Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Muqtadir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



70. Al Muqtadir

The All Determiner/ The Dominant

Yang Maha Berkuasa / Maha Menentukan / Memiliki Kuasa Penuh / Yang Sangat Kuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya dan berkuasa menentukan segalanya.
.
Fadhilat Al Muqtadir
.
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ‘Ya Muqtadir’ seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
.
Apabila dibaca ‘Ya Muqtadir’ 100 kali setelah bangun tidur, InsyaAllah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.
Apabila tersedar / terjaga iaitu setelah bacaan doa bangun tidur, dibaca ‘Ya Muqtadir’ sekurang-kurangnya 20 kali, InsyaAllah akan dapat menyelesaikan tugas/kerja dengan mudah sekali.
.
Sesiapa yang mengulangi sebanyak mungkin ‘Ya Muqtadir’, InsyaAllah ia akan mendapat dan menyedari kebenarannya.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML