Wednesday, January 1, 2014

WASIAT KESEPULUH NABI MUHAMMAD S.A.W

Wasiat Kesepuluh Nabi s.a.w. (Keutamaan Puasa)

Dari Abu Ummah r.a. beliau berkata : Saya berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku  untuk melakukan suatu perbuatan". Baginda bersabda : 'Kerjakanlah puasa kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada suatu amalan pun yang dapat menyamainya'." (Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Khusaimah)

Dari Abu Sa'id r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Tidaklan seorang hamba berpuasa sehari dimana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh musim."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari, At-Tarmidzi dan An-Nasai)

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML