Wednesday, June 25, 2014

Sekilas Hukum Tentang Puasa Bulan Ramadhan

HUKUM PUASA RAMADHAN

Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’

SIAPA YANG WAJIB BERPUASA?

Muslim
Berakal
Baligh
Sihat dan mampu untuk berpuasa
Menetap bukan musafir
Suci dari haihd dan nifas bagi wanita

RUKUN PUASA

Berniat
Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar hingga terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Makan atau minum dengan sengaja.  (Wajib Qadha)
Muntah dengan sengaja.  (Wajib Qadha)
Keluar darah haidh atau nifas.  (Wajib Qadha)
Mengeluarkan mani.  (Wajib Qadha)
Memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui jalan biasa.  (Wajib Qadha)
Meniatkan berbuka.  (Wajib Qadha)
Bersetubuh (Wajib bayar Kafarat)

AMALAN SUNNAH BERKAITAN BERPUASA

Bersahur
Melambatkan sahur
Menyegerakan berbuka puasa
Berbuka dengan ruthob atau tamar atau air.
Memberi makan  untuk berbuka bagi orang yang berpuasa
Berdo’a ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa
Solat tarawih berjamaah
Menjauhi perkara-perkara yang dilarang ALLAH.
Menggosok gigi
Bermurah hati dalam menderma (bersifat dermawan)
Mempelajari dan mentadabbur Al-Quran
Memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan
Beriktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir
Berusaha untukmendapatkan Lailatul Qadr

PERKARA YANG DIPERBOLEHKAN (TIDAK MEMBATALKAN PUASA)

Keluar air mani secara tidak sengaja
Memakai celak
Menitiskan ubat mata
Mencium isteri
Suntikan ubat
Berbekam
Berkumur-kumur
Memasukkan air ke dalam rongga hidung, tetapi tidak berlebih-lebihan.
Menelan air liur
Berkeadaan junub atau berhadath besar pada waktu Subuh
Semoga ALLAH ‘Azza wa Jalla mengurniakan kefahaman, hidayah dan taufiqNYA buat kita semua dalam usaha kita menjalani ibadah fardhu puasa di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Dan supaya madrasah Ramadhan Mubarak ini bisa membekaskan jiwa dan ruh kita dengan kemantapan iman, agar menjadi hamba ALLAH yang berTaqwa, amin…

Sekadar berkongsi,

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML