Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Muqaddim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



71. Al Muqaddim

The Expediter/ He Who Brings Forward

Yang Maha Mendahulukan / Maha Pendahulu / Maha Menyegerakan - Ianya mendahulukan apa sahaja yang dikehendakiNya, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
.
Fadhilat Al Muqaddim
.
Jika ‘Ya Muqaddim’ dizikirkan sebanyak mungkin, InsyaAllah seseorang itu akan menjadi taat serta patuh kepada perintah / suruhan Allah SWT.
.
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata; “Sesiapa yang berzikir dengan zikir ‘Ya Muqaddim’ ini sebanyak 184 X setiap hari, InsyaAllah nescaya segala usahanya akan berhasil.”
.
Untuk menyegerakan apa yang diingini, baca ‘Ya Muqaddim’ setiap hari sebanyak 184 X, pasti apa yang diinginkannya cepat tercapai.
.
Seesiapa yang mewiridkan / membacakan ‘Ya Muqaddim’ ketika masuk ke medan perang, InsyaAllah bahaya tidak akan menimpa dirinya dan dia tidak akan mendapat kemudhratan.
.
Sesiapa dibaca berterusan ‘Ya Muqaddim’ di medan jihad mahupun di dalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling. InsyaAllah, dia akan mendapat keberanian dan dilindungi keselamatan dirinya.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML