Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah sentiasa menjaga kehormatan dan aib saudaranya. Segala kekurangan yang ada hendaklah ditutup dan jangan di ceritakkan kepada orang lain. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar dan akan menutup aibnya dihari akhirat kepada mereka yang mengelakkan diri daripada mengumpat dan menceritakan keaiban saudaranya kepada orang lain semata-mata untuk menjaga maruah diri saudara seagama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksudnya : "Muslim ( orang Islam ) adalah saudara bagi orang Islam lainnya, dia tidak menganiayanya dan tidak pula menyerahkannya kepada musuhnya ( tidak juga meninggalkannya tanpa pertolongan ), barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat.
(Hadis Riwayat Muslim).
Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
(Hadis Riwayat Tirmidzi).
Sahabat yang dimuliakan,
Allah 'Azza wa Jalla cinta untuk menutupi aib makhluk-Nya, dan memerintahkannya (menutupi aib orang lain ), oleh kerana itu Allah mengharamkan tindakan mata-mata (mencari-cari) dan melarangnya, dan Rasulullah SAW telah memberitahukan bahawa siapa saja yang menutupi aib seseorang, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat, dan melarang mencari-cari aib kaum muslimin dan tindakan memata-matai (mencari-cari) mereka tentang pekerjaan yang mereka sembunyikan.
Sekarang ini sudah menjadi satu trend bahawa seorang begitu mudah untuk menabur fitnah dan mendedahkan aib seseorang yang menjadi musuhnya samaada artis sesama artis, ahli politik sesama ahli politik, usahawan sesama usahawan dan pemimpin pertubuhan sesama pemimpin pertubuhan yang lain. Hari-hari dada akhbar arus perdana mendedahkan pertelingkahan , perbalahan, tuduh menuduh di antara kumpulan-kumpulan tertentu yang bermusuhan saling mencari kelemahan dan kesalahan lalu mendedahkannya tanpa menyiasat sahih atau tidaknya suatu berita itu. Trend yang biasa dibuat adalah membuat lapuran polis, membayangkan seolah-olah apa yang mereka lakukan adalah mempunyai bukti dan kebenaran.
Hakikat sebenarnya perbuatan mereka adalah amat bertentangan dengan ciri-ciri akhlak Islam kerana banyak kes di dapati isu-isu yang dibawa hanyalah propaganda kosong yang hanya menambahkan kebencian, permusuhan dan perpecahan dikalangan umat Islam.
Di dalam Islam terdapat kaedah untuk menyelesaikan sesuatau perbezaan pendapat iaitu dengan berbincang dan bermuzakarah secara baik dan sopan mengikut lunas-lunas ajaran Islam.
Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa' ayat 59).
Jika umat Islam tidak kira mereka daripada kumpulan mana , kembali kepada ajaran Islam sebenarnya dan menjadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai penduan dan ikutan maka umat Islam akan bersatu dan ukhuwah Islamiah dapat dibina dan ikatan silaturahim dapat disambung semula.
Tidak ada untungnya seseorang mempertahankan pendapatnya yang mungkin betul atau salah, sedangkan melahirkan perpecahan, perbalahan dan memutuskan silaturahim adalah haram dan berdosa besar.
"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)
"Dari Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka".
(Hadis Riwayat Nasaie)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kita iaitu sifat suka membuat fitnah, mengumpat, mendedahkan aib , menghina dan menjatuhkan maruah seseorang. Sayangkanlah segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang kita telah lakukan sejak akil baligh hingga sekarang supaya ianya tidak terhapus begitu saja disebabkan kita melayan suasana masyarakat yang suka buat fitnah dan mendedahkan aib seseorang dan kita berada bersama-sama kumpulan tersebut.
Ingatlah ketika kita berada dimahkamah keadilan Allah di hari akhirat nanti, ketika itu tidak ada wang ringgit yang akan digunakan untuk menebus dosa-dosa kita, yang akan kita jadikan cagaran adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita kerjakan ketika di dunia. Jika amalan kebaikan dan pahala kita terlalu sedikit bagaimana kita nak tebus dosa-dosa kita yang banyak dan bertambah setiap hari?
Oleh itu marilah kita banyakkan beristighfar kepada Allah SWT dan memohon maaf kepada sesiapa saja yang kita telah dedahkan aibnya , mengumpat dan menaburkan fitnah. Hanya inilah saja dapat menyelamatkan diri kita daripada menjadi muflis dihari akhirat nanti.

No comments:
Post a Comment