Friday, July 18, 2014

LENGAH DAN BERTANGGUH ITU PERKARA REMEH?

“Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku.” (Surah Taha : 14)

Ramai antara kita, suka mengamalkan sikap bertangguh. Betul tak? Termasuklah diri ini sendiri. Suka sangat melengah-lengahkan kerja/homework. Lebih-lebih lagi kalau kita tak tahu. *Jangan tiru sikap tak bermanfaat ini!

Kita suka bertangguh dalam banyak hal. Buat homework, “nantilah!”. Sidai kain, “kejaplah!”. Baca buku, “relaxlah!”. Solat, “banyak masa lagi. kejaplah!”

TAPI…

TengOk cerita korea, “Jom!” Tengok movie kat panggung wayang, “On je!” Dengar lagu2 jiwang sampai tak ingat dunia, “Layannn!” Online FB dll, “cepatlah! nape kau tak online lagi?”

Ini yang biasa kita buat kan? *istighfar jom* :’)

Kita suka melengah-lengahkan kerja yang diberi sebab kadang-kadang kita tak suka kerja tu. Kedua, kita ragu-ragu dengan jawapan yang kita nak buat dan takut salah. Kalau boleh, kita nak betul-betul perfect! Ketiga, kerja tu susah dan kita tak faham!

Lagi satu, paling popular, kita suka tangguh atau melambat-lambatkan solat. Contoh : Selagi belum pukul 7 pagi, selagi tu kita relax tidur lagi. Nanti-nantilah solat Subuh.

Okey, saya nak tanya. Kita tanya diri sendiri. ‘Betul ke aku ni sayang Allah? Betul ke aku ni sayang Nabi?’

Jawapannya : Ya! Kan?

Ya! Kita mengaku yang kita ni sayang dan cinta pada Allah, tapi, solat yang merupakan momen indah untuk seorang hamba bertemu Rabbnya, kita abaikan. Kita lalai. Ya! Kita marah bila Nabi tercinta kita dihina. Tapi, ada tak mulut kita ni melantun selawat pada Baginda S.A.W? Ya! Kita cakap yang kita rindu Allah, rindu Rasul, tapi, punyalah susah kita nak bangun solat Subuh. Bagi kita, katil yang empuk tu lebih nikmat daripada sejadah di atas lantai. :(

Aku cinta Allah.. :)


Kita belajar, ulangkaji dan buat latihan bagai nak rak, tapi, hubungan dengan Allah, kita selalu abaikan. Kadang-kadang, kita tak sedar. Sebab, kita dah biasa. Ramai orang suka melewat-lewatkan solat Subuh dan ‘Isyak. Sebab apa?

1) Solat Subuh – Kita masih lena diulik mimpi indah atas katil empuk. Tunggu pukul 7 lah!

2) Solat ‘Isyak – Masanya panjang. Buat apa kita nak solat awal-awal kan? Relakslah!

Kadang-kadang, perkara ni kita nampak kecil. “Alah, at least aku solat. Daripada yang tak solat tu!”

Tapi, pernah tak kita nampak macam ni, “Adusshh, dia hari-hari solat awal. Bangun pagi. Aku ni, dah biasa sangat suka solat lambat. Macam mana nak ubah ni? Susahnya nak tinggalkan katil!”

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tidak ada solat yang paling berat dirasakan oleh orang munafik kecuali solat Subuh dan ‘Isyak. Sekiranya mereka mengetahui betapa besarnya pahala yang ada pada keduanya, pasti mereka akan mendirikannya walaupun sambil merangkak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Macam mana kalau kita ditakdirkan mati ketika tidur? Dan, saat tu, kita belum solat lagi. Tak sempat nak mengucap, nak berselawat, nak beristighfar. Apa kita nak jawab di hadapan-Nya nanti?

Mungkin, kita terlalu suka dan cinta akan dunia hingga kita terlupa akan hari kematian. Mati tu boleh datang bila-bila masa. Muda ke, tua ke, tengah main ‘Angry Bird’ ke, tengah main bola ke, tengah baca Quran ke, tengah mengajar ke, tengah belajar ke dan lain-lain lagi. Seorang syeikh sedang memberi ceramah atau tazkirah, tiba-tiba terdiam dan rebah. Nafasnya berhenti! Seorang pemain bola sepak yang sihat sedang bermain di atas padang, kemudian, tiba-tiba terhenti nafasnya!

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya ; dan Allah amat mendalam pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-Munafiquun : 11)

Saya sendiri, menyimpan hasrat dan impian untuk kembali menghadap-Nya dalam keadaan saya sedang sujud, pada hari Jumaat dan di bulan Ramadan ini. Itu cita-cita tertinggi saya! Moga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khatimah. ^^

Tapi, cita-cita tanpa ada usaha dan perancangan, itu hanyalah sia-sia. Memang saya tak tahu bila ajal saya. Thats why saya sedaya upaya menjaga hubungan dengan Dia. Bila azan, kita segera bersolat. Tinggalkan perkara dunia sebentar. Kalau ada masa terluang, buat solat sunat. Sama-sama kita usaha untuk perbanyakkan masa kita di atas tikar sejadah. Luangkan masa membaca dan mentadabbur ayat-ayat cinta-Nya. Sampaikan apa yang kita tahu dan faham serta amalkan. Apa salahnya lepas solat, kita study atas tikar sejadah, lepas tu, tertidur. Alangkah sweetnya! ^_^

“pergilah engkau beserta saudaramu dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan)-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai mengingat-Ku.” (Surah Taha : 42)

Bukanlah maksud saya kita kena solat dan asyik duduk kat atas sejadah 24 jam sahaja! Tak! Bukan macam tu! Kita tak mampu! Islam ni luas, jadi, jangan menyempitkannya. Islam ni meliputi semua. Seluruh aspek. Kita solat awal waktu, itu tanda cinta! Kita kejut kawan solat awal, itu tanda cinta! Kita nasihat dan tegur kawan, itu tanda cinta! Kita doakan sahabat, itu tanda cinta! Kita berjumpa dan berpisah kerana-Nya, itu tanda cinta! Kita menuntut ilmu kerana-Nya, itu tanda cinta! Dan banyak lagi! Moga-moga, itu tanda cinta kita pada Dia, Allah Yang Maha Esa. :)

Macam tu juga dengan ulangkaji dan buat kerja sekolah/assigment. Buat awal-awal! Kerja-kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan hari esok! Get ready yea!

Sementara kita masih muda di dunia ini, masih mempunyai tenaga dan kekuatan, maka, jangan berlengah!

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata :- “Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesuatu masyarakat, maka lihatlah remajanya pada hari ini.”

Tanya diri kita, “Aku ini bagaimana?”. Apa yang kita buat dan korbankan untuk Islam? Jangan kata nak berperang macam di zaman para sahabat, nak berperang dengan nafsu sendiri pun kita lemah. Nak mujahadah bangun dari selimut yang tak sampai 1kilo untuk solat Subuh pun dah sukar, apatah lagi yang lain. Belum lagi nak korbankan sedikit masa untuk menelaah dan menambah ilmu pengetahuan bab-bab agama. :(

Percayalah! Tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Tidak ada erti ‘Hari Raya Korban’ andai kita masih duduk di tempat Jahiliah. Tidak ada makna cinta pada-Nya andai diri masih diselaputi cinta duniawi semata-mata.

Apa yang saya kongsi di sini, adalah muhasabah dan tazkirah buat diri saya sendiri dan kita semua. Sama-sama kita koreksi diri kita. Sama-sama kita ‘jadual’kan diri kita. Allah bersumpah ‘demi masa’! Dari situ, kita dapat lihat, betapa masa itu amatlah penting!

Panggilan mana yang lebih utama di hati kita? :’)

Pagi hari –> bunyi mesej –> cepat-cepat dapatkannya…

TAPI…

Pagi hari –> bunyi azan–> lambat-lambat bangun…


Inilah kayu ukur sejauh mana Allah dalam hati kita…jangan hanya di mulut kata I ♥ Allah…

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.” (Surah as-Saff : 2-3)

Jom sama-sama kita buktikan cinta kita pada-Nya dengan tingkah dan perbuatan. Bukan sekadar kata nama, tapi, beserta kata kerja sekali. ^_^

Jom belajar bersungguh-sungguh! Sedarlah bahawa kita ini khalifah di muka Bumi! Runtuhkan berhala dalam jiwa kita! Runtuhkan sistem jahiliah! Kita mujahadah demi cinta pada-Nya! ~.^

Moga Allah redha!

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML