Sedar la wanita..jaga la maruah anda...lelaki tetap untung...anda yg terima akibat
ADAKAH INI YANG ANDA MAHU????? |
Sejahat-jahat lelaki tetap mereka akan cuba sedaya mungkin untuk memilih wanita yang baik dan soleh untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anak yang bakal diperolehi... selebihnya yang telah tergadai dara dan tubuh hanyalah menjadi persinggahan sementara buat lelaki untuk melampias hawa nafsu yang bergelora.
Ramai gadis-gadis yang tertewas dek pujukan anak adam yang penuh dengan tipu daya licik... untuk pengetahuan, walaupun orang lelaki diberikan 9 akal dan hanya 1 nafsu, hampir 24 jam sehari kehidupan lelaki berkisarkan seks baik dari segi pemikirannya, perbuatannya, penglihatannya, percakapannya dan sebagainya. Sesetengah lelaki akan timbul ghairahnya walaupun sekadar memandang perempuan. Justeru, islam menggariskan lelaki dan perempuan untuk menjaga batas-batas pergaulan dan juga menutup aurat bagi mengelak fitnah dan naik syahwat.
Gadis pula walaupun dikurniakan 9 nafsu tetapi Allah telah mengurniakan perasaan malu untuk mengimbangi tuntutan hawa nafsu yang bergelora. Namun jika dipujuk rayu, hilanglah sifat malu tersebut lalu diserahkan secara haram jiwa dan raga kepada lelaki-lelaki yang jahat.
Status dara adalah amat penting untuk mengambarkan ketinggian maruah serta kesucian pemiliknya. Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan wanita yang masih mempunyai dara sebagai isteri dan alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan. Para lelaki harus memilih bakal isteri yang baik dan suci demi meneruskan kesucian nasab keturunan anak-anak cucu di masa hadapan.
Jangan dipandang enteng pada status tiada dara kerana ianya banyak menimbulkan kesan yang buruk dalam kehidupan anda, wahai kaum-kaum perempuan.
Janganlah cuba disamakan status kehilangan dara dengan kenyataan berbau sekular seperti ' apa gunanya bertudung menutup aurat sedangkan hatinya hitam.... tengok diriku ini mendedahkan auratku tetapi hati dan amalku baik'. Menutup aurat adalah tuntutan wajib bagi setiap muslim dan tiada kaitan dengan perilaku tuan tubuh. lazimnya, penutup aurat yang melakukan ikhlas kerana allah merasa segan untuk melakukan kemungkaran kerana merasa diri mereka sentiasa berada di bawah pemerhatian allah. Sama juga dengan kenyataan 'ada dara atau tiada dara saya tidak kisah... asalkan kesediaan si dia untuk berubah menjadi isteri yang baik'... kehilangan dara akibat menurut hawa nafsu adalah satu perbuatan terkutuk yang sehina-hinanya di muka bumi ini. Mohonlah pada allah untuk keampunan sekiranya ada saudari-saudari yang sudah terlanjur. Berhati-hati memilih kawan insyaallah anda akan selamat.
Bagi yang masih dara... serahkanlah dara anda kepada suami anda yang tercinta. Insyaallah anda akan beroleh kebahagiaan di dunia
No comments:
Post a Comment