Konsep Ibadah Dalam Islam
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibadah merupakan salah satu daripada perkara yang penting bagi setiap muslim.Ibadah juga antara cara bagaimana kita hendak mendekatkan diri kita kepada Allah.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu,Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan.Sesungguhnya Allah,Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.”(Surah Az-Zariat ayat 56-58)
Pada hakikatnya pengabdian terhadap Allah SWT. merupakan suatu kebebasan yang hakiki, jalan bagi mencapai kepada ketuanan yang sejati, kerana Allahlah yang boleh membebaskan hati nurani manusia dari perhambaan kepada sebarang makhluk dan memerdekakannya dari perhambaan dan kehinaan serta tunduk kepada yang lain dari Allah seperti tunduk kepada tuhan-tuhan palsu, berhala, manusia yang selalunya memperhamba dan mengongkong keyakinan manusia dengan sekuat-kuatnya miskipun pada lahirnya mereka bertindak seperti tuan yang bebas dan merdeka.
Perhambaan diri kepada Allah SWT itu membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kerana dalam hati manusia ada keperluan sejati kepada Allah, kepada Tuhan yang disembah yang mana dia bergantung kepada-Nya dan berusaha serta bekerja untuk mencapai keredaan-Nya. Jika yang disembah itu bukan Allah Yang Maha Esa tentulah manusia akan meraba-raba meyembah bermacam-macam tuhan dari setiap objek benda dan khayalan yang ada dalam pemikiran dan yang berada di sekeliling mereka.
Tidak ada sesuatu pekerjaan yang paling mulia bagi manusia yang berakal selain dari beribadah menyembah Allah SWT yang menciptanya dan menjadikan dirinya dengan sebaik-baiknya dan perkerjaan yang seburuk-buruknya kepada seorang manusia itu pula ialah menafi dan mendustakan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka menyembah dan mengabdikan diri mereka kepada tuhan yang lain dari Allah SWT.
Seorang hamba abdi yang taat kepada tuannya tentulah akan merasa senang dan gembira kerana ia tahu apa yang disukai oleh tuannya lalu disempurnakannya suruhan itu dengan segala senang hati dan disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Manakala seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan selalu bertelingkah antara sesama mereka; yang satu menyuruh hamba itu melakukan sesuatu yang ditegah oleh yang lain, maka alangkah susah dan deritanya hamba tersebut itu untuk melakukan perintah-perintah tuan yang saling bertentangan perintahnya antara satu tuan dengan tuan yang lain.
Kalau orang yang menyembah selain dari Allah SWT menjadi musyrik (kafir di- sebabkan ia melakukan perbuatan syirik), maka begitulah juga orang yang takabur menjadi musyrik (orang syirik),
Kajian menunjukan bahawa semakin besar keangkuhan seseorang yang enggan tunduk dan patuh beribadah (mengabdi diri) kepada Allah SWT, semakin besar kesyirikannya dengan Allah, kerana menurut kebiasaannya semakin banyak takabur tidak mahu menyembah Allah semakin bertambahlah pergantungan manusia itu terhadap makhluk yang dicintainya yang menjadi pujaan utama bagi hatinya; yang demikian mereka akan menjadi musyrik dengan sebab menjadikan dirinya hamba (menyembah) kepada selain dari Allah SWT.
Hati atau keyakinan manusia tidak akan terlepas dari perhambaan kepada makhluk kecuali mereka menjadikan Allah sebagai Tuhannya yang sebenar dan sejati (Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah), tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT, tiada tempat bergantung dan meminta pertolongan melainkan dari-Nya, Tidak merasa gembira melainkan dengan apa yang disukai dan diredai-Nya, tidak ia benci melainkan apa yang dibenci oleh Allah, tidak ia memusuhi kecuali orang yang Allah memusuhinya, tidak ia kasih melainkan kepada orang yang di kasihi oleh Allah, tidak ia memberi kecuali kerana Allah dan tidak ia melarang kecuali kerana Allah.
Semakin tulus keikhlasan seseorang itu kepada Allah maka semakin sempurnalah ubudiyahnya (perhambaanya) kepada Allah SWT dan terlepas dari pergantungannya kepada sesama makhluk, dengan sempurna ubudiyahnya kepada Allah SWT maka sempurnalah kesuciannya dari sifat syirik.
Terdapat beberapa perkara yang perlu kita amalkan untuk menjadikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
1. Ibadah kita mestilah dilakukan dengan penuh khusyuk. Bagaimana hendak khusyuk dalam beribadah?Antaranya kita mestilah mengetahui maksud yang terkandung dalam bacaan kita seperti ayat al-Quran mahupun zikir kita.
2. Buangkan segala kesibukan dunia sewaktu beribadah kepada Allah SWT.
Berkata ulama : "Sembahyang itu merupakan urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah keluar dari urusan dunia."
3. Sentiasa rasa tidak cukup dengan ibadah yang telah dilakukan dan rasa ingin menambah ibadah yang kita lakukan.
4. Sentiasa mengambil berat terhadap ibadah yang perlu dilakukan (qiamullail, solat fardu, solat duha, solat terawih, puasa Ramadan dan puasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain)
5. Luangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran. dan baca terjemahannya sekali.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kamu wajib melazimkan dirimu dengan membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit”(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
6. Sentiasa berdoa kepada Allah, memohon perlidungan dari segala bala bencana dan fitnah dunia akhir zaman. Jadikan doa sebagai perantaraan antara kita dengan Allah SWT . Kita mestilah memilih doa-doa yang mathur seperti al-Mathurat, ia adalah antara amalan yang baik untuk diamalkan, baik diamalkan pada waktu pagi dan petang.
7. Setiap ibadah yang kita lakukan mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
8. Ibadah yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT akan melahirkan sifat ihsan. Ihsan ditakrifkan sebagai yang disabdakan oleh Nabi SAW maksudnya : "Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis Muttafaqun 'Alaih).
9. Ibadah yang di lakukan mestilah mempunyai hubungan dengan Allah SWT.
Sekiranya ibadah yang kita lakukan itu hanyalah semata-mata inginkan pujian atau menunjuk-nunjuk, maka dia hanya peroleh penat dan letih sahaja.
Sahabat yang dimuliakan,
Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah SAW. para sahabat, tabi’in dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana seorang hamba begitu gembira dan begitu senang memuji-muji kebesaran Allah SWT. ini semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada Tuhannya sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. Begitu juga apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya. Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan maka hendaklah engkau bertasbih memuji Tuhanmu serta jadilah dari golongan orang-orang yang sujud beribadah dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepadmu perkara yang tetap (iaitu mati)”. (Surah al-Hijr ayat 97-99)
Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya memuji kepada Allah SWT. Firman Allah SWT. maksudnya:
“Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia berduyun-duyun masuk agama Allah . maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima taubat”. (Surah an-Nasr ayat 1-4)
Sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana yang telah kita faham sebelum ini runglingkup ibadah itu adalah terlalu luas sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu ibadah merupakan semua kegiatan hidup manusia itu sendiri yang sesuai dengan syariat Islam yang suci dan murni itu, oleh itu bolehlah difaham ibadah dalam Islam bermula sejak dari adab-adab masuk ketandas mengerjakan qadak hajat hinggalah sampai kepada bagaimana cara mengurus kewangan dan mentadbir negara.
Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat apabila ia menepati dengan kehendak syarak, tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah SWT dikerjakan mengikut peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas semata-mata dilakukan kerana mencari keredaan Allah SWT.
Apabila kita lakukan ibadah kepada Allah SWT jauhkan diri dari perasaan riak (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga dengan memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Kita juga hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah.
Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezeki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

No comments:
Post a Comment