Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Muqsith

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



86. Al Muqsith

The Equitable/ The Requiter

Yang Maha Adil / Maha Mengadili / Maha Saksama / Yang sangat Adil / Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

.
Fadhilat Al Muqsith
.
Berzikirlah dengan zikir ‘Ya Muqsith’  mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Muqsith’  berulang-ulang, InsyaAllah akan dijauhkan dari godaan syaitan.
.
Apabila ‘Ya Muqsith’  dibaca 209 kali atau lebih, InsyaAllah akan terpelihara dari syaitan laknatullah dan was-was dalam ibadah.
 .
Apabila ‘Ya Muqsith’  dibaca 209 kali atau 700 X, InsyaAllah akan terhindar dari syaitan laknatullah dan terpelihara dari sifat was-wasdalam ibadah.
.
Jika diamalkan zikir ‘Ya Muqsith’  ini sebanyak mungkin, InsyaAllah akan terhindar daripada segala bencana dan jika untuk sesuatu maksud yang halal, InsyaAllah ianya akan tercapai.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML