Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Muntaqim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



81. Al Muntaqim

The Avenger

Maha Penyeksa / Penghukum / Yang Maha Menghukum – Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya. Ia menghukum mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh seksaNya.
.
Fadhilat Al Muntaqim
.
Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah memperbanyakkan zikir ‘Ya Muntaqim’ setiap kali sesudah solat fardhu. Insya’Allah, kita akan mendapat bantuan Allah SWT.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Muntaqim’ berulang-ulang, Insya’Allah akan dapat menakluki musuh-musuhnya.
.
Bagi menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, diamalkan membaca ‘Ya Muntaqim’ sesuadah solat fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
.
Sesiapa yang lemah dan tidak berdaya membalasi musuhnya, maka zikirkanlah ‘Ya Muntaqim’ 3 Jumaat berturut-turut. InsyaAllah, Allah sendiri akan membalasi bagi pihaknya.

.
Wallahu A’lam bishowab

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML