Friday, April 18, 2014

PAK ABU JATUH CINTA ???



Hari ni Pak Abu nak cakap mengenai JATUH CINTA.

Siapa pernah jatuh cinta??Kalau pernah sila letakkan siku ke muka anda. Alolo kesian pula Pak Abu tengok.Sampai terpusing-pusing kepala kamu .Sudah-sudahlah tu mencuba meletakkan siku ke dagu awak,Pak Abu tahu awak semua pernah jatuh cinta :P

Semua makhluk Allah yang tinggal di atas muka bumi ini pernah jatuh cinta termasuklah haiwan-haiwan di Zoo dan para alien.Percaya tak?Siapa percaya cakap Pak Abu,sila ambil penyapu dan ketuk kepala awak :P Kalau tak caya pergi minum air mineral segelas.Haha,apa yang Pak Abu merepek ni *tepuk dahi*

Mungkin awak pernah jatuh cinta,tapi awak tidak tahu apa yang perlu kamu selepas mengalami perasaan itu.So,hari ini Pak Abu akan berikan beberapa tip untuk yang Jatuh Cinta.


1. Pendamkan Perasaan

- Kebanyakan orang bila dia jatuh cinta,dia lebih suka pendam je perasaannya.Selalunya perempuan yang suka pendamkan perasaan.Maklumlah perempuan kan pemalu berbanding lelaki yang tak tahu malu.Hehe.Gurau jelah :D Jangan marah ye abang-abang nanti tak handsome macam Aaron Aziz..Hehe *peace* Okay back to the point.Tak semua orang yang suka luahkan perasaannya pada orang yang dicintai.Kebanyakannya lebih suka untuk mendiamkan diri sebab takut cinta mereka ditolak.Tapi ada pula yang lebih suka memendamkan perasaannya dan berserah kepada Allah.Which is very GOOD.Kalau ada jodoh tak ke mana pun :) *ayat cliche*

2.Meluahkan Perasaan

-Antara ayat popular yang digunakan untuk menyatakan perasaan kepada orang yang dicintai ialah "Saya suka awak." dan "Saya cinta awak." Terus terang Pak Abu cakap,kalau lelaki yang gunakan perkataan cliche macam ni untuk menyatakan perasaannya,lelaki ini bukanlah seorang lelaki yang GENTLEMAN.Lelaki yang GENTLEMAN akan berkata begini..Ehemmm *buat suara garau* "Sudikah awak menjadi makmum buat diri saya.Kalau awak tak cintakan saya tak pe.Kita bercinta selepas nikah.Boleh??" Nampak tak perbezaan antara lelaki gentleman dengan lelaki yang tidak gentleman.Kalau seorang lelaki itu betul-betul mencintai seorang perempuan,dia akan mengambil perempuan menjadi isterinya bukan kekasih hati :)

3. Cuba Mendekati Si Dia

- Ramai orang bila Pak Abu tanya soalan "Apa yang awak nak buat seandainya awak dah jatuh cinta kat seseorang?",jawapan yang mereka berikan " Saya akan cuba dekati si dia dan buat sampai dia jatuh hati kat saya." Amboi!Orang yang jawab macam ni,mesti selalu tengok drama kan?LOL :D Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengambil hati seseorang yang dicintai dan mungkin ini adalah salah satu cara untuk orang itu mencuri hati seseorang yang dicintainya.Bila seseorang itu mendekati si dia,dalam pada yang sama,mereka juga dalam proses mengenal hati budi masing-masing.Dalam pada masa itu juga,kita boleh tahu sama ada orang tersebut layak ke tak untuk kita ambilnya sebagai suami/isteri :)

4.'Stalk' Si Dia

-Yeah!Ini perkara semua orang suka buat.Jangan nak tipu Pak Abu la kalau awak kata awak tak pernah stalk orang yang awak cintai.Bak kata orang Kelantan,maybe "Jangan nak membongak".Bila awak dah suka seseorang tu,mesti awak nak stalk dia hari-hari.Awak nak tahu dia kawan dengan sape,dia dah berpunya ke belum dan sebagainya.Kan kan kan?? Nak tahu tak macam mana Pak Abu boleh tahu??Sebab Pak Abu pun selalu buat macam tu..Haha..Okay tak lawak pun :P Tapi itulah yang selalu orang lakukan.Tak ada siapa tahu,mungkin orang yang selalu kita stalk tu pun entah-entah selalu stalk kita juga.Actually,Pak Abu tak berapa suka stalk orang sebab nanti hati kita yang sakit bila baca status/tweet dia.Sebab tu Pak Abu sekarang jarang-jarang stalk orang :) *ye ker??* Tapi sejak dua menjak nie Pak Abu suka stalk seseorang....

5.Berdoa 

-Doa itu SENJATA MUKMIN.Ini sebenarnya yang kita semua perlu lakukan.Jika seseorang itu benar-benar layak untuk awak,berdoalah kepada Allah agar jodoh awak dengan si dia.Sebelum awak nak luahkan perasaan awak kat dia,lebih baik luahkan dulu kat Allah.Allah itu Maha Mendengar.DIA pasti akan mendengar setiap rintihan awak kepadaNya.Pak Abu nak kongsi satu video ini yang Pak Abu jumpa di Youtube.Video ini membuatkan Pak Abu mengalirkan air mata.So,marilah kita sama-sama menonton video ini.Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.In Sha Allah :')



Sampai di sini entry Pak Abu buat kali ini.Pak Abu mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Pak abu tak ada niat pun nak lukakan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Pak Abu sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML