Friday, July 18, 2014

RILEK-RILEK SAJALAH…

Kita kan ada Allah.. Rilek2 sajalah.. ^^


“Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yunus : 65)

Dalam kita melaksanakan tugasan dan amanah, tak semua orang suka dengan cara kita, tak semua selesa dengan tingkah kita. Meskipun kita tak pernah menganggu urusan hidupnya. ;)
Mulut manusia, kita tak boleh nak tutup.
Tanggapan mereka, itu hak individu.

Diam bukan bermakna sombong.
Diam bukan bermakna tak peramah.

Tapi…

Bukankah lebih baik diam daripada bercakap atau menyampuk perkara yang tak ada manfaat dan membuka ruang untuk kita mengumpat??? Tak gitu??? ^^,

Berkata baik ATAU diam.. ^^


Dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam…” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
~ Teruskan tersenyum dan teruskan berbaik sangka.. ^^,
~ Selagi paksi kita atas dasar kerana Allah, rilek2 sajalah.. ^_^


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML