Friday, March 14, 2014

PEMIMPIN TENTERA ZALIM

Pemimpin Yang Zalim Akan Mendapat Balasan Daripada Allah di Dunia dan Akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Semua negara di dunia ini samaada di timur, barat, utara atau selatan terdapat dua sistem pemerentahan iaitu pemerentahan berteraskan demokrasi (dipilih oleh rakyat)  atau pun sistem pemerintahan beraja (monaki) yang berkuasa sepenuhnya dan sistem pemerentaan secara tentera.








Dalam pemerentahan demokrasi rakyat akan memilih pemimpin menerusi pilihanraya. Mana-mana  parti yang memenangi pilihan raya akan memimpin dan memerintah negara tersebut. Ada pula setengah negara pemilihan presidennya menerusi pilihan raya presiden.

Dalam bulan Syawal yang mulia ini ketika umat Islam menyembut hari raya kita dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai yang dillakukan oleh pihak tentera yang merampas kuasa di Mesir. Ribuan rakyat yang tidak berdosa dan tidak bersenjata telah dibunuh dan dibakar dengan kejam.

Seorang pemimpin itu ialah orang yang bukan sahaja ditugaskan menguruskan diri dan keluarganya, tetapi ia juga bertanggungjawab terhadap orang lain, khususnya orang ( rakyat ) yang di bawah pimpinannya ( jagaannya ). Sekiranya ia tidak mengurus dengan baik untuk kesejahteraan rakyat sama ada di dunia ataupun di akhirat, maka pemimpin itu akan dipersoalkan tugasnya di akhirat oleh Allah SWT.

Allah SWT. berfirman,

ؤاخفض جناحك لمن اتّبعك من المؤمنين

Maksudnya:"Dan rendahlah diri mu ( tawaduklah ) terhadap orang yang mengikuti mu dikalangan mereka yang beriman"(Surah As-Syu'araa' ayat 215)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang ( pemimpin )yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyatnya, kemudian ketika ia mati diadapati telah menipu rakyatnya (berlaku tidaka adil ), maka Allah pasti akan mengharamkan baginya syurganya.( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Rasulullah SAW  bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim maksudnya: "Siapa yang ditugaskan oleh Allah dalam mengatur umat, lalu ia tidak menyelesaikan hajat atau menolak aduan ( tidak membantu ) orang yang di bawah pimpinannya, maka di akhirat kelak Allah akan menolak hajatnya."

Sahabat yang dimuliakan,
Pemimpin perlu mendengar suara rakyat yang inginkan keadilan. Jika rakyat bersuara dan menyatakan suatu penyelewengan yang berlaku dikalangan pemerentah atau parti pemerentah dengan bukti-bukti yang kukuh , rakyat meminta pembetulan dan pembaikan dalam pentadbiran, dalam pendaftar pengundi maka pemerentah yang berkuasa perlu bertindak segera untuk membetulkan keadaan. Kenapa pemerentah berdiam diri ? Walaupun suara-suara bantahan secara aman telah dinyatakan . Kalaulah benar pemerentah jujur dan ikhlas dalam urusan pentadbirannya dan tidak berat sebelah maka hajat dan permintaan rakyat wajib dipenuhi.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir rakyat berhimpun secara aman di hadiahkan dengan peluru hidup dan ramai nyawa telah melayang dan mendapat syahid. Pemimpin tentera yang HARAM telah bertindak sewenang-wenangnya akan mendapat hukuman dan balasan daripada Allah SWT. Kebangkitan rakyat tidak akan dapat dikawal lagi, rayat teruskan bantahan dan minta pihak tentera kembalikan semula Presiden yg digulingkan.

Ingatlah! Rakyat yang dizalimi dan hak-hak mereka untuk bersuara telah dinafikan maka segala dosa dan kesalahan ini akan dituntut oleh rakyat di hari akhirat nanti. Hari akhirat nanti setiap rakyat yang merasaka diri mereka dizalimi dan merasakan hak mereka dirampas akan menuntut bela kepada pemimpin yang bertanggungjawab dan kepada semua anggota kabinet yang bersubahat dan anggota keselamatan yang mendatangkan cedera kepada rakyat yang tidak berdosa.

Doa mereka yang dizalimi sungguh mustajab disisi Allah SWT.   Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dalam hadis yang lain  dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Hadis riwayat Baihaqi - sahih)

Sahabat yang dikasihi,
Manusia boleh melepaskan dirinya di dunia ini apabila melakukan kesalahan dan dosa kerana kebijaksanaannya menipu mahkamah dengan mengemukankan saksi palsu. Manusia boleh menganiaya sesama manusia terutama yang lemah dan tidak ada kuasa . Tetapi perlu diingat Allah SWT sentiasa memerhati gelagat dan kelicikan manusia untuk melepaskan dirinya daripada pengetahuan manusia. Dia Maha Berkuasa boleh membalas kekejaman manusia di dunia ini lagi dan akan  disediakan azab yang dahsyat pula dihari akhirat nanti apabila manusia tidak bertaubat dan kembali kepangkal jalan.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML