Penagihan Dadah
Dadah boleh digunakan sebagai ubat ataupun sebagai senjata.Biarpun dadah mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan yang membawa kebaikan kepada kita tetapi ia juga membawa keburukan kepada kita apabila ia disalahgunakan.Mengikut kajian yang dijalankan, remaja yang terlibat dalam penagihan mencatat peningkatan yang mendadak.
Sebab-sebab
Tidak mendapat kasih sayang daripada keluargaRemaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka sentiasa diabai.Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi,mereka mengambil dadah yang membolehkan mereka bakal dan menjadi penagih dadah selepas memakainya.Pengaruh kawanSesetengah daripada mereka menagih dadh kerana mereka dipengaruhi oleh ajakan kawan mereka untuk mengambil dadah.Jika mereka menolak ajakan kawan mereka untuk menagih dadah maka mereka akan kehilangan kawan baik.Akhirnya,mereka terjebak ke dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.Rasa ingin mencubaRemaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba.Apabila mereka mendapat dadah,mereka ingin tahu apakah kesan selepas menggunakannya.Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.Kesenangan untuk mendapat dadahDalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan dadah,pehak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap perkara perkara ini.Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah,remaja mudah mendapat dadah di pasaran dengan mudah secara haram.
Kesan-kesan
Masalah kesihatanRemaja yang menagih dadah selepas suatu janka masa yang panjang akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi,penyakit mental,kanser dan sebagainya.Hal ini disebabkan dadah mengandungi kandungan ubat yang beracun.Mengikut kajian yang dijalankan,sesetengah pil ecstacy yang dijual mengandungi ubat tikus yang beracun serta serpihan kaca.Serpihan kaca yang dibubuh ke dalam dadah adalah untuk mempercepatkan kesan ubat tersebut ke atas penagih.Peningkatan kes jenayahDemi mendapat wang bagi melegakan rasa gian penagih dadah,mereka terpaksa mencuri,merompak ataupun melakukan apa-apa jenayah yang membolehkan mereka untuk mendapat wang.Oleh itu,kita sering mendapat berita tentang kes pecah rumah,meragut,merompak dalam surat khabar.Pembangunan dan keamanan negara tergugatApabila penagih dadah dalam negara kita meningkat,pembangunan negara tergugat kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri menyebabkan mereka hilang minat dalam pelajaran dan keiginan untuk bekerja.Remaja yang tidak belajar dan bekerja akan mengurangkan pengeluaran negara biarpun dari segi kewangan ataupun tenaga kerja.
Langkah-langkah
Mengetatkan undang-undangKerajaan memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan gejala ini terutamanya di kalangan remaja.Undang-undang yang berkaitan dengan dadah harus dipreketatkan lagi agar pengedar dan penagih dadah akan bertaubat.Dengan adanya undang-undang yang baik tetapi pelaksanaan yang lemah tidak akan membantu kitas dalam menghapuskan gejala ini.Oleh itu, pihak polis harus sentiasa mengadakan pemeriksaan yang ketat di kastam-kastam untuk menghalang pengedar dadah yang berniat menyeludup dadah ke dalam negara kita.Kempen dan ceramah diadakanKempen tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah.Polis juga patut dijemput untuk memberi ceramah tentang jenayah yang berkaitan tentang.Pada masa yang sama,polis boleh memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berniat untuk mengedar ataupun menagih dadah.Kasih sayang IbubapaIbubapa harus sentiasa memberi perhatian kepada apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan kawan yang tidak baik dan seterusnya terjebak ke dalam amalan penagihan dadah.Pegangan agama yang kuatRemaja yang beriman dan mempunyai pegangan agama yang kuat tidak udah terpengaruh dan dihasut untuk mencuba dadah.Hal ini disebabkan,mereka adalah kuat dan teguh dari segi mental serta mereka tidak akan membuat apa-apa perkara yang berada di sisi undang-undang.
No comments:
Post a Comment