Saturday, January 4, 2014

10 TABIAT BURUK

Tabiat Buruk 10 Perkara Yang Boleh Jejaskan Prestasi Otak.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam cukup menjaga kesihatan ke atas diri manusia  samaada tubuh badan, jiwa, perasaan dan akal fikiran (otak) . Peribahasa melayu ada menyatakan bahawa, "Otak yang sihat datang daripada badan yang sihat."

Terdapat 10 perkara atau amalan yang boleh melemahkan fungsi otak kita. Perkera-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. 

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. 

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. 

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. 

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manu! sia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. 

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. 

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. 

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. 

Sahabat yang dikasihi, 
Marilah sama-sama kita berusaha untuk menegakkan 10 perkara yang tersebut di atas semoga akal fikiran  dan otak kita sihat dan berfungsi dengan baik . Dengan otak yang sihat dan fikiran yang tenang akan memudahkan kita melaksanakan tugas yang di amanahkan oleh Allah SWT samaada amanah bekerja mencari nafkah atau pun amanah untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML