Wasiat Keempat Belas Nabi s.a.w. (Menjaga Solat)
Dar Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa suatu hari Nabi s.a.w. menerangkan perihal solat, sabdanya yang bermaksud : "Sesiapa yang menjaga solat, maka dia akan mendapatkan cahaya, tanda bukti dan kemuliaan pada hari qiyamat nanti. Sesiapa yang tidak menjaga solat, dia tidak akan memperoleh cahaya, tanda bukti dan kemuliaan di mana pada hari qiyamat dia akan di kumpulkan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman, dan Ubai bin Khalaf."
(Hadis Riwayat Ahmad dengan sanad yang baik)
Dari Anas r.a. beliau berkata : "Solat telah diwajibkan kepada Nabi s.a.w. pada malam baginda diisrakkan sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangkan sehingga menjadi lima kali (waktu), kemudian terdengar panggilan (seruan) : 'Hai Muhammad! Bahawa tidak mungkin dapat dirubah perkataan daripada-Ku itu. Dan dengan solat fardu lima waktu ini emgkau mendapat pahala lima puluh'."
(Hadis Riwayat Imam hadis yang lima, kecuali Abu Daud)
Dari Abu Qatadah r.a beliau berkata Nabi s.a.w. bersabda : "Allah s.w.t berfirman : 'Aku telah mewajibkan solat lima waktu atas umat engkau (Muhammad) dan Aku telah berjanji pada diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat lima waktu tersebut tepat pada waktunya. Aku akan memasukkannya ke dalam Syurga. Sesiapa yang tidak menjaga soalt, tidak ada ikatan perjanjian apapun antara Aku dengannya'."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila kamu perhatikan bahawa seandainya ada sungai di pintu masuk salah seorang di antara kamu kemudian setiap hari dia mandi lima kali. Masih adakah kotoran tertinggal padanya?" Para sahabat menjawab : "Tidak tertinggal kotoran sedikit pun." Rasulullah s.a.w bersabda : "Itulah contoh solat lima waktu di mana dengannya Allah hapuskan kesalahan-kesalahan."
(Hadis Riwayat Imam Hadis kecuali Abu Daud.)
Dari Amr bin Sa'id beliau berkata : Saya bersama Othman r.a. di mana semasa akan bersuci beliau (Othman) berkata : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Tidaklah di katakan seorang Mulim melainkan tatkala datang waktu solat fardu segera dia menyempurnakan wudhu', khusyuk dan rukuknya, maka akan terhapus dosa-dosa setahun penuh sebelumnya kecuali dosa besar'."
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Othman bin Affan r.a. beliau berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa solat Isyak dengan berjemaah seakan-akan dia melaksanakan solat setengah malam. Sesiapa melaksanakan solat subuh berjemaah maka seakan-akan dia melaksanakan solat satu malam penuh."
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Musa r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa solat bardain (subuh dan asar) maka dia akan masuk Syurga."
(Hadia Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment