Vandalisme
Perbuatan yang merosakkan segala benda awam merupakan vandalisme.Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi malangnya kenbanyakan daripada kemudahan awam yang disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan sewenang-wenangnya.Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk mendapat rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas berlaku adalah vandalisme.Telephone awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi.
Sebab-sebab
Pengaruh kawanSelepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan remaja yang melakukan vandalisme adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, mereka sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk bahawa mereka mementingkan persahabatan itu.Amalan moral yang kurang baikAjaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah tetapi ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji tentang vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak diberi ajaran yang betul dan mereka beranggapan bahawa vandalisme adalah perkara yang remeh-temeh sahaja.Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasanMereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan mereka.Golongan ini akan menconteng di kemudahan awam dan dinding-dinding di jalanraya.
Kesan-kesan
Imej negara dijejaskanApabila pelancong-pelancong melawat ke negara kita,ia akan memberi kenangan yang tidak baik kepada pelancong tersebut.Mereka pastinya akan menceritakan kepada kawan mereka tentang apa yang mereka lihat.Hal ini menjejaskan pandangan negara lain terhadap Malaysia.Beban kepada rakyat dan negaraBarang yang rosak memerlukan kos untuk memperbaiki dan mengganti.Maka,vandalisme akan meningkatkan budjet negara untuk memperbaki barang-barang yang dirosakkan.
Langkah-langkah
Memberi hukuman yang lebih beratPihak berkuasa harus mengenakan hukuman yang lebih berat dan bukan hanya memberi saman sahaja.SElain itu,kepada mereka yang sentiasa mengulangi kesalahan tersebut harus dipenjara supaya mereka tidak berani lagi untuk mengulangi kesalahan tersebut.Bimbingan kaunselling harus diberiBagi mereka yang sentiasa melakukan perkara seperti ini,bimbingan kaunselling perlu diberi untuk mendapat ahu kenapa mereka berbuat begitu dan masalah yang dihadapi.Dengan ini,kita dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka yang seterusnya membawa kebaikan kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment