Di sana,
Buminya bermandikan darah pejuang agama,
Rakyatnya bergentayangan di melata tempat,
Suasananya seakan suram tak bercahaya,
Meski matahari pagi tidak pernah sirna menerangi sekujur mayat..
Di sana,
Bom-bom dan peluru menjadi santapan harian mereka,
Dibunuh dan dizalimi sudah mereka lali,
Jatuh dari berlari sudah selari dalam kudrat mereka,
Luka parah sudah berulangkali tergores di atas jasad yang semakin merindui mati..
Buminya bermandikan darah pejuang agama,
Rakyatnya bergentayangan di melata tempat,
Suasananya seakan suram tak bercahaya,
Meski matahari pagi tidak pernah sirna menerangi sekujur mayat..
Di sana,
Bom-bom dan peluru menjadi santapan harian mereka,
Dibunuh dan dizalimi sudah mereka lali,
Jatuh dari berlari sudah selari dalam kudrat mereka,
Luka parah sudah berulangkali tergores di atas jasad yang semakin merindui mati..
Di sana,
Tumbukan dan tendangan itulah layanan yang sentiasa ada,
Dipijak dan ditindas sudah pasti selalu mengenai mereka,
Namun, mereka tetap berusaha dan berusaha..
Terus memperjuangkan kebenaran untuk negara Islam tercinta..
Di sana,
Mereka amat merindui syahid fisabilillah,
Sebab itu mereka tidak pernah kenal apa itu kalah,
Matlamat mereka adalah Jannah,
Tujuan utama mereka adalah kerana Allah..
Di sana,
Mereka terus berjuang dan berjuang sehingga menemui Ilahi,
Mereka percaya bahawa pertolongan Allah itu ada,
Mereka percaya, doa umat Islam sejagat pasti mengiringi perjuangan ini,
Mereka percaya, kuasa Allah akan terserlah jua..
Mereka percaya..
Islam akan menang..
Kita juga percaya..
Islam pasti menang..
“Ya Allah, selamatkanlah umat-umat Islam di Syria, Mesir, Palestin dan negara-negara lain. Selamatkanlah akidah kami semua. Selamatkanlah iman umat di Malaysia ini. Selamatkan kami semua dari azab-Mu.”
Di sini,
Kita kelaparan rohani,
Kita makin ketandusan iman di hati,
Nafsu makin menguasai diri,
Emosi pula makin galak merosakkan diri..
Di sini,
Kita masih leka dengan fantasi duniawi,
Kita masih suka dengan ajakan Jahili,
Kita masih sakan berseronok sana sini,
Sedang kita lupa bahawa Dia selalu memerhati..
Di sini,
Kita miskin pejuang syahid fisabilillah,
Alasannya, negara masih stabil dan tidak perlu berperang,
Jadi, kita hanya perlu menunggu mati sajalah,
Tidak perlu bersusah payah menanam semangat juang dalam suasana tenang..
Di sini,
Kami semakin sedar dan menginsafi,
Erti perjuangan, kebenaran dan keadilan,
Kami semakin tahu dan mendalami,
Erti syahid dan mati yang sia-sia tanpa iman..
Kita terus berdoa kepada Ilahi,
Kita memperbaiki sahsiah diri,
Kita berusaha bangkit mengubah persepsi diri,
Kita usahakan lebih untuk ke arah mentarbiah diri..
"Kamu membunuh kaum yang rindukan Syahid."
TERUSKAN DOA DAN MUJAHADAHMU!!
Palestin. Negara itu masih menjadi perhatian. Negara itu masih bermandikan darah. Namun, benarkah kita semua terutamanya Islam mengetahui tentangnya? Benarkah kita peduli tentangnya? Atau sekadar tahu, tetapi tidak membantu. Atau sengaja membutakan mata untuk tidak melihat? Atau sengaja memekakkan telinga tidak mahu mendengar jeritan jiwa mereka? Atau sekadar lihat dan dengar, tapi, doa tidak pernah sekali dihulurkan?
Jangan lokek untuk membaca qunut nazilah untuk mereka…
Di Palestin..
Ramai pelajar tak datang kelas kerana mati syahid..
Di Malaysia..
Ramai pelajar yang ponteng kelas kerana malas..
Di Syria..
Para manusia berjuang sehingga dibelasah, dibunuh, ditembak dan dipancung..
Di Malaysia..
Para manusia bersenang dengan hiburan cinta duniawi semata-mata..
Jangan sekadar melihat video sengsara mereka..
Tapi, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..
Jangan sekadar meraung melihat derita mereka..
Tapi, mari kite bergerak bersama membina sahsiah unggul Islamiah dalam diri, hati dan jiwa..
Jangan sekadar menitiskan air mata duka kerana seksaan mereka..
Tapi, mari kita berpakat untuk mujahadah bersama melawan nafsu Syaitaniah dan Jahiliyyah dalam diri kita..
Semoga usaha kita nanti menatijahkan perjuangan yang sebenar yang bermula dalam diri sendiri..
Semoga usaha kita nanti mendapat perhatian-Nya..
Semoga usaha kita nanti bakal menghadiahkan kemenangan yang sebenar untuk Islam di seluruh dunia..
Semoga usaha kita nanti mendapat perlindungan dari Ilahi..
♥ Umat Islam Itu Bersaudara ♥
Sama-sama kita terus berdoa untuk mereka. Sama-sama kita teruskan usaha untuk mujahadah memperbaiki diri ke arah kebaikan.
No comments:
Post a Comment