Wednesday, January 1, 2014

WASIAT KELIMA-BELAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Wasiat Kelima Belas Nabi s.a.w. (Perihal Akhlak Yang Baik)

"Dari Abu Darda r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan amal seorang hamba pada hari qiyamat nanti melebihi dari akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang jahat dan kotor perkataannya." 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda : "Orang-orang Mukmin yang sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Dari Jabir r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bahawa orang yang aku suka diantara kamu dan paling dekat tempatnya denganku pada hari qiyamat nanti adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu. Orang yang paling kubenci di antara kamu dan paling jauh tempatnya denganku pada hari qiyamat nanti adalah orang yang paling banyak cakap di mana tidak teliti dalam bercakap dan mutafaikun" Para sahabat bertanya : "Siapakah mutafaihikun (tinggi diri) itu? Jawab Rasulullah s.a.w. :  "Iaitu orang-orang yang takbur (tinggi diri)."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML