Wednesday, June 25, 2014

Jangan Terpedaya Tawaran Pinjaman Nak Raya!

Beberapa hari lagi Ramadhan bakal datang membawa pelbagai berita gembira bagi orang yang mendambakan ganjaran ALLAH subhanahu wata’ala.  Di dalamnya, pahala berganda-ganda dijanjikan ALLAH kepada kita semua.

Namun, dalam keghairahan sebahagian manusia menunggu kedatangan Ramadhan, ada juga sebahagian kita yang sudah berasa ghairah dengan HARI RAYA!  Sudah dirancang baju apa nak pakai, temanya warna apa, perabot baru sudah dijeling, langsir baru sudah dikira-kira, kuih dan biskut raya sudah bersepah dengan sample2nya dan berbagai-bagai lagi.  Dahsyat bukan!



Dengan keghairahan seumpama ini, datanglah manusia-manusia yang ingin mengambil kesempatan menawarkan peluang pinjaman.  Pamplet2 pinjaman dari ALONG, koperasi dan bank2 mula beredar di sana sini.  Saya sangat risau dengan situasi ini.  Kebanyakan kita ummat ISLAM sering menjadi mangsa atas tindakan kita sendiri.  Tamak, jahil dan terburu-buru telah menjerumuskan kita ke lembah kemusnahan.

Disebabkan nak beraya sakan, disebabkan taknak mengalah dengan orang lain, disebabkan nak tunjuk kehebatan masing-masing, disebabkan takut orang kata…ramai di kalangan kita yang sanggup buat pinjaman beli itu dan ini.  Boleh nak beraya, boleh nak bergembira, boleh nak enjoy pada hari raya.  Ya, silakan!  Tapi, biarlah itu semua di dalam lingkungan kemampuan kita.

Tak perlulah kita nak ikutkan sangat orang lain.  Ukurlah dompet kita sendiri.  Kita boleh lihat ramai sahabat-sahabat kita yang hanya memakai pakaian lama yang masih elok.  Mereka berpada dengannya.  Mereka tak kisah dengan sofa yang lama, langsir yang lama, sarung kusyen yang lama, lapik meja yang lama, handphone yang lama dan lain-lain lagi.  Mereka tidak terpengaruh dengan kata-kata dan ikutan nafsu.  Mereka bijak mengawal nafsu.  Adakah kegembiraan mereka kurang tatkala Hari Raya?  Tidak, betul kan…?

Pokoknya, bergembiralah pada hari raya nanti.  Bergembiralah!  Tapi jangan sampai meminjam disebabkan oleh sikap2 yang tidak menguntungkan yang saya sebutkan di atas.  Nak beli baju baru, silakan.  Nak beli perkakas baru, silakan.  Lakukanlah pembelian itu tanpa membuat pinjaman.  Ukurlah kemampuan masing2 mengikut jumlah tunai yang ada di tangan atau simpanan di bank.

Tak berkurang kegembiraan kalau tidak membeli benda-benda baru.  Kegembiraan tetap berlaku.  Dan ia berlaku dan selepas itu kegembiraan itu akan berlalu.  Yang peritnya, jika kalian meminjam, sukanya sekejap, gembiranya seketika, tapi terpaksa bersusah payah nak langsaikan hutang tu.

Baiklah, sekali lagi saya ingatkan agar elakkanlah dari meminjam.  Tahanlah diri dari meminjam.  Kawallah nafsu.  Ukurlah baju di badan sendiri.  Usah dibiarkan kata-kata dan persepsi orang lain mempengaruhi kalian.

Pihak bank, koperasi dan ALONG memang pandai menggunakan masa ini sebagai sebab utk kalian pinjam.  Mereka kenal psikologi manusia.  Mereka arif tentang nafsu manusia.  Dan mereka mahu agar kalian mengikuti nafsu, supaya mereka beroleh keuntungan dari nafsu kalian yang dipenuhi dan diikuti.  Dan ia akan dipenuhi jika kalian meminjam…!

Jadi, jangan meminjam!  Jangan meminjamsemata-mata hendak bergembira pada Hari Raya nanti!

Tumpukanlah 100% ibadah di dalam bulan Ramadhan nanti.  Jangan hilang tumpuan.  Hari Raya Aidul-Fitri lebih bermakna untuk diraikan sekiranya diri kita kembali kepada fitrah, yakni tidak berdosa, selepas selesai menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan Mubarak dengan bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan kita semua memperolehi Taqwa, amin.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML