Wednesday, January 1, 2014

RANCANGAN JAHAT YAHUDI

Kegagalan Yahudi Untuk Mencuri Jasad Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bangsa Yahudi sejak zaman Rasulullah SAW lagi telah berdendam dengan Rasulullah SAW dan umat Islam kerana mereka telah dihalau daripada kota Madinah kerana penghianatan mereka melanggar perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Islam Madinah. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengatakan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan senang hati apabila umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.

Firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (Surah al-Baqarah ayat 120) 

Oleh kerana dendam yang membara kerana kebencian Yahudi laknatullah ini kepada Nabi SAW dan umat Islam mereka merancang untuk mencuri jasad Nabi SAW yang mulia . Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa akan memelihara kemuliaan jasad kekasih-Nya Rasulullah SAW daripada di curi daripada makam baginda SAW.

Sahabat yang dimuliakan,
Sultan Nuruddin Zangki, seorang Kurdi adalah seorang yang adil,warak dan bertakwa sehingga digelar Malikul Adil (Raja yang adil) kerana keadilannya. 

Salah seorang sultan yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda dilahirkan pada tahun 1118 Masihi dan meninggal dunia pada 1174 Masihi. 

Baginda selalu solat tahajud dan mendoakan kesejahteraan rakyat. Baginda antara orang yang memberi sumbangan yang amat besar dalam peperangan Salib. 

Pada satu malam, baginda bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: "Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!" 

Sultan Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah SAW dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Mimpi tersebut berulang kembali,  lalu baginda menceritakan mimpinya kepada  Jamaluddin Al-Mushly, salah seorang menteri yang amat dipercayainya. Jamaluddin mantafsirkan mimpi rajanya bahawa ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah SAW dan  Sultan Nuruddin  diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut. 

Lalu Jamaluddin mencadangkan agar Sultan Nuruddin pergi ke Madinah dan berdoa di makam Rasulullah SAW, memohon petunjuk daripada Allah SWT. Maka, sultan pun pergilah ke Madinah diiringi oleh pengawal-pengawalnya. Setelah sampai di Madinah, sultan terus pergi ke makam Rasulullah SAW dan berdoa kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu diperlihatkan kepadanya.

Setelah baginda  berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah SWT seolah-olah baginda dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Sultan Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu baginda memanggil gabenor Madinah dengan berkata: "Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka."

Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan sultan kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah. 

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: "Atas perintah Sultan Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Sultan Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini." 

Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melaporkan kepada sultan: "Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku." 

Berkata Sultan Nuruddin: "Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?" 

Berkata gabenor Madinah. "Insya Allah." 

Setelah sultan mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka sultan pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya. 

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Sultan Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Sultan Nuruddin semakin risau, baginda duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. 

Berkata Sultan Nuruddin: "Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi." 

Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: "Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini." 

Sultan Nuruddin berkata: "Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?" Denyutan jantung Sultan Nuruddin semakin cepat, tetapi baginda menahan perasaannya. 

Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: "Mereka berdua adalah ahli tasawuf dan ahli hikmah, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin." 

Sultan Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan baginda berkata: "Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga." 

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawaduk, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Sultan Nuruddin, baginda terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. 

Dalam hati Sultan Nuruddin berkata: "Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku." Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan baginda, baginda belum pasti sama ada baginda bermimpi atau tidak, lalu baginda menggosok kedua biji mata baginda dan dibukanya mata baginda terang-terang. Ternyata kali ini baginda tidak mimpi, baginda kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan baginda. 

Sultan Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya baginda meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Sultan Nuruddin hendak ditanya sahaja: "Siapakah kamu berdua ini." baginda bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawaduk, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. 

Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis. "Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Sultan Nuruddin. 

Baginda hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Sultan Nuruddin. Baginda serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawuf, baginda sultan juga menghormati kealiman dan ketasawufan mereka. 

Oleh kerana Sultan Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda sultan bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan sultan mereka. 

Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Sultan Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab. 

Selepas menunaikan solat Sultan Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian baginda berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut baginda meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT.  

Ketika Sultan Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: "Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?" 

Berkata Sultan Nuruddin: "Ya, sudah." 

Jamaluddin bertanya: "Yang mana satu tuanku?" 

Berkata Sultan Nuruddin: "Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku." 

Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Sultan Nuruddin: "Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?" 

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata baginda sultan maka dia pun berkata: "Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat." 

Berkata Sultan Nuruddin: "Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat."(Surah al-Baqarah ayat 204)

Sultan Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Sultan Nuruddin lagi: "Apakah yang harus kita lakukan?" 

Berkata Jamaluddin: "Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara rahsia." 

Sultan  Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Sultan Nuruddin. 

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara sultan dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis tersebut. 

Apabila Sultan Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Sultan Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Sultan Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. 

Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadis nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Sultan Nuruddin masih bertanya: "Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?" 

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Sultan Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda  hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat baginda teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu. 

Sultan Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi baginda membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu baginda terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan baginda berkata: "Eh, ada papan." 

Sultan Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Sultan Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya baginda terkejut dan berkata: "Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah makam Rasulullah SAW." 

Kemudian Sultan Nuruddin mengeluarkan arahan: "Tangkap kedua orang itu." 

Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Sultan Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu. 

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. 

Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. 

Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari makamnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati. 

Sultan Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Sultan Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling makam Rasulullah SAW dipagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah. 

Sebelum Sultan Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi baginda bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah SAW merangkul dan memeluk leher baginda. Apabila telah tiba masanya Sultan Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, baginda memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Sultan  Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran yang kita dapati daripada kisah di atas bahawa bangsa Yahudi akan melakukan berbagai cara untuk menghancurkan Islam. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling zalim dan sangat memusuhi Islam , mereka akan menggunakan berbagai cara untuk mempengaruhi negara-negara umat Islam untuk menjadi penasihat, konsultan dan pakar IT untuk mengambil rahsia negara Islam semata-mata untuk merencanakan rancangan jahatnya supaya hukum-hukum Islam tidak terlaksana di negara -negara umat Islam . Mereka  akan menghantar berbagai hiburan-hiburan dan filem-filem barat untuk merosakkan akidah dan akhlak umat Islam . Dari itu berhati-hatilah dengan agenda Yahudi yang akan menghantar orang-orang  munafik yang akan berlindung di balik wajah yang warak seperti kisah di atas.



No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML