Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Waliy

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



77. Al Waliy

The Patron

Maha Memerintah /Wali atau Pemerintah / Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah – Menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
.
Fadhilat Al Waliy
.
Memperbanyakkan zikir ‘Ya Waaliy’ setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.
.
Agar terbuka hatinya, dibaca ‘Ya Waaliy’ setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau ‘futuh‘.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Waaliy’  berulang-ulang, kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya, InsyaAllah keselamatan rumahnya akan terpelihara.
.
Sesiapa yang beristiqamah berzikir dengan ‘Ya Waaliy’, InsyaAllah dia akan terselamat daripada mala petaka yang tidak disangka datangnya.
.
Jika ‘Ya Waaliy’ dibaca 11 kali sebelum berjumpa musuh atau pihak lawan, InsyaAllah akan dapat melembutkan hati dan menundukkannya.

.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML