Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Maani’

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



90. Al Maani‘ 

The Withholder/ The Shielder/ The Defender

Maha Mencegah / Maha Pencegah / Maha Membela atau Maha Menolak - Yang menolak bahaya dan lain-lain, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

.
Fadhilat Al Maani’
.
Memperbanyakkan zikir ‘Ya Maani’ dengan niat memohon kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah. InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
.
Andai kita selalu mengamalkan zikir ‘Ya Maani’ ini sebanyak 161 X dibacakan setiap hari pada waktu menjelang Subuh atau setiap lepas solat sunat Subuh, InsyaAllah kita akan terhindar dari perlakuan orang jahat, orang zalim dan orang-orang suka membuat angkara.
.
Mereka yang menyebut ‘Ya Maani’ berulang-ulang, InsyaAllah akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia.
.
Sekiranya ingin mewujudkan kasih sayang atau menyelesaikan perselisihan antara suami isteri, maka amalkanlah zikir ‘Ya Maani’ sebanyak 20 X ketika berbaring di katil. InsyaAllah berhasil.
.
Jika diamalkan zikir ‘Ya Maani’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah akan terhindar daripada segala bencana dan jika untuk sesuatu maksud yang halal, InsyaAllah ianya akan tercapai.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML