Saturday, February 22, 2014

FIKIR DAN TERUS BERFIKIR

Fikir dan Terus Berzikir

السَّلاَمُ عَلَيْكُم

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Mulai hidup dengan berfikir, melihat keindahan ciptaan Allah SWT dan melihat penciptaan diri kita yang cukup indah , lengkap dan sempurna. Manusia diciptakan-Nya lebih indah dan cantik berbanding dengan penciptaan haiwan.  Pastikan hidup kita dipenuhi dengan zikir dan mengingati Allah SWT. dengan berzikir akan mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan.

KEINDAHAN DAN KESEMPURNAAN INSAN

Allah SWT menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik dan seindah kejadian. Bentuk rupa paras yang lengkap dengan organ-organ dalaman, urat saraf, tulang-tulang, darah, isi dan kulit termasuklah akal fikiran, hati perasaan dan nyawa yang tiada bandingannya dengan gantian yang tiruan yang secocok untuk setiap kehidupan. yang mana keindahan ini secara langsung adalah dari ciptaan Allah yang sempurna.

Sebagai seorang manusia? Pernahkah kita menghitung-hitungnya?

Berapakah nilai harga "RM" seorang manusia yang sesungguhnya?

Berapakah nilai harga seluruh anggota badan kita?

Cuba kita bandingkan semua ciptaan manusia di dunia kita semuanya kena bayar, kena cukai dan sebagainya. kalau tak bayar kena saman...

Hatta harga satu-satu oran seperti Hati saja berharga RM300.000,

SUBHANALLAH MAHA KUASA ALLAH...
Berapa harga kos satu jantung...?, sepasang buah pinggang..? mata... dll ? mungkin sekirannya kita kira dan hitung hampir atau tiada nota untuk JUTAAN RINGGIT untuk satu nyawa....

Subhanallah...Semuanya kurniaan untuk satu ciptaan adalah 'FREE' dari Allah SWT...

KENAPA kita tahu, kita faham tapi masih tidak takut pada ALLAH YANG MAHA ESA MAHA PENCIPTA...?

Astagfighrullahaladzim...KEJAMnya manusia...apabila diuji kesusahan, kesakitan akibat kelalaian, semua menyalahkan Allah...dah dapat FREE nyawa pun masih tidak menghargai.

Pernahkah kita merasa bersyukur...?

Sudahkah kita laksanakan TUGASAN apa yang Allah suruh...?

ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!!
Marilah kita Insaf..FIKIR dan ZIKIR menyucikan dan membersihkan diri kita. InsyaAllah

Amin ya Allah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan beramai-ramai, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat." (Surah An-Nasr: 1-3).
(Di petik daripada tulisan Hati Sufi)

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML