Friday, July 18, 2014

TIP UNTUK BERHIJRAH



Assalamualaikum.

Semalam dapat PM dari sahabat, katanya nak cuba pakai TUDUNG LABUH dan nak berubah tapi tiada keberanian. Hidayah Allah.

Sebelum ni pun ramai jgk yang tanya, Ok, saya kongsi tips sikit ye.

yang PAAAAAAALING penting, TIDAK JARANG (TAK NAMPAK LEHER) !! DAN MENUTUPI DADA.!!

FASA PERTAMA

1) Nawaitu kena betul, berubah bukan kerana pakai shawl labuh sebab trend sekarang, bukan sebab nak nampak cantik dan sopan semata, nawaitu kerana LILLAHITAALA.

2) Tudung yang sedia ada bidang 45, cuba pakai menutupi dada, dan bila anda ada rasa malu bila tudung anda terangkat, dah kira boleh MOVE ON ke step seterusnya.

3) Berubah (menutup aurat) bukan hanya pada tudung, tapi juga pada lengan anda (handsock) dan juga kaki (stokin)
TRY ISTIQAMAH 40 HARI DULU OKEY. 

_End_

FASA KEDUA.


(bagi sesiapa yang nak try tudung labuh)

1) Try usha shawl, dan pakai ikut syariat, tutup dada dan tak jarang. sekarang inner tudung dah banyak jual. Cuba pakaikan dengan agak besar ala-ala denabahrin pakai tuh.

2) Dah rasa selesa, try lah cari tudung akel atau bawal bidang 60. First, jangan peduli kata orang, asalkan kita selesa dan rasa terjaga.

3) Ok, nak try sarung Jilbab labuh tuh? try lah, insyaALLAH dah tak ade masalah confident lansung.

Saya hanya menyampaikan, kalau bermanfaat, SYUKUR. thehehe..

yang penting NAWAITU, NAWAITU & NAWAITU.
Selamat beristiqamah, semoga Allah sentiasa merahmati kalian

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML