang fasik, munafik dan kafir  yang akan mengambil kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan jemaah dan umat Islam . Mereka tidak akan duduk diam akan mencari peluang dan akan menggunakan orang yang telah kecewa untuk dijadikan "tokoh" untuk menyekat tarbiah, dakwah dan amal Islami . Akhbar arus perdana akan mengambil peluang keemasan ini untuk menghidupkan "fitnah-fitnah baru" yang menjadi bahan-bahan berita yang sensasi. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mempromosikan diri merka dan umat Islam yang tidak berdosa untuk menjadi "muflis" di hari akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama berhati-hati dan berwaspada di atas segala berita dan peristiwa yang berlaku disekeliling kita supaya tidak terhapus segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Amat malang dan rugi sekiranya sekian lama kita beramal soleh tiba-tiba ianya di hapuskan hanya dengan berita fitnah dan berita palsu yang kita dengar samaada melalui media massa , internet, TV, radio dan sembang-sembang dikedai kopi. Syaitan amat suka semakin ramai anggota masyarakat kita menjadi agen membawa fitnah kerana syaitan tidak payah bekerja keras kerana mereka semuanya tidak dapat masuk syurga  dan menjadi kawannya di neraka. Berdoalah kita semuga Allah SWT selamatkan kita daripada fitnah dunia akhir zaman yang menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML