Thursday, March 20, 2014

POLIGAMI

Islam Mengharuskan Berpoligami Untuk Sesiapa Yang Berkemampuan

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebenarnya berpoligami bukanlah satu amalan yang asing dalam kehidupan umat Islam dizaman Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Majoriti sahabat-sahabat Rasulullah SAW hidup berpoligami berbanding yang tidak berpoligami.

Dalam minggu ini kita digemparkan dengan peristiwa manis perkahwinan untuk kali ke3 pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Dalam facebook terdapat komen-komen yang positif dan negatif. Sepatutnya kita tidak boleh berpandangan negatif kerana amalan berpoligami adalah telah disyariatkan oleh Allah SWT, jika berkemampuan al-Quran menjelaskan kawinlah 2,3, dan 4 jika tidak mampu barulah satu sahaja isteri.

Setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza, kemampuan diri kita sendiri tidak boleh disamakan dengan kemapuan orang lain. Mungkin ada orang yang berkemapuan darisegi kewangan tetapi tidak mampu memberikan keadilan darisegi masa dan keadilan.

Apabila membicarakan hukum berpoligami terdapat 3 hukum yang ditetapkan oleh Islam iaitu harus, tidak dibenarkan dan digalakkan (istihbaab)

Firman Allah S.W.T. :

{وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ}

Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Perintah Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya poligami, kerana perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Maka dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.

Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,

{وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ}

Maksudnya : “Dan katakanlah:'Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir” (Surah al-Kahfi:29).

Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah poligami dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?”

Beliau menjawab :  “Poligami hukumnya disunnahkan (dianjurkan) bagi yang mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyebutkan ayat tersebut di atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang wanita, Allah memberi manfaat yang besar bagi umat ini dengan adanya para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)

Adapun selain daripada Nabi S.A.W.  boleh bernikah tidak lebih dari empat orang wanita. Kerana dalam poligami banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan memudahkan bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan.

Adapun bagi yang tidak mampu melakukan itu dan khawatir berbuat tidak adil, maka cukuplah dia menikahi seorang wanita (saja), kerana Allah Ta’ala berfirman,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Semoga Allah senantiasa memberi taufik-Nya kepada semua kaum muslimin untuk kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang lelaki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama baginya untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh  memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya  maka itu lebih utama.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya."(tidak lebih daripada 4 isteri)

Hikmah dan kebaikan poligami :

Hukum poligami telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:

Terdapat 12  hikmah dan manfaat di dalam hukum berpoligami :

Pertama: Terkadang poligami harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak poligami dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isteri sudah dianugerahi ramai anak dan cucu, sehingga kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka masalah ini tidak akan boleh diselesaikan  kecuali dengan poligami, insyaa Allah.

Kedua: Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Ta’ala berfirman,

{وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا}

“Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat 54).

Maka poligami adalah sebab terjalinnya hubungan dan mendekatkan antara banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Ketiga: Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang ramai, dan ini merupakan tuntutan syariat.

Keempat: Di antara kaum lelaki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzinaan dan dia ingin menyalurkan keperluan syahwatnya ditempat yang halal  . Jelaslah ini adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia membenarkan poligami  sesuai dengan syariat-Nya.

Kelima: Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpoligami adalah lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.

Keenam: Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah, sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada jauh daripada isterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia mencari nafkah.

Ketujuh: Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan ramai lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka. Maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kelapan: Kadangkala  seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.

Kesembilan: Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian  suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kesepuluh: Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan boleh diperolehi  dengan poligami dan tidak membataskan jumlah keturunan.

Kesebelas: Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpoligami , seorang isteri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh isteri yang suaminya tidak berpoligami.

Keduabelas: Dan termasuk hikmah dan kebaikan  poligami, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka  suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula  isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan adanya poligami.

Sahabat yang dimuliakan,
Masih terdapat banyak hikmah dan kebaikan lainnya, yang tentu saja orang yang beriman kepada Allah dan orang bertakwa meyakini akan kebenaran hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak ragu-ragu walaupun sedikit daripadanya.
Wahai kaum wanita yang mukmin!
Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.
Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci poligami dan menganggap hukum poligami ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan poligami bukannya alasan bahawa poligami itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan dianatara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan.

Dalam akhbar Harian Metro hari ini 06.06.2911 seorang pelawak Salih Yaccob berkata, "Ini rezeki saya sekeluarga selepas bernikah kali ke 4. Alhamdulillah ia juga peluang saya, isteri-isteri serta anak bercuti dan berkumpul dalam satu keluarga besar." . 

Jarang-jarang berlaku di dalam masyarakat kita seseorang berpoligami sehingga 4 orang isteri dengan dikurniakan hidup bahagia dan saling hormat menghormati di antara para isteri.
Bukanlah satu perkara yang mustahil seorang lelaki berkemampuan mengemudi bahtera kehidupan bersama para isteri seramai 4 orang dalam keadaan rukun damai seperti yang ditunjukkan oleh Salih Yaccob.

Firman Allah SWT. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 3)

Sahabat yang dimuliakan,
Berkahwin dengan  isteri kedua sah hukumnya tanpa meminta izin kepada isteri pertama. Syarat sah nikah tidak disyaratkan izin pada isteri bagi yang akan berpoligami, maka poligami tanpa izin isteri sah pernikahannya dari segi syariah, namun alangkah baiknya ia mendapat keizinan pada isterinya, walaupun bukan syarat sah namun selayaknya ia memberitahu dengan jujur pada isterinya, dan mengemukakan alasan-alasannya seperti yang ditunjukkan oleh isteri-isteri Salih Yaccob.

Isteri Barra’ bin Muawwir r.a berkata kepada Rasulullah SAW : "Aku syaratkan pada suamiku agar jangan menikah lagi!, Maka Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Ucapan itu tidak benar." (Hadis Riwayat Imam Tabrani dan periwayatnya sahih, majmu zawaid Juz 4 hal 255).

Hukum asal berpoligami adalah sunah  kerana Nabi SAW  berpoligami, demikian pula Saydina Abu Bakar shiddiq r.a, Umar bin Khattab r.a, Utsman bin Affan r.a dan Ali bin Abu Talib k.wj, begitu juga para sahabat-sahabat Nabi SAW yang lain.

Berpoligami di dalam Islam dibolehkan dan memberi gambaran kepada kita bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengikhtirafkan kepelbagaian keperluan dan kehendak dalam hidup berpasangan. Bagi memastikan amalan poligami ini diamalkan secara adil dan memberi kesejahteraan kepada keseluruhan umat Islam.

Salah satu hikmah poligami adalah jumlah wanita masa kini yg lebih ramai daripada lelaki , adakah cara penyelesaian untuk membantu kaum wanita yang hidup keseorangan yang memperlukan seorang ketua keluarga yang berwibawa?

Inilah  satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi jumlah wanita yang lebih ramai daripada lelaki. Semoga Allah SWT memberikan kesedaran kepada kita untuk mencintai sunnah Nabi SAW. Islam tidak mewajibkan poligami, tidak pula menghalangnya, bagi yang ingin mengamalkannya maka syariah telah memperbolehkannya, bagi mereka yang takut berlaku tidak adil maka masih banyak sunnah yang lain yg menantinya, sesiapa yang mempertikaikan hukum poligami sebenarnya dia cuba mempertikaikan hukum Allah SWT.

Walaupun poligami adalah sunnah, tanpa keraguan, namun penyelewengan individu memang sering berlaku namun hal itu tak boleh menafikan hukum sunahnya secara keseluruhan . Islam adalah agama yang kesempurna, tidak ada kekurangan ataupun cela dalam segala hal yang fardu dan sunah, yang silap dan salah adalah penganutnya yang tidak mengikut ajaran Islam dengan sebenar-benarnya.

Poligami bukan saja dipandang untuk memenuhi keperluan seksual sahaja tetapi poligami adalah untuk menolong para wanita yang tidak bersuami seperti wanita bujang yang lanjut usia atau ibu-ibu tunggal yang memerlukan suami sebagai tempat berlindung, sebagai pendidik dan sebagai tempat mencurahkan kasih sayang dan penyelesaian masaalah kehidupan. Poligami juga dikira sebagai ibadah kerana dapat tolong menolong sesama muslim dan muslimat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (Surah at-Taubah ayat 71)

Isteri pertama tidak boleh menuduk wanita yang menjadi madunya sebagai 'perampas' suami orang kerana dalam Islam tidak ada istilah 'perampas' kerana istilah tersebut adalah ditaja oleh wanita barat yang anti poligami. Seorang lelaki mempunyai 4 kuota dan harus dipenuhi semuanya jika berkemampuan seperti yang dipraktikkan oleh Salih Yaccob.

Wahai kaum wanita yang solehah! Kalian bersabar dan reda dengan suami kalian adalah sebesar-besar pahala disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada isteri adalah bergantung pada reda suami selagi suami kalian tidak melakukan sesuatu yang maksiat atau berdosa di sisi Allah SWT.

Sahabt yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah SWT. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah SWT. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan akidahnya. Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.

Kebaikan Poligami Dalam Islam



Sahabat yang dirahmati Allah,
Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah s.a.w. bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. 

Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 2)

Jadi, perkara di atas telah menerangkan lebih lanjut tentang berpoligami di dalam Islam dibolehkan dan memberi gambaran kepada kita bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengikhtirafkan kepelbagaian keperluan dan kehendak dalam hidup berpasangan. Bagi memastikan amalan poligami ini diamalkan secara adil dan memberi kesejahteraan kepada keseluruhan umat Islam.
Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu iaitu :

     1. Berkemampuan untuk menyarai nafkah isteri-isteri dan anak-anak; dan
     2. Berlaku adil kepada isteri-isteri.
         i. Adil dalam menyediakan kediaman;
         ii. Adil dalam giliran malam; dan
         iii. Adil dalam musafir.
     3. Memberi didikan agama kepada isteri-isteri.

     Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :
     a. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
     b. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
     c. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;
     d. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
     e. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
     f. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
     g. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
     h. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
     i. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
     j. Menambahkan keturunan-keturunan;

Kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi  “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat "

Nabi s.a.w. menyebut dalam hadis .Daripada `Aisyah r.ha: Bahawa Nabi s.a.w  membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: "Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki."
(Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim)

Kata Abu Daud ketika meriwayat hadis ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi,).

Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah  selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut.

Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang  menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah s.w.t. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah s.w.t. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan aqidahnya.
Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.

Di dalam serah tidak pernah kita dengar ada dikalangan isteri-isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang meminta cerai disebabkan suami mereka berpoligami. Malahan ada dikalangan isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w  menggalakkan suami mereka berpoligami dengan tujuan untuk kemaslahatan umah disebabkan kematian suami.

Kesimpulannya, poligami merupakan hukum Allah s.w.t.yang mempunyai hikmah dan manfaat yang besar baik bagi individu, masyarakat dan umat Islam. Penolakan yang berlaku sekarang adalah kerana kenipisan masyarakat tentang poligami yang menyebabkan syariat ini diragui sehinggakan menganggap ia sebagai sumber kepada kesengsaraan dan kehinaan wanita. Perlu diingat bahawa setiap perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. pasti terselindung kebaikan yang banyak, yang tidak dapat diungkap dengan mata kasar yang tidak menggunakan cermin mata yang berjenama iman dan amal.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T.  memerintahkan kepada semua manusia untuk selalu bersikap adil dalam semua keadaan, baik yang berhubungan dengan hak-Nya maupun hak-hak sesama manusia, iaitu dengan mengikuti ketentuan syariat Allah S.W.T.  dalam semua itu, kerana Dia mensyariatkan agamanya di atas keadilan yang sempurna.

Allah S.W.T. berfirman,

{إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ}

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”
(Surah an-Nahl ayat 90).

Termasuk dalam hal ini, sikap adil di dalam berpoligami, iaitu tidak berat sebelah dalam mencukupi keperluan para isteri dalam hal makanan, pakaian, tempat tinggal dan bermalam bersama mereka. Dan ini tidak bererti harus adil dalam segala sesuatu, sampai dalam hal yang sekecil-kecilnya, yang ini jelas di luar kemampuan manusia.

Sebab timbulnya kesalahpahaman dalam masalah ini, di antaranya karena hawa nafsu dan ketidakpahaman terhadap agama, termasuk kerancuan dalam memahami firman Allah S.W.T.

{وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ}

Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan kamu biarkan yang lain terkatung-katung” (Surah an-Nisa’ ayat 129).

Marilah kita lihat bagaimana para ulama Ahlus sunnah memahami firman Allah yang mulia ini.

Imam asy-Syafi’i berkata, “Sebagian dari para ulama ahli tafsir (menjelaskan makna firman Allah Ta’ala): “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu)…”, (ertinya: berlaku adil) dalam perasaan yang ada dalam hati (rasa cinta dan kecenderungan hati), kerana  Allah S.W.T.  mengampuni bagi hamba-hamaba-Nya terhadap apa yang terdapat dalam hati mereka. “…kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)…” ertinya: janganlah kamu memperturutkan keinginan hawa nafsumu dengan melakukan perbuatan (yang menyimpang dari syariat). Dan penafsiran ini sangat sesuai dan tepat. Wallahu a’lam”

Dalam hadis Rasulullah S.A.W.  (yang shahih) menunjukkan bahawa yang dimaksud dengan adil dalam poligami adalah menyamakan semua isteri dalam keperluan mereka dengan pemberian yang layak bagi masing-masing dari mereka. Jika seorang suami telah menunaikan bagi masing-masing dari para isterinya keperluan mereka yang berupa pakaian, nafkah  dan bermalam dengannya secara layak dan bergilir-gilir, maka dia tidak berdosa dengan apa yang melebihi semua itu, berupa kecenderungan dalam hati, atau memberi hadiah kepada salah satu dari mereka

Oleh kerana itulah, Rasulullah S.A.W. berkata (dalam doa baginda), “Ya Allah, inilah pembagianku (terhadap istri-istriku) yang aku mampu (lakukan), maka janganlah Engkau mencelakanku dalam perkara yang Engkau miliki dan tidak aku miliki” Kemudian Allah melarang “kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)”,

Imam Mujahid berkata, “ Janganlah kamu sengaja berbuat buruk (aniaya terhadap istri-istrimu), akan tetapi tetaplah berlaku adil dalam pembagian (giliran) dan memberi nafkah (keperluan hidup) kerana ini termsuk perkara yang mampu dilakukan manusia”

Imam Ibnu Katsir berkata, “maksud ayat di atas : "Wahai manusia, kamu sekali-kali tidak akan dapat bersikap adil (menyamakan) di antara para istrimu dalam semua segi, karena meskipun kamu membagi giliran mereka secara lahir semalam-semalam, (akan tetapi) mesti ada perbedaan dalam kecintaan (dalam hati), keinginan syahwat dan hubungan intim."

Sahabat yang dimuliakan,
Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia, yang pada asalnya tidak tercela, selama tidak melampaui batas. Maka dalam hal ini, wajib bagi seorang muslim, terutama bagi seorang wanita muslimah yang dipoligami, untuk mengendalikan kecemburuannya. Kerana cemburu yang melampaui batas boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, seperti berburuk sangka, dusta, mencela, atau bahkan kekafiran, iaitu jika kecemburuan tersebut menyebabkannya membenci ketentuan hukum yang Allah syariatkan.

Allah S.W.T.  berfirman,

{ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنزلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ}

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada ketentuan (syariat) yang diturunkan Allah sehingga Allah membinasakan amal-amal mereka” (Surah  Muhammad ayat 9).

Demikian pula perlu diingatkan bagi kaum lelaki untuk lebih bijaksana dalam menghadapi kecemburuan para wanita, kerana hal ini juga terjadi pada diri wanita-wanita terbaik dalam Islam, iaitu para isetri Rasulullah S.A.W. Dan baginda menghadapi semua itu dengan sabar dan bijaksana, serta menyelesaikannya dengan cara yang baik.

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Asal sifat cemburu adalah merupakan watak bawaan bagi wanita, akan tetapi jika kecemburuan tersebut melampuai batas dalam hal ini sehingga melebihi (batas yang wajar), maka itulah yang tercela.

Terdapar sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Atik al-Anshari radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesunguhnya di antara sifat cemburu ada yang dicintai oleh Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun kecemburuan yang dicintai-Nya adalah al-ghirah (kecemburuan) terhadap keburukan. Sedangkan kecemburuan yang dibenci-Nya adalah kecemburuan terhadap (perkara) yang bukan keburukan”

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (kerana melampaui batas) adalah:

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

2. Bisikan dan godaan syaitan.

3. Hati yang berpenyakit

4. Ketidak-adilan suami dalam memperlakukan dan menunaikan hak sebagian dari isteri-isterinya.

5. Isteri hanya ikut emosi dan tidak berpandukan akal yang waras.

6. Suami suka menyebutkan kelebihan dan kebaikan seorang isterinya di hadapan isterinya yang lain.

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

2. Mengingat dan memperhitungkan pahala yang besar bagi wanita yang bersabar dalam mengendalikan dan mengarahkan kecemburuannya sesuai dengan batasan-batasan yang dibolehkan dalam syariat.

3. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

4. Bersangka baik kepada suami dan madunya yang lain

5. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

6. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

7. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

Nasihat untuk suami dan isteri-isteri yang berpoligami.

1. Nasehat untuk suami yang berpoligami

- Bersikap adillah terhadap isteri-isterimu dan hendaklah selalu bersikap adil dalam semua masalah, sampai pun dalam masalah yang tidak wajib hukumnya. Janganlah kamu bersikap berat sebelah terhadap salah satu dari isteri-isterimu.

- Berlaku adillah terhadap semua anakmu dari semua isterimu. Usahakanlah untuk selalu mendekatkan hati mereka, misalnya dengan menganjurkan isteri untuk menyusui anak dari isteri yang lain. Jelaskanlah kepada mereka bahawa mereka semua adalah saudara. Jangan biarkan ada peluang bagi syaitan untuk merusak hubungan mereka.

- Sering-seringlah memuji dan menyebutkan kelebihan semua isteri, dan tanamkanlah kepada mereka keyakinan bahawa tidak ada kecintaan dan kasih sayang yang abadi  kecuali dengan mentaati Allah S.W.T. dan mencari keredaan suami.

- Janganlah menceritakan ucapan salah seorang dari mereka kepada yang lain. Janganlah menceritakan sesuatu yang bersifat rahsia, kerana rahsia itu akan cepat tersebar dan disampaikannya kepada isteri yang lain, atau dia akan membanggakan diri bahawa dia mengetahui rahsia suami yang tidak diketahui isteri-isteri yang lain.

- Janganlah kamu memuji salah seorang dari mereka, baik dalam hal kecantikan, kepandaian memasak, atau akhlak, di hadapan isteri yang lain. Kerana ini semua akan merusak suasana dan menambah permusuhan serta kebencian di antara mereka, kecuali jika ada pertimbangan masaalah atau kebaikan yang diharapkan.

- Janganlah kamu mendengarkan ucapan salah seorang dari mereka tentang isteri yang lain, dan tegurlah dan laranglah perbuatan tersebut, supaya mereka tidak terbiasa saling memburuk-burukkan di antara satu sama yang lain.

2. Nasihat untuk isteri pertama :

- Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, dan ketahuilah bahawa sikap menentang dan tidak menerima akan membahayakan bagi agama dan kehidupanmu.

- Terimalah semua kekuranganmu yang diingatkan oleh suamimu. Kerana boleh jadi itu merupakan sebab dia berpoligami. Kalau kekurangan-kekurangan tersebut berhasil kamu atasi maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. atas petunjuk-Nya.

- Berikanlah perhatian besar kepada suamimu dan sering-seringlah memujinya, baik di hadapan atau di belakangnya, terutama di hadapan keluargamu atau teman-temanmu, kerana ini termasuk hal yang boleh memperbaiki hati dan lisanmu, serta menyebabkan keredaan suami padamu. Dengan itu kamu akan menjadi contoh tauladan yang baik bagi para wanita yang menentang dan mengingkari syariat poligami, atau mereka yang merasa disakiti ketika suaminya berpoligami.

- Janganlah kamu mendengarkan ucapan orang jahil yang punya niat buruk dan ingin menimbulkan permusuhan antara kamu dengan suamimu, atau dengan madumu. Janganlah kamu mudah menyimpulkan sesuatu yang kamu dengar sebelum kamu meneliti kebenaran berita tersebut.

- Janganlah kamu menanamkan kebencian dan permusuhan di hati anak-anakmu kepada isteri-isteri suamimu dan anak-anak mereka, kerana mereka adalah saudara  anak-anakmu. Ingatlah bahawa tipu daya yang buruk hanya akan menimpa pelakunya.

- Jangalah kamu merubah sikap dan perlakuanmu terhadap suamimu. Janganlah biarkan dirimu menjadi bahan permainan syaitan, serta mintalah pertolongan dan berdolah kepada Allah S.W.T.  agar Dia menguatkan keimanan dan kecintaan dalam hatimu.

3. Nasihat untuk isteri yang baru dikahwini :

- Ketahuilah bahwa kerelaanmu di kawini oleh seorang yang telah beristeri adalah kebaikan yang besar dan menunjukkan kuatnya iman dan takwa dalam hatimu, insya Allah. Fahamilah ini semua dan harapkanlah ganjaran pahala dari Allah S.W.T. atas semua itu.

- Gunakanlah waktu luangmu ketika suamimu berada di rumah isterinya yang lain dengan membaca al-Quran, mendengarkan ceramah-ceramah agama yang bermanfaat, dan membaca buku-buku yang berfaedah, atau gunakanlah untuk membersihkan rumah dan merawat diri.

- Jadilah engkau sebagai daie (penyeru) manusia ke jalan Allah S.W.T.  dalam hukum-Nya yang mulia ini. Fahamkanlah mereka tentang hikmah-Nya yang agung dalam syariat poligami ini. Janganlah engkau menjadi penghalang bagi para wanita untuk menerima syariat poligami ini.

- Janganlah bersikap enggan untuk membantu atau mengasuh isteri-isteri suami dan anak-anak mereka jika mereka memerlukankan pertolonganmu. Kerana perbuatan baikmu kepada mereka bernilai pahala yang agung di sisi Allah dan menjadikan suami reda kepadamu, serta akan menumbuhkan kasih sayang di antara kamu dan mereka.

- Janganlah kamu ceritakan kekurangan dan keburukan suami dan madu yang lain. Jangan  menceritakan kepada orang lain bahwa suami berpoligami kerana tidak menyukai isterinya yang pertama, kerana ini semua termasuk perangkap syaitan.

- Jangan kamu berusaha menimbulkan permusuhan antara suami dengan isterinya yang lain, agar dia semakin sayang padamu. Kerana ini adalah perbuatan namiimah (mengadu domba) yang merupakan dosa besar. Berusahalah untuk selalu mengalah kepadanya, kerana ini akan mendatangkan kebaikan yang besar bagi dirimu.

Sahabat yang dikasihi,
Demikianlah keterangan tentang poligami yang menunjukkan sempurnanya keadilan dan hikmah dari hukum-hukum Allah S.W.T. Semoga ini semua menjadikan kita semakin yakin akan keindahan dan kebaikan agama Islam, kerana ditetapkan oleh Allah S.W.T. yang Maha Sempurna semua sifat-sifat-Nya. Oleh itu marilah kita sama-sama mendidik diri kita untuk sentiasa taat kepada Allah S.W.T. dan menjauhi segala larangan-Nya. Berpoligami boleh mendatangkan kebaikan dan pahala yang besar disisi Allah S.W.T. tetapi poligami boleh juga boleh menjerat suami kepada dosa dan boleh mengheret isteri kepada derhaka kepada suami. Justeru itu tepuk dada dan tanya iman kita dimana kedudukan kita semua?

Hikmah dan Kebaikan Poligami Dalam Islam
Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila membicarakan hukum berpoligami terdapat 3 hukum yang ditetapkan oleh Islam iaitu harus, tidak dibenarkan dan digalakkan (istihbaab)

Firman Allah S.W.T. :

{وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ}

Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Perintah Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya poligami, kerana perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Maka dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.

Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,

{وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ}

Maksudnya : “Dan katakanlah:'Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir” 
(Surah al-Kahfi:29). 

Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah poligami dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?” 

Beliau menjawab :  “Poligami hukumnya disunnahkan (dianjurkan) bagi yang mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyebutkan ayat tersebut di atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang wanita, Allah memberi manfaat yang besar bagi umat ini dengan adanya para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)

Adapun selain daripada Nabi S.A.W.  boleh bernikah tidak lebih dari empat orang wanita. Kerana dalam poligami banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan memudahkan bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan. 

Adapun bagi yang tidak mampu melakukan itu dan khawatir berbuat tidak adil, maka cukuplah dia menikahi seorang wanita (saja), kerana Allah Ta’ala berfirman,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Semoga Allah senantiasa memberi taufik-Nya kepada semua kaum muslimin untuk kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang lelaki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama baginya untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh  memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya  maka itu lebih utama. 

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya."(tidak lebih daripada 4 isteri)

Hikmah dan kebaikan poligami :

Hukum poligami telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:

Terdapat 12  hikmah dan manfaat di dalam hukum berpoligami :

Pertama: Terkadang poligami harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak poligami dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isteri sudah dianugerahi ramai anak dan cucu, sehingga kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka masalah ini tidak akan boleh diselesaikan  kecuali dengan poligami, insya Allah.

Kedua: Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Ta’ala berfirman,

{وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا}

“Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat 54).

Maka poligami adalah sebab terjalinnya hubungan dan mendekatkan antara banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Ketiga: Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang ramai, dan ini merupakan tuntutan syariat.

Keempat: Di antara kaum lelaki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzinaan dan dia ingin menyalurkan keperluan syahwatnya ditempat yang halal  . Jelaslah ini adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia membenarkan poligami  sesuai dengan syariat-Nya.

Kelima: Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpoligami adalah lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.

Keenam: Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah, sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada jauh daripada isterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia mencari nafkah.

Ketujuh: Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan ramai lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka. Maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kelapan: Kadangkala  seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.

Kesembilan: Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian  suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kesepuluh: Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan boleh diperolehi  dengan poligami dan tidak membataskan jumlah keturunan.

Kesebelas: Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpoligami , seorang isteri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh isteri yang suaminya tidak berpoligami.

Keduabelas: Dan termasuk hikmah dan kebaikan  poligami, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka  suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula  isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan adanya poligami.

Sahabat yang dimuliakan,
Masih terdapat banyak hikmah dan kebaikan lainnya, yang tentu saja orang yang beriman kepada Allah dan orang bertakwa meyakini akan kebenaran hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak ragu-ragu walaupun sedikit daripadanya.

Wahai kaum wanita yang mukmin!
Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.

Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci poligami dan menganggap hukum poligami ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan poligami bukannya alasan bahawa poligami itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan dianatara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML