GINANYA KESUSAHAN DAN KESUKARAN
Lihatlah kacang yang direbus dalam periuk. Kacang itu naik ke atas seolah-olah melompat apabila air periuk itu panas mendidih. Seolah-olah kacang itu berkata;
"Kenapa kau rebus aku?. Kamu beli aku, kemudian kamu siksa aku dalam periuk ini.....kenapa?".
Si suri rumah terus memukul dengan senduknya, lalu berkata;
"Diam engkau dalam kuali itu baik-baik. Jangan lari keluar. Aku rebus engkau bukan kerana benci, tetapi untuk menyelamatkan engkau. Engkau akan jadi makanan, dan akan menyerap jadi tenaga. Kesengsaraan yang engkau deritai itu bukanlah kezaliman. Tatkala engkau masih hijau dan segar dalam kebun, engkau minum air di sana. Minum air itu adalah demi untuk api.
Kasih sayang Allah mengatasi KemurkaanNya. Kerana CintaNya itu, kita dizhohirkan. Tujuan itu tidak dapat direalisasikan(disedari) jika sifat-sifat basyariyah kita tidak dibersih, dicuci, diubah dan dicanai terlebih dahulu.
Tanpa keinginan selera, darah dan daging tidak tumbuh. Kalau tidak tumbuh apa yang hendak di "makan" oleh Cinta Ilahi itu?. Engkau akan dicuci, dibersih, dicanai, barulah boleh mencapai Martabat Keruhanian Yang Tinggi.
* Mula-mulanya engkau di bumi, wahai kacang!!!
* Kemudian engkau dimakan.
* Engkau dicerna oleh orang yang memakan engkau, lalu engkau menjadi tenaga - satu unsur kejiwaan.
* Keadaan tumbuh-tumbuhan engkau hilang dan engkau masuk ke kehidupan kemanusiaan atau kebinatangan dan menyerap dalam hidup mereka.
* Akhirnya kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.
* Engkau lahir dari Sifat-Sifat Allah dan kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.
Engkau adalah sebahagian dari awan, matahari dan bintang. Kemudian engkau jadi hidup, tindakan, perkataan dan fikiran, melalui perubahan, peralihan yang semestinya diiring oleh penderitaan, kesusahan dan kesengsaraan.
Oleh itu benarlah kata-kata Sufi yang Syahid, al-Hallaj yang mengatakan;
"Bunuhlah aku wahai sahabat!!!. Dengan mati itu akan akan hidup yang lebih baik".
Hidup baru mengganti hidup yang sekarang ini; dan hidup itu adalah lebih baik dan lebih indah dari hidup yang sekarang.
Dan betapa bermaknanya Firman Allah Taala;
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Asy-Syar-h; 5,6)
Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.
No comments:
Post a Comment