(Waktu Sesuai Bersama Isteri, Kedudukan Isteri Selepas Suami Meninggal Dunia, Doa Anak Baru Lahir Dan Lain-lain)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 122 adalah membicarakan persoalan waktu yang sesuai bersama isteri, kedudukan isteri selepas kematian suami, doa ketika baru mendapat anak, doa-doa perlindung daripada gangguan jin dan syaitan dan amalan anak yang soleh dan doa untuk mendapatkan jodoh.
891. Soalan : Bilakan waktunya menurut sunnah perhubungan badan di antara suami isteri?
Jawapan :
Pertama, ada keadaan dimana seorang suami dianjurkan untuk mendatangi isterinya. Keadaan itu adalah ketika suami tidak sengaja melihat wanita dan dia terpikat dengannya. Anjuran ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا أَقْبَلَتْ، أَقْبَلَتْ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ، فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً أَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ مَعَهَا مِثْلَ الَّذِي مَعَهَا
Maksudnya : "Wanita itu, ketika dilihat seperti syaitan (punya kekuatan menggoda). Kerana itu, jika ada lelaki melihat wanita yang membuatnya terpikat, hendaknya dia segera mendatangi isterinya. Kerana apa yang ada pada isterinya juga ada pada wanita itu. (Hadis Riwayat. Tirmidzi 1158, Ibnu Hibban 5572, ad-Darimi dalam Sunannya 2261, dan yang lainnya. Sanad hadis ini dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth).
Dalam riwayat lain di Sahih Muslim, dari sahabat Jabir, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
إِذَا أَحَدُكُمْ أَعْجَبَتْهُ الْمَرْأَةُ، فَوَقَعَتْ فِي قَلْبِهِ، فَلْيَعْمِدْ إِلَى امْرَأَتِهِ فَلْيُوَاقِعْهَا، فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ
Maksudnya : ”Jika ada lelaki yang terpikat dengan seorang wanita, hingga membuat dia jatuh cinta, hendaknya dia segera mendatangi isterinya dan melakukan hubungan dengannya. Dengan ini akan menghilangkan perasaan cinta dalam hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim 1403).
An-Nawawi mengatakan,
ومعنى الحديث أنه يستحب لمن رأى امرأة فتحركت شهوته أن يأتي امرأته أو جاريته إن كانت له فليواقعها ليدفع شهوته وتسكن نفسه ويجمع قلبه على ما هو بصدده
Makna hadis, bahawa dianjurkan bagi lelaki yang melihat wanita, kemudian syahwatnya naik, agar dia segera mendatangi isterinya , hingga dia melakukan hubungan badan dengannya. Agar boleh menahan syahwatnya dan jiwanya menjadi tenang, sehingga hatinya boleh kembali menumpukan dengan tugasnya. (Syarh Shahih Muslim an-Nawawi, 9/178)
Kedua, mengenai waktu khusus yang berisi anjuran untuk melakukan hubungan badan, kami tidak menjumpai adanya dalil yang menjelaskan hal ini. Namun terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan bagaimana kebiasaan orang soleh masa silam dalam memilih waktu untuk melakukan hubungan badan.
Berikut diantaranya,
1. Tiga waktu aurat
Yang dimaksud tiga waktu aurat adalah sebelum subuh, siang hari waktu Zohor, dan setelah Isya.
Allah SWT berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِنْ قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ
Maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di waktu Zohor dan sesudah solat Isya’. (Itulah) tiga waktu aurat bagi kamu. tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. (Surah An-Nur ayat 58).
Diriwayatkan dari Muqatil bin Hayan, beliau menceritakan sebab turunnya ayat ini,
Ada pasangan suami isteri di kalangan Anshar, yang dia sering membuatkan makanan untuk Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Suatu ketika budaknya masuk ke kamar menemui mereka tanpa izin di waktu yang mereka tidak sukai untuk ditemui. Isterinya pun melaporkan kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
يا رسول الله، ما أقبح هذا! إنه ليدخل على المرأة وزوجها وهما في ثوب واحد
Maksudnya : ”Wahai Rasulullah, betapa buruknya sikap orang ini. Dia menemui seorang wanita ketika dia sedang berduaan bersama suaminya dalam satu selimut.” Kemudian Allah menurunkan ayat di atas. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83).
Allah SWT menurunkan syariat agar anak yang belum baligh, atau budak yang tinggal bersama tuannya, untuk tidak masuk ke bilik peribadi orang tuanya atau bilik tuannya pada tiga waktu khusus tanpa izin. Tiga waktu itu Allah SWT sebut sebagai waktu aurat, kerana umumnya, mereka sedang membuka aurat di tiga waktu itu.
Ibnu Katsir menyebutkan keterangan dari as-Sudi,
كان أناس من الصحابة، رضي الله عنهم، يحبون أن يُوَاقعوا نساءهم في هذه الساعات ليغتسلوا ثم يخرجوا إلى الصلاة، فأمرهم الله أن يأمروا المملوكين والغلمان ألا يدخلوا عليهم في تلك الساعات إلا بإذن
”Dulu para sahabat radhiyallahu ‘anhum, mereka terbiasa melakukan hubungan badan dengan isteri mereka di tiga waktu tersebut. Kemudian mereka mandi dan berangkat solat. Kemudian Allah perintahkan agar mereka mendidik para budak dan anak yang belum baligh, untuk tidak masuk ke kamar pribadi mereka di tiga waktu tersebut, tanpa izin. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83).
2. Setelah solat Tahajjud
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memiliki kebiasaan tidur di awal malam, untuk boleh bangun di pertengahan atau sepertiga malam terakhir, melakukan solat tahajud. Aisyah menceritakan, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendekati isterinya setelah tahajud. Dari al-Aswad bin Yazid, bahawa beliau pernah bertanya kepada A’isyah radhiyallahu ‘anha tentang kebiasaan solat malamnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Keterangan A’isyah radhiyallahu ‘anhu,
كَانَ يَنَامُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ثُمَّ يَقُومُ، فَإِذَا كَانَ مِنَ السَّحَرِ أَوْتَرَ، ثُمَّ أَتَى فِرَاشَهُ، فَإِذَا كَانَ لَهُ حَاجَةٌ أَلَمَّ بِأَهْلِهِ، فَإِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ جُنُبًا أَفَاضَ عَلَيْهِ مِنَ الْمَاءِ، وَإِلَّا تَوَضَّأَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
”Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidur di awal malam, kemudian bangun tahajud. Jika sudah memasuki waktu sahur, baginda solat Witir. Kemudian kembali ke tempat tidur. Jika baginda ada keinginan, baginda mendatangi isterinya. Apabila baginda mendengar azan, baginda langsung bangun. Jika dalam keadaan junub, baginda mandi hadas besar. Jika tidak junub, baginda hanya berwuduk kemudian keluar menuju solat jamaah. (Hadis Riwayat an-Nasai 1680 dan disahihkan al-Albani)
Berdasarkan keterangan A’isyah di atas, sebagian ulama lebih menganjurkan agar hubungan badan dilakukan di akhir malam, setelah solat tahajjud, dengan pertimbangan,
Mendahulukan hak Allah SWT, dengan beribadah kepadanya dalam keadaan masih kuat.
Menghindari tidur ketika junub, kerana boleh langsung mandi untuk solat subuh.
Di awal malam umumnya fikiran penuh, dan di akhir malam umumnya fikiran dalam keadaan kosong.
Ketika menjelaskan hadis ini, Mula Ali Qori mengutip keterangn Ibnu Hajar yang menjelaskan,
تأخير الوطء إلى آخر الليل أولى؛ لأن أول الليل قد يكون ممتلئا ، والجماع على الامتلاء مضر بالإجماع على أنه قد لا يتيسر له الغسل فينام على جنابة وهو مكروه
Mengakhirkan hubungan badan hingga akhir malam itu lebih baik. Kerana di awal malam terkadang fikiran orang itu penuh. Dan melakukan jimak di saat fikiran penuh, boleh jadi membahayakan dengan sepakat para ahli, karena boleh jadi dia tidak boleh mandi, sehingga dia tidur dalam kondisi junub, dan itu hukumnya makruh. (Mirqah al-Mashabih, 4/345).
Semua keterangan di atas hanya menyebutkan kebiasaan mereka. Dan semata tradisi yang terkait adat atau keperluan fisikal seseorang, tidak boleh dijadikan acuan bahawa itu sunah atau dianjurkan. Kerana itu, pertimbangan yang disebutkan oleh Ibnu Hajar hanya pertimbangan yang baik ketika hubungan badan diakhirkan hingga mendekati sahur. Dengan demikian, kesimpulan yang boleh kita berikan, bahawa dalam masalah ini tidak ada sesuatu yang tepat kerana ianya perlu dilihat keperluan seseorang ketika berhajat perhubungan badan dengan isterinya. Wallahu a'lam
892. Soalan : Bagaimana kedudukan isteri setelah suaminya meninggal dunia?
Jawapan :
Menjadi janda merupakan pilihan yang sangat berat bagi kebanyakan wanita. Tidak hanya beban berat bagi dirinya, termasuk bagi keluarganya. Masa-masa indah bersama suami yang telah meninggal dunia, kini tinggal kenangan yang tak mungkin lagi berulang. Terlebih ketika tidak ada lagi harapan untuk membangun keluarga baru dengan suami yang baru.
Islam tidak mewajibkan apapun kepada wanita yang ditinggal mati suami, selain ihdad (menjalani masa berkabung). Dimana isteri tidak diperkenankan untuk berhias dan menerima lamaran nikah selama masa iddah. Batas masa iddah untuk wanita yang tidak hamil adalah 4 bulan 10 hari, sementara untuk wanita hamil, batasnya sampai dia melahirkan. Setelah masa ini, si isteri boleh berhias selama tidak keluar batas syariah, dan boleh menikah lagi.
Isteri Dunia dan Isteri Akhirat
Adanya ikatan iman pada pasangan suami isteri di dunia, akan Allah SWT abadikan sampai kiamat. Kerana ikatan iman ini, Allah SWT pertemukan mereka kembali, dan Allah SWT jadikan mereka sebagai suami isteri di syurga. Dan setiap wanita, akan dikumpulkan bersama suaminya yang terakhir. Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam,
أيما امرأة تُوفي عنها زوجها ، فتزوجت بعده ، فهي لآخر أزواجها
Maksudnya : “Wanita mana pun yang ditinggal mati suaminya, kemudian si wanita menikah lagi, maka dia menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir.” (Hadis Riwayat. Thabrani dalam al-Ausath 3248 dan dinilai sahih oleh al-Albani).
Sebab itulah, para isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak diperbolehkan untuk dinikahi oleh lelaki yang lain, setelah wafat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Allah SWT berfirman,
وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا
Maksudnya : "Kalian tidak boleh menyakiti hati Rasulullah dan tidak pula menikahi isteri-isterinya selama-lamanya sesudah dia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah Amat besar (dosanya) di sisi Allah. (Surah al-Ahzab ayat 53)
Diantara hikmahnya, mereka akan menjadi isteri-isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kelak di syurga. Dan tidak ada manusia yang syurganya lebih mulia dibanding baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Nailah bintu al-Farafishah adalah isteri Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu. Beliau menjadi saksi sejarah pembunuhan Utsman yang dilakukan oleh para pemberontak. Selepas masa iddah, beliau dilamar oleh Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu ‘anhuma.
Namun Nailah menolaknya. Nailah pernah mengatakan,
إنى رأيت الحب يبلى كما يبلى الثوب ، وقد خشيت أن يبلى حزن عثمان من قلبى، والله لا قعد أحد منى مقعد عثمان أبدا
”Aku merasa rasa cintaku boleh luntur sebagaimana baju yang luntur. Namun aku khawatir, kesedihanku terhadap Utsman akan luntur dari hatiku. Demi Allah, tidak ada yang boleh menggantikan kedudukan Utsman untuk diriku selamanya.” (al-Aqdu al-Farid, 3/199).
Hujaimah bintu Hay, Ummu Darda as-Sughra pernah dilamar oleh seseorang sepeninggal Abu Darda radhiyallahu ‘anhu. Namun beliau menolak dan mengatakan,
سمعت أبا الدرداء يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” المرأة لآخر أزواجها” ولست أريد بأبى الدرداء بديلا
”Saya mendengar Abu Darda meriwayat dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ’Wanita akan dikumpulkan bersama suami yang terakhir.’ Dan saya tidak ingin ada yang menggantikan kedudukan Abu Darda.” (al-Mathalib al-Aliyah, Ibn Hajar, 5/274).
Keterangan di atas menunjukkan bahawa para isteri yang ditinggal mati suami, masih memiliki hak terhadap suaminya. Hak mereka tidak menjadi putus sama sekali, setelah berakhirnya masa iddah. Selama mereka tidak menikah dengan lelaki yang lain. Kerana itu, Allah SWT abadikan ikatan pernikahan mereka sampai di akhirat. Allah SWT pertemukan mereka dan menjadi suami isteri di syurga. Bagi isteri yang masih muda dan perlukan bimbingan suami yang soleh dan dapat menjaga dan menguruskan keperluan anak-anak yang ditinggalkan, jalan terbaik adalah berkahwin lagi untuk meneruskan kehidupan untuk mencari keredaan Allah SWT selepas habis iddah.
893. Soalan : Ustaz, saya ingin tahu doa untuk mendoakan anak yang baru lahir berdasarkan hadis yang sahih ?
Jawapan:
Kita dianjurkan untuk mendoakan anak yang baru lahir diantaranya:
Pertama, memohon keberkatan untuk si anak.
Dari Abu Musa radliallahu ‘anhu, beliau mengatakan,
وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ، وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ، وَدَفَعَهُ إِلَيَّ
“Ketika anakku lahir, aku membawanya ke hadapan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Baginda memberi nama bayiku, Ibrahim dan men-tahnik dengan kurma lalu mendoakannya dengan keberkatan. Kemudian baginda kembalikan kepadaku. (Hadis Riwayat Bukhari 5467 dan Muslim 2145).
Perkara yang sama juga dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada putera Asma bintu Abu Bakr, yang bernama Abdullah bin Zubair. Sesampainya Asma hijrah di Madinah, beliau melahirkan puteranya, Abdullah bin Zubair. Bayi inipun dibawa ke hadapan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Asma mengatakan,
ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا، ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ دَعَا لَهُ، وَبَرَّكَ عَلَيْهِ
“..Kemudian Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam minta kurma, lalu baginda mengunyahnya dan meletakkannya di mulut si bayi. Makanan pertama yang masuk ke perut si bayi adalah ludah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kemudian baginda mendoakannya dan dan memohon keberkatan untuknya.” (Hadis Riwayat Bukhari 3909).
Teks Doa Memohon Keberkahan
Tidak ada teks doa khusus yang isinya permohonan berkah untuk anak.
Dalam Fatawa Syabakah Islam dinyatakan,
فليس هناك دليل – فيما نعلم – يدل على مشروعية قراءة شيء من القرآن، أو الأدعية عندما يولد الطفل، سواء من قبل الأم، أو من قبل الأب، أو من قبل غيرهما
Tidak terdapat dalil – sepengetahuan kami – yang menunjukkan dianjurkannya membaca ayat Al-Quran atau doa tertentu ketika seorang anak dilahirkan. Baik doa dari ibunya, bapanya, atau doa dari orang lain. [Fatawa Syabakah Islam, di bawah bimbingan Dr. Abdullah Al-Faqih, no. 13605].
Kerana itu, kita boleh berdoa dengan bahasa apapun yang kita faham. Misalnya dengan membaca, Baarkallahu fiik (semoga Allah memberkahi kamu) atau semacamnya.
Kedua, memohon perlindungan dari godaan syaitan.
Salah satu diantara contoh hal ini adalah apa yang dilakukan oleh isteri Imran, yang merupakan ibunya Maryam. Allah SWT menceritakan kejadian ketika isteri Imran melahirkan Maryam,
فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya : "Tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (Surah Ali Imran ayat 36).
Satu perkara yang istimewa, kerana doa ibunda Maryam ini, ketika Maryam lahir, dia tidak diganggu syaitan, demikian pula ketika Nabi Isa dilahirkan. AllahSWT mengabulkan doa ibunya Maryam. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,
مَا مِنْ بَنِي آدَمَ مَوْلُودٌ إِلَّا يَمَسُّهُ الشَّيْطَانُ حِينَ يُولَدُ، فَيَسْتَهِلُّ صَارِخًا مِنْ مَسِّ الشَّيْطَانِ، غَيْرَ مَرْيَمَ وَابْنِهَا
Maksudnya : "Setiap bayi dari anak keturunan Adam akan ditusuk dengan tangan syaitan ketika dia dilahirkan, sehingga dia berteriak menangis, kerana disentuh syaitan. Selain Maryam dan puteranya. (Hadis Riwayat Bukhari 3431).
Kemudian Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, membaca surat Ali Imran ayat 36 di atas.
Kita boleh meniru doa wanita solehah, isteri Imran ini. Hanya saja, perlu disesuaikan dengan jenis kelamin bayi yang dilahirkan. Kerana perbezaan kata ganti dalam bahasa arab antara lelaki dan perempuan.
a. Jika bayi yang dilahirkan perempuan, Anda boleh baca,
اَللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
b. Jika bayi yang lahir laki-laki, kita boleh membaca,
اَللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهُ بِكَ وَذُرِّيَّتَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Ertinya dua teks doa ini sama,
“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu untuknya dan untuk keturunannya dari syaitan yang terkutuk.”
Kita juga boleh memohon perlindungan untuk anak dari gangguan syaitan, dengan doa seperti yang pernah dipraktikkan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ketika mendoakan cucunya: Hasan dan Husain.
Ibnu Abbas menceritakan, bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membacakan doa perlindungan untuk kedua cucunya,
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Maksudnya : "Aku memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari semua godaan syaitan dan binatang pengganggu serta dari pandangan mata buruk. (Hadis Riwayat. Abu Daud 3371, dan disahihkan al-Albani).
894. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan doa-doa dan cara-cara yang diajarkan oleh Islam supaya dapat melindungi diri kita daripada hasutan dan gangguan jin dan syaitan?
Jawapan :
Pertama, bahwa pada dasarnya manusia tidak boleh melihat jin, juga tidak boleh mengesannya dengan indera yang lain. Allah SWT tegaskan melalui firman-Nya,
إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاء لِلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya : "Sesungguhnya iblis dan para pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang (di sana) kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya, Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah. al-A’raf ayat 27)
Inilah sifat asli manusia dan sifat asli jin. Manusia tidak boleh melihat jin, sebaliknya jin tidak boleh dilihat manusia, pada bentuk mereka yang asli.
Akan tetapi jin boleh menjelma menjadi makhluk yang lain, sehingga boleh terindra oleh manusia. Baik dengan dilihat, didengar, atau diraba. Sebagaimana kisah Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu pada hadis berikut,
Selama beberama malam, beliau ditugasi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk menjaga bahan makanan hasil zakat Ramadan. Malam harinya datang seorang pencuri dan mengambil makanan. Dia langsung ditangkap oleh Abu Hurairah. “Akan aku laporkan kamu ke Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
Orang inipun di tangkap. Minta dilepaskan kerana dia sangat memerlukan dan punya tanggungan keluarga. Dilepaslah pencuri ini. Siang harinya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada Abu Hurairah tentang kejadian semalam. Setelah diberi laporan, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Dia dusta, dia akan kembali lagi.”
Benar, di malam kedua dia datang lagi. Ditangkap Abu Hurairah, dan memelas, kemudian beliau lepas. Malam ketiga dia datang lagi. Kali ini tidak ada ampun. Orang inipun minta dilepaskan. “Lepaskan aku, nanti aku ajari bacaan yang bermanfaat untukmu.” Si jin mengatakan:
إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ، فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ: {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ}، حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ، فَإِنَّكَ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبَنَّكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ
“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”
Pagi harinya, kejadian ini dilaporkan kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. kemudian baginda bersabda: “Kali ini dia benar, meskipun asalnya dia pendusta.” (Hadis Riwayat. Bukhari 2311).
Kedua, setiap manusia selalui diikuti seorang jin dan malaikat.
Jin yang selalu menyertai manusia namanya jin qarin. Dia mengikuti manusia kemana pun sasarannya ini pergi.
Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ، إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ
“Setiap orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang qarin (pendamping) dari golongan jin.” (Hadis Riwayat Muslim 2814).
Keterangan selengkapnya, boleh anda pelajari di: Mengenal Jin Qorin
Sementara itu, Allah SWT juga menugaskan malaikat penjaga untuk menjaga semua hamba Allah dari hal buruk yang belum ditakdirkan baginya.
Dalam surat Ar-Ra’d, Allah SWT berfirman,
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللهِ
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.” (Surah ar-Ra’d ayat 11)
Ibnu Abbas menjelaskan,
هم الملائكة يحفظونَهُ بأمرِ الله ، فإذا جاء القدر خَلُّوْا عنه
“Mereka adalah para malaikat yang menjaga manusia dengan perintah Allah, jika ada takdir yang akan menimpanya maka malaikat ini menyingkir darinya” (Tafsir At-Thabari, no.20217)
Ketiga, kuatkan mental dengan banyak berzikir
Ada banyak sebab jin akan merasuki tubuh seseorang. Namun ini boleh dihalangi dengan melakukan pencegahan sejak awal pagi.
Kerana kita tidak boleh melihat jin, kita tidak mungkin bergaduh dengan mereka. Yang boleh kita lakukan adalah berdoa dan memohon perlindungan kepada Allah SWT dari gangguan mereka. Baik gangguan lahiriyah mahu pun batin.
Cara yang sangat mujarab untuk melindungi diri dari gangguan jin adalah amalkan zikir setiap pagi dan petang. Pagi dibaca setelah subuh dan petang dibaca setelah asar. Berikut beberapa zikir pagi petang untuk melindungi diri dari gangguan jin:
1. Membaca ayat kursi. Orang yang membacanya di waktu pagi maka akan dijaga sampai petang, dan siapa yang membacanya di waktu petang, akan dijaga sampai pagi.
Suatu ketika Ubay pernah menangkap jin yang mencuri makanannya. Ubay bin Ka’ab berkata kepada Jin: “Apa yang boleh menyelamatkan kami (manusia) dari (gangguan) kalian?”. Si jin menjawab: “Ayat kursi… Barangsiapa membacanya di waktu petang, maka ia akan dijaga dari (gangguan) kami hingga pagi, dan barangsiapa membacanya di waktu pagi, maka ia akan dijaga dari (gangguan) kami hingga petang”. Lalu paginya Ubay menemui Rasulullah -Sallallahu Alaihi Wasallam- untuk menuturkan hal itu, dan baginda menjawab: “Si buruk itu berkata benar”. (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban, Thabarani dan lainnya, Albani mengatakan: Sanadnya Thabarani Jayyid)
2. Membaca doa berikut 3 kali (waktu pagi dan petang):
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
BISMILLAHIL-LADZI LAA YADHURRU MA’AS-MIHII SYAI-UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAA’ WA HUWAS-SAMII-UL ‘ALIIM.
“Dengan nama Allah… yang bila nama-Nya disebut, segala sesuatu yang berada di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.”
Dari Utsman bin Affan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم يضره شيء
“Orang yang membaca zikir ini setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali, tidak akan ada sesuatu yang membahayakannya” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)
3. Membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas (masing-masing 3 kali), akan dijaga dari semua marabahaya.
Rasulullah SAW mengatakan kepada Abdullah bin Khubaib:
قل قل هو الله أحد والمعوذتين حين تمسي وحين تصبح ثلاث مرات تكفيك من كل شيء
“Bacalah Surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, di waktu pagi dan petang, sebanyak 3 kali! Itu cukup bagimu untuk mencegah semua marabahaya” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi, di-sahih-kan oleh Albani)
4. Membaca kalimat berikut 10 kali:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dari Abu Ayyub Al-Anshari, Nabi -Sallallahu Alaihi Wasallam- bersabda:
من قال حين يصبح لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات كتب الله له بكل واحدة قالها عشر حسنات وحط الله عنه بها عشر سيئات ورفعه الله بها عشر درجات وكن له كعشر رقاب وكن له مسلحة من أول النهار إلى آخره ولم يعمل يومئذ عملا يقهرهن فإن قال حين يمسي فمثل ذلك
“Barangsiapa ketika pagi membaca zikir ini 10 kali, maka Allah mencatat 100 kebaikan baginya, menghapus 100 keburukan darinya, menaikkannya 100 derajat, (pahala) zikir ini sebanding dengan memerdekakan 10 hamba, zikir ini boleh menjadi pelindung baginya dari pagi hingga petang, dan pada hari itu tidak akan ada pekerjaan yang memupuskannya… Apabila ia membacanya ketika petang, maka baginya keutamaan yang sama seperti itu. (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabarani, di-sahih-kan oleh Albani)
Semoga kita dimudahkan untuk menjadikan doa-doa ini amalan harian kita dan mendapat perlindungan Allah SWT dari segala yang membahayakan di dunia dan akhirat.
895. Soalan : Ustaz bagaimana cara terbaik untuk menjadi anak yang soleh dan hidup sunyi belum bertemu jodoh lagi...Harap ustaz boleh dapat tolong bantu memberikan doa-doa semoga dipertemukan jodoh.
Jawapan :
Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra ayat 24).
4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?"
Lalu baginda bersabda maksudnya : : "Sembahyang pada waktunya."
"Kemudian apa?"tanya saya lagi.
Baginda s.a.w. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa."
Saya bertanya : "Apa lagi ?"
Jawab baginda : "Berjihad pada jalan Allah."
6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW. bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."
7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah SWTyang bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendo'akan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Doa Memohon Diberikan Jodoh Yang Terbaik :
Ada banyak doa kepada Allah SWT di antaranya adalah doa dibawah ini, semoga siapa pun yang belum berjodoh segera didekatkan oleh Allah SWT dengan jodoh terbaiknya. Amin Teruslah berusaha dan berdoa, insya Allah, Allah SWT akan mengabulkannya
Doa untuk yang wanita:
اللَّهُمَّ زَوِّجْنِي رَجُلاً صَالِحاً تَقَرُّ بِهِ عَيْنِيْ و تَقَرُّ بِيْ عَيْنُهُ يَا ذَا الْجَلَالِ وَ الْإِكْرَامِ
Allaahumma zawwijnii rajulan shaalihan taqarru bihii ‘ainii wa taqarru bii ‘ainuhuu yaa dzal jalaali wal-ikraam.
“Ya Allah, nikahkanlah aku dengan lelaki yang soleh yang menyejukkan hatiku (tenang dipandang) dan aku pun membahagiakan hatinya, wahai Zat yang Mahaluhur dan Mulia.”
اللَّهُمَّ أِنِّىْ أُرِيْدُ أَنْ أَتَزَوَّجَ فَقَدِّرْ لِيْ مِنَ الرِّجَالِ مَنْ هُمْ اَعَفُّ وَ أَحْفَظُهُمْ لِيْ فِيْ
نَفْسِيْ وَ مَالِيْ وَ أَوْسَعُهُمْ رِزْقًا وَ أَعْظَمُهُمْ بَرَكَةً وَ قَدِّرْ لِيْ وَ لَدًا طَيِّبًا تَجْعَلُ لَهُ خَلَقًا صَالِحًا فِيْ حَيَاتِيْ وَ مَمَاتِيْ
Allaahumma innii uriidu an atazawwaja faqaddir lii minar-rijaali man hum a’affu wa ahfazhuhum lii fii nafsii wa maalii wa ausa’uhum rizqan wa a’zhamuhum barakatan wa qaddir lii waladan thayyiban taj’alu lahuu khalaqan shaalihan fii hayaatii wa mamaatii.
“Ya Allah, sungguh aku ingin menikah, maka tetapkanlah untukku lelaki yang sangat prihatin untuk menjaga diriku dan hartaku, yang sangat luas rezekinya, yang besar keberkahannya. Dan tetapkanlah untukku anak yang soleh yang Engkau jadikan sebagai pewaris yang baik dalam hidupku dan matiku.”
Selain daripada doa-doa di atas selalulah buat solat hajat dan solat istikharah dan mohonlah kepada Allah SWT semoga dipertemukan jodoh yang sesuai dengan kita, berbahagia dunia dan akhirat. Wallahu a'lam

No comments:
Post a Comment