Sunday, March 23, 2014

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA KINI ( ROGOL )



Pada kebelakangan ini,kes rogol yang melibatkan remaja sering menjadi tajuk utama surat akhbar.Di mana perginya akhlak anak-anak muda kita?Setiap perkara atau peristiwa yang berlaku tentunnya ada sebab musabab yang tersembunyi.Mangsa-mangsa rogol merupakan golongan wanita yang lemah dari segi fizikal berbanding golongan lelaki.Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah. Memanadngkan perkara ini semakin hari semakin serius,ia adalah penting bagi kita untuk melihat secara mendalam perkara ini.

Sebab-sebab
Gadis remaja yang berpakaian tidak senonoh
Remaja pada masa kini telah mengabaikan adat sendiri dan mengagung-agungkan budaya barat yang membawa padah mereka.Akibat daripada pengaruh budaya barat,sesetengah gadis remaja memakai pakaian yang menjolok mata dan yang beragam islam itu enggan memakai tudung.Apabila pakaian mereka terlalu kurang,ia akan membangkitkan hawa nafsu lelaki dan merogol gadis tersebut apabila mereka gagal mengawal hawa nafsu mereka.
Boleh mendapat gambar dan video lucah dengan senang
Kemajuan teknologi memberi kemudahan kepada kita untuk mendapat maklumat dengan senang.Sesetengah remaja telah menyalahgunakan kemudahan ini untuk mendapatkan gambar dan bahan lucah.Dalam kegairahan mereka menonton video-video lucah,mereka tidak sedar bahawa mereka menuju ke arah melakukan jenayah seks iaitu rogol.
Tidak mempunyai pegangan agama yang kuat
Remaja yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat berkemungkinan besar gagal dalam mengawal hawa nafsu mereka.Akibatnya,gadis yang tidak berdosa akan menjadi bahan korban demi memenuhi kepuasan penjenayah.
Kesan-kesan
Kesan buruk terhadap psikologi mangsa rogol
Apabila gadis itu dirogol,dia akan menghadapi masalah dari segi fizikal dan mental.Pertama,mereka akan berasa malu dan mula menghindarkan diri daripada orang ramai termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.Mangsa rogol akan menghadapi trauma dan mungkin tidak akan berkhawin akibat daripada peristiwa yang dihadapi masa dahulu.

Masalah kesihatan
Sesetengah perogol mungkin mempunyai penyakit-penyakit seks yang berjangkit.Jika perogol itu menghadapi penyakit seperti AIDS malah mangsa rogol turut dijangkiti.Penyakit AIDS adalah penyakit yang tidak dapat diubati dengan teknologi masa kini.Oleh itu,mangsa rogol yang tidak berdosa ini terpaksa menanggung kepahitan ini.
Langkah-langkah
Penguatkuasaan undang-undang
Demi mengurangkan gejala sosial ini berleluasa,polis harus menangkap perogol-perogol dan memberikan hukuman yang berat kepada mereka sebagai amaran keras kepada yang lain.Hukuman terhadap perogol harus diberatkan lagi agar mereka yang berniat untuk melakukan jenayah takut.

Mengadakan kempen dan ceramah
kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memaparkan iklan yang berkaitan dengan akibat melakukan jenayah seks terhadap kaum lelaki.Bagi perempuan pula,ceramah yang diberi harus fokus pada cara melindungi diri mereka seperti berjalan berdua-duaan ataupun dalam kumpulan pada waktu malam,menggalak mereka belajr seni mempertahankan diri.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML