Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Qayyumm

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



63. Al Qayyum

The Self Subsisting Sustainer Of All

Yang Maha Berdiri Sendiri-Nya / Maha Mandiri / Hidup Sendiri- Dialah yang memegang seluruh alam semesta, iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
.
Fadhilat Al Qayyum
.
Sesiapa yang mengulangi ‘Ya Qayyuum’, InsyaAllah tidak akan kecundang dalam kelalaian.
.
Jika dizikirkan‘Ya Hayyu Ya Qayyuum’ daripada waktu Subuh sehingga terbit matahari, InsyaAllah akan dapat menghilangkan keletihan dan kemalasan.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Qayyuum’ sebanyak mungkin, InsyaAllah ia akan memperolehi kemuliaan dan kehormatan.
.
Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga terserlahkewibawaannya.
.
Imam Ghazali berkata bahawa sesiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka zikir lah dengan “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1000 X setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, InsyaAllah akantercapai segala hajat.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML