Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat sepuluh adab-adab yang perlu dimiliki oleh orang mukmin semoga amalnya di terima oleh Allah SWT:
Pertama : Sifat orang mukmin cukup menjaga adab dalam percakapannya dan tidak melaknat dan bercakap lucah.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ، وَلاَ اللَّعَّانِ، وَلاَ الْفَاحِشِ وَلاَ الْبَذِيءِ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Maksudnya : “Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, suka melaknat dan yang keji (samada perkataannya atau perbuatannya) dan yang kotor mulutnya (sekalipun perkataanya itu benar)”. (Hadis riwayat Tirmizi dan beliau berkata: Hadis hasan gharib dan al-Albani menganggapnya sahih).
Jika ada pemimpin dalam masyarakat kita yang melabelkan segolongan rakyat yang tidak bersetuju dengannya dengan ucapan "anak haram" maka pemimpin seperti ini tidak layak memimpin rakyat.
Kedua : Sentiasa berwajah ceria, menjaga aurat dan penampilan.
Orang yang beriman akan berbeza dari sudut penampilan berbanding orang yang kafir. Mereka akan berpakaian dengan cara yang Islamik (menutup aurat) dan menjauhkan diri daripada terikut-ikut dengan budaya orang yang bukan Islam.
Firman Allah SWT: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak (akan) di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah al-Ahzab ayat 59)
Mereka memahami bahawa Allah SWT bukan hanya melihat kepada hati dalaman mereka sahaja, bahkan juga kepada amalan (perbuatan) dan penampilan luaran mereka.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ، وَلكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidaklah melihat kepada rupa paras kamu dan tidak juga kepada harta benda kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan perbuatan kamu”. (Hadis riwayat Muslim.)
Ketiga : Mengimarahkan masjid.
Di antara sikap yang perlu ada pada orang mukmin ialah mengimarahkan masjid, terutamanya golongan lelaki iaiatu solat berjemaah, mengikuti kuliah agama dan akiviti-aktiviti yang lain. Ini kerana orang yang kafir, fasik dan munafiq tidak akan mengimarahkan masjid.
Firman Allah SWT: “Orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut kecuali Allah, mereka itulah yang diharapkan untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mendapat hidayah”. (Surah at-Taubah ayat 18.)
Dalam riwayat yang lain menyatakan.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksunya): “Bila kamu melihat seseorang yang sentiasa berulang alik ke masjid, maka bersaksilah kepadanya dengan keimanan”. ( Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)
Abdullah bin Masúd r.a. berkata :
وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ، وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ ...
Maksudnya : "(dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian daripada sunanul huda). Maka jika kamu bersolat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersolat di rumahnya, maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat…”.(Hadis riwayat Muslim.)
Keempat : Bersifat malu yang boleh menghalangnya daripada melakukan maksiat dan perkara yang tidak senonoh.
الإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيْمَانِ.
Maksudnya : “Iman itu lebih daripada enam puluh bahagian. Yang paling utama ialah perkataan “Tiada tuhan melainkan Allah”, dan yang paling rendahnya ialah membuang benda yang menyakitkan di jalanan. Dan malu itu sebahagian daripada keimanan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
Kelima : Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
Seorang yang beriman, tidak akan berdiam diri, jika terdapat pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah SWT. Mereka bukan sahaja mematuhi perintah Allah SWT pada diri mereka sahaja, bahkan akan mencegah kemungkaran yang dilakukan, dan akan menyuruh orang lain juga melakukan makruf.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.( Surah at-Taubah ayat 71)
Abu Said al-Khudri menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ.
Maksudnya: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah), maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”. (Hadis riwayat Muslim)
Keenam: Tidak sombong dan takbur.
Seorang yang beriman sentiasa mengimpikan syurga. Dan mereka memahami bahawa syurga itu tidak akan diberi kepada orang yang sombong, angkuh dan takbur.
Abdullah bin Mas’ud menceritakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِيْ قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ، قَالَ رَجُلٌ: إَنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُوْنَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً، قَالَ: إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Makudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang ada di hatinya walau sebesar zarah daripada sikap takbur. Lalu ada seorang lelaki berkata: Seorang lelaki yang suka pakaiannya cantik, kasutnya cantik, (adakah ia juga takbur?) Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik (sempurna) dan Dia sukakan kecantikan. Takbur ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain”. (Hadis riwayat Muslim).
Orang yang beriman memahami bahawa iblis telah kufur kepada Allah SWT kerana sifat sombong dan takburnya dan dia enggan sujud kepada perintah Allah SWT .
Firman Allah SWT maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah (hormatilah dan muliakanlah) kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; dia enggan dan takbur, dan dia termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir”. (Surah al-Baqarah ayat 34)
Mereka juga memahami bahawa orang yang kafir adalah orang yang takbur kerana enggan menerima ketuhanan Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri (tidak menerimanya)”. (Surah as-Sofat ayat 35)
Ketujuh: Mentaat pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Orang mukmin akan memilik pemimpin yang beriman dan bertakwa dan memiliki akhlak yang mulia dan mereka patuh kepada kepimpinannya. Menjadi satu kesalahan apabila umat Islam memilih orang fasik yang telah rosak akhlaknya menjadi pemimpin mereka kerana mereka akan membuat kerosakkan dimuka bumi.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri di antara kamu. Dan jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”. (Surah an-Nisa’ ayat 59)
Mereka tidak akan menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin tertinggi mereka, samada Yahudi, Kristian atau sebagainya daripada penganut-penganut ideologi-ideologi baru yang bertentangan dengan Islam , apatah orang yang merendah-rendahkan ajaran Islam.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan pemimpinmu, orang-orang yang menjadikan agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (iaitu) daripada kalangan orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelummu, dan juga orang-orang yang kafir. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman”. (Surah al-Maidah ayat 57)
Namun, ketaatan mereka kepada pimpinan mereka bukanlah mutlak seperti ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul, bahkan mereka akan menegur kesilapan pemimpin mereka, kerana itu juga merupakan tanda keimanan.
Sabda Nabi SAW:
إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذَبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلاَ يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذَبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَي الْحَوْضِ.
Maksudnya: “Akan datangnya para pemimpin yang banyak berdusta dan melakukan kezaliman. Maka sesiapa yang membenarkan pendustaan mereka, dan membantu di atas kezaliman mereka, maka dia bukanlah daripada golongan kami dan aku bukan daripada golongan mereka dan dia tidak akan datang ke kolamku (di akhirat nanti). Dan sesiapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka dan tidak membantu kezaliman mereka, maka dia adalah daripada golonganku dan aku daripada golongannya, dan dia akan datang (meminum) kolamku”. (Hadis riwayat Ahmad dengan isnad yang sahih.)
Kelapan: Tidak akan menipu orang Islam yang lain atau dan menghunus senjata kepada mereka.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullah SAW. bersabda:
مَنْ حَمِلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا، وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Maksudnya: “Sesiapa yang menghunus senjata ke arah kami, maka dia bukanlah daripada golongan kami. Dan sesiapa yang menipu kami, maka dia juga bukan daripada golongan kami”. (Hadis riwayat Muslim)
Orang yang beriman mengetahui bahawa kedua-dua perkara tadi adalah dosa besar yang akan membawa kepada kekafiran jika dihalalkannya.
Ma’qil bin Yasar r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوْتُ، وَهُوَ غَاشٍّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Mana-mana hamba yang Allah memberikannya jawatan ketua kepada orang ramai, dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah akan mengharamkan syurga kepadanya”. (Hadis riwayat Muslim)
Kesembilan: Tidak akan mudah melabelkan orang lain dengan fasik atau kafir.
Ini kerana mereka memahami bahawa tugas mereka adalah berdakwah dan memberi penerangan, dan bukannya merosakkan persaudaraan sesama Islam. Apatah lagi mereka memahami bahawa label yang diberikan kepada orang lain akan kembali kepadanya jika ia adalah tuduhan yang tidak berasas.
Abu Zar r.a. menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda:
لاَ يَرْمِيْ رَجُلٌ رَجُلاً بِالْفُسُوْقِ وَلاَ يَرْمِيْهِ بِالْكُفْرِ إِلاَّ ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
Maksudnya: “Tidak menuduh seseorang kepada seseorang yang lain dengan fasiq atau kekufuran, melainkan akan kembali tuduhan tadi kepadanya jika yang dituduh itu bukanlah demikian”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ke Sepuluh : Sentiasa melakukan amalan yang soleh mengikut cara Nabi SAW. dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah SWT bukan kerana sebab-sebab yang lain.
Ini kerana mereka memahami, tanpa kedua-dua perkara ini, amalan mereka tidak akan bernilai dan diterima di sisi Allah SWT. Aisyah r.a. menyatakan, Rasulullah SAW. bersabda:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada atasnya pekerjaan kami, maka amalannya itu tertolak (tidak diterima Allah)”. (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah SWT: “Dan mereka tidaklah disuruh melainkan supaya menyembah Allah secara tulus ihklas terhadap agamaNya serta meninggalkan syirik dengan kefahaman”. (Surah al-Bayyinah ayat 5)
Abu Hurairah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ، رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ، فَعَرَّفَهُ نِعْمَتَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ. قَالَ. كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ, فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ. وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ, فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ. قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ لِيُقَالَ عَالِمٌ، وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ. وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ. قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ، فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ.
Maksudnya: “Sesungguhnya orang pertama yang dihukumkan (dibicarakan) di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Lalu dia dibawa (untuk dibicarakan) dan (Allah Taala pun) memberitahukannya (segala) nikmatNya (yang diberikan kepadanya di dunia dahulu) dan dia mengakuinya. Allah berfirman: Apakah yang telah kamu lakukan padanya (dengan nikmat-nikmat itu)? Dia menjawab: Aku telah beperang pada (jalanMu) sehinggalah aku mendapat syahid. Allah berfirman: Engkau telah berbohong, tetapi (sebenarnya) kamu telah berperang supaya dikatakan (engkau) seorang yang berani, dan memang pun telah dikatakan (demikian). Kemudian dia diperintahkan supaya diseret di atas mukanya sehinggalah dia dicampakkan ke dalam nereka.
Dan (juga antara yang terawal dibicarakan dan dihukum ialah) seorang lelaki yang belajar ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Lalu dia dibawa (untuk dibicarakan) dan (Allah Taala) memberitahukannya (segala) nikmat-nikmatNya (yang diberikan kepadanya di dunia dahulu) dan dia mengakuinya. Allah berfirman: Apakah yang telah kamu lakukan padanya (dengan nikmat-nikmat itu)? Dia menjawab: Aku mempelajari ilmu dan aku mengajarinya dan aku juga membaca Quran (dan semua itu aku lakukan) pada jalanMu (keranaMu). Allah berfirman: Engkau telah berbohong, tetapi (sebenarnya) kamu belajar supaya dikatakan (kamu ini adalah) seorang yang alim (berilmu). Dan kamu membaca al-Quran supaya dikatakan kamu seorang Qari (pembaca al-Quran yang hebat). Dan memang (semua itu) sudah dikatakan (kepadamu). Kemudian dia diperintahkan supaya diseret di atas mukanya sehinggalah dia dicampakkan ke dalam neraka.
Dan (yang awal dibicarakan dan dihukum ialah) seorang lelaki yang Allah telah memudahkannya dan Allah mengurniakannya pelbagai jenis harta. Lalu dia dibawa (untuk dibicarakan) dan Allah memberitahukannya dengan (segala) nikmat-nikmatNya dan dia mengakuinya. Allah berfirman: Maka apakah yang telah kamu lakukan padanya (dengannya)? Dia menjawab: Aku tidak tinggalkan satu jalan pun yang Kamu suka untuk dibelanjakan (hartaku) padanya melainkan aku membelanjakan (hartaku) padanya (semata-mata) keranaMu. Allah berfirman: Engkau telah berbohong. Tetapi (sebenarnya) kamu lakukan demikian supaya kamu dikatakan “dia adalah seorang yang (sangat) dermawan”. Dan memang pun telah dikatakan begitu (kepadamu). Kemudian dia diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingalah dia dicampakkan ke dalam neraka”.
(Hadis riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menghayati sepuluh adab-adab yang mulia di atas untuk melayakkan diri kita menjadi mukmin yang di redai oleh Allah SWT dan menyebabkan amalan-amalan kita diterima-Nya. Sekali pandang nampak mudah tetapi hakikat sebenarnya sukar kecuali ianya dipermudahkan oleh Allah SWT.

No comments:
Post a Comment