Soal Jawab Agama
(Hadis Menyerupai Sesuatu Kaum, Puasa Ramadan Dan Fidyah, Penjelamaan Qareen dan Berkahwin Dengan Bunian)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal jawab Agama Siri 126 adalah membicangkan persoalan hadis mengenai menyerupai sesuatu kaum, meninggalkan puasa dan hukum fidyah, penjelmaan qareen dan berkahwin dengan bunian.
911. Soalan : Sering kali kita dengar petikan hadis - sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, sehinggakan bila kita membuat sesuatu hal ( bukan amalan ibadat ) yang lain sikit dari orang biasa, maka hadis ini lah yang akan diucapkan.
Soalan:
1) Bilakah seseorang itu dikatakan menyerupai sesuatu kaum?
2) Dalam hal-hal apakah yang dikatakan menyerupai sesuatu kaum?
3) Bila dan sebab apa ( asbabul wurud ) hadis ini diturunkan?
4) Berapa kali kah dan peristiwa apakah Rasulallah SAW mengucapkan hadis ini?
Wassalam.
Jawapan :
Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktiqad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum lain daripada Nabi SAW jelas memaparkan hal ini. Termasuklah larangan itu, berdasarkan hadis yang dirujuk seperti di bawah;
من تشبه بقوم فهو منهم
Terjemahan: "Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka."
Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.
Kemudian datang hadis lain seperti di bawah:
من رضي عمل قوم فهو منهم
Terjemahan: "Barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia termasuk dari mereka."
Rujuk: Subulus Salam, الصنعاني, 4/1477, dari Abu Yu’la.
Hadis ini didhaifkan Al-Albani (lihat: Silsilah Dhaifah, no: 5648, juga dalam Dhaif al-Jami’) sambil mengulas, hadis-hadis lain semakna dengannya mempunyai sanad lebih kuat menunjukkan faedah daripada maksud hadis tersebut. Dalam lafaz tambahan lain, bahawa Ibnu Mas’ud r.a diajak oleh seorang pemuda ke dalam satu majlis, lalu beliau mendengar suara-suara merintih, meratap (dalam kadar melampau) sambil berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
, من كثر سواد قوم فهو منهم, -
"Barangsiapa menuruti peratapan satu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka, ditambah lafaz - ومن رضى عمل قوم كان شريك من عمل به, - Barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia bersubahat dengan mereka yang melakukannya. (rujuk: كشف الخفاء, 2/274, Sakhawi, juga dinukilkan dalam Dirayah, takhrij al-Hidayah dari perkataan gurunya, Ibnu Hajar, 2/267).
Ciri-ciri menyerupai suatu kaum adalah:
1. Merayakan perayaan mereka kerana setiap kaum mempunyai perayaan tersendiri, dan ia amat jelas berdalilkan hadis yang direkodkan Imam Muslim, لكل قوم عيدا وهذا عيدنا – setiap kaum mempunyai perayaan, dan inilah perayaan kita – (Hadis Sahih Riwayat Muslim, no: 892).
2. Meniru budaya & tatacara hidup mereka
3. Meniru perkara khususnya berkaitan dengan simbol agama.
Lihat: Fatawa Islamiah, 1/115.
912. Soalan : Saya mahu tanya beberapa pertanyaan mengenai puasa Ramadan:
- Apakah membayar fidyah (orang tua yang sudah uzur) harus dibayarnya setiap hari selama bulan Ramadan? Bila waktunya?
- Apakah boleh membayar fidyah di akhir bulan Ramadan / sesudah bulan Ramadan dengan sekaligus?
- Dan bolehkah membayar fidyah dalam bentuk wang? Mohon dijelaskan dengan dalilnya sekali.
Jawapan :
Pertama : Membayar fidyah ada dua cara :
1. Cara dibayar secara satu per satu atau bertahap-tahap. Dengan syarat dia harus sudah melalui / melewati hari yang ia tidak berpuasa padanya:
Contohnya : Dia memberi makan kepada satu orang miskin untuk tiap hari yang ia tinggalkan. Misalnya : Dia tidak berpuasa pada hari ke-3, maka pada magrib hari ketiga tersebut dia memberi makan satu orang miskin. Berikutnya hari ke-4 dia juga tidak berpuasa, maka pada magrib hari ke-4 tersebut dia memberi makan satu orang miskin dan seterusnya.
Atau boleh juga dikumpulkan beberapa hari yang ia tinggalkan. Misalnya dia tidak berpuasa hari ke10 sampai ke 29. Pada hari ke-15 dia bayar fidyah untuk hari ke-10 sampai ke-15. Kemudian pada hari ke-25 dia bayar fidyah untuk hari ke-16 hingga hari ke-25. Lalu pada hari ke-29 ia bayar fidyah untuk hari ke-26 hingga ke-29.
2. Cara dibayar sekaligus. Iaitu setelah ia melalui semua hari yang ia tidak berpuasa padanya, maka ia memanggil orang miskin sesuai jumlah hari yang ia tinggalkan. Misalnya seseorang tidak berpuasa sebulan penuh. Maka dia memberi makan 30 orang miskin.
Sahabat Anas bin Malik radhiyallah ‘anhu ketika beliau sudah lanjut usia dan tidak mampu lagi berpuasa, maka beliau memberi makan 30 orang miskin. (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad-nya no. 4194. Sebagaimana pula diriwayatkan bahawa sahabat Anas bin Malik radhiyallah ‘anhu juga pernah membayar fidyah untuk tiap hari yang beliau tinggalkan. (lihat Fathul BariVII/180).
* Membayar Fidyah boleh dilakukan ketika masih dalam bulan Ramadan, boleh juga dilakukan di luar Ramadan. Ketika di luar Ramadan, boleh di bayar sekaligus.
Kedua : Adapun membayar fidyah dalam bentuk wang, maka hukumnya tidak boleh. Kerana dalam nash dalil disebutkan dengan lafazh “memberi makan”. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
Maksudnya : "dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. (Surah Al-Baqarah ayat 184)
Seorang ‘ulama ahli fiqh , Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah, ketika ditanya dengan pertanyaan serupa beliau menjawab sebagai berikut :
“Wajib atas kita untuk mengetahui salah satu kaedah penting, iaitu bahawa apa yang Allah sebutkan dengan lafazh “Al-Ith’am” atau “Ath-Tha’am” (memberikan makan) maka harus benar-benar ditunaikan dalam bentuk makanan. …. Jadi jika disebutkan dalam dalil dengan lafazh “Al-Ith’am” atau “Ath-Tha’am”(memberikan makan) maka tidak boleh diganti dengan dirham (wang). Oleh kerana itu orang yang sudah lanjut usia yang berkewajiban memberi makan sebagai ganti dari puasa (yang ia tinggalkan), maka tidak boleh diganti dalam bentuk wang. Walaupun dia membayar dalam bentuk wang senilai dengan harga makanan sebanyak sepuluh kali, maka itu tidak boleh menggugurkan kewajibannya. Kerana itu merupakan perbuatan melanggar ketentuan yang ditetapkan oleh dalil.” (Majmu’ Fatawa wa Rasa`il Ibni ‘Utsaimin XVII/84).
Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan :
1. Fidyah untuk orang yang tidak mampu berpuasa boleh dibayarkan setiap hari selama bulan Ramadan. Waktunya adalah ketika berbuka pada hari yang bersangkutan.
2. Fidyah boleh juga dibayarkan beberapa hari sekaligus.
3. Fidyah boleh juga dibayarkan sekaligus selama satu bulan.
4. Syarat terpenting untuk boleh membayar fidyah adalah sudah berlalu hari yang ia tidak berpuasa padanya.
5. Sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu pernah membayar fidyah dengan satu per satu, pernah juga sekaligus.
Bahwa membayar fidyah harus dalam bentuk makanan. Tidak boleh digantikan dalam bentuk wang. Kaedah penting : Apa yang Allah sebutkan dengan lafazh “Al-Ith’am” atau“Ath-Tha’am” (memberikan makan) maka harus benar-benar ditunaikan dalam bentuk makanan. Wallahu a'lam.
913. Soalan : Saya ada 3 soalan bersangkut paut dengan fidyah puasa.
1. Bolehkah Fidyah dibayar oleh anaknya kerana orang tua sudah tua dan tidak berkemampuan untuk membayarnya.
2. Bagaimana menentukan acuan harga makanan yang kita berikan kepada yang berhak. (memberi makan orang mskin itu berapa jumlahnya).
3. Adakah oarng miskin yang layak mendapat fidyah adalah seorang muslim?
Jawapan :
1. Seorang anak boleh baginya untuk membayar fidyah orang tuanya yang memang sudah tidak mampu lagi membayar fidyah.
Dalam salah satu fatwanya Al-Lajnah Ad-Dai`imah menyatakan tentang seorang yang berkewajiban membayar fidyah :
“Ibumu wajib memberi makan seorang miskin untuk tiap hari yang ia tinggalkan, iaitu sebanyak setengah sha’ makan pokok setempat. Kalau ternyata dia tidak memiliki apa-apa untuk ia bayarkan sebagai fidyah, maka dia tidak dikenai kewajiban apa-apa. Namun jika kamu seorang anak dan ingin membayarkan fidyah untuk ibumu, maka yang demikian termasuk perbuatan ihsan(kebaikan/bakti), dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat ihsan.”
2. Berapa jumlah makanan yang dibayarkan untuk fidyah.?
Adapun Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahmenjelaskan, bahawa ukuran fidyah adalah ¼ sha’ zaman Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam.
1 sha’ senilai dengan 2 Kg 40 gm = 2040 gm.
¼ sha’ bersamaan 510 gram.
Inilah ukuran fidyah yang wajib menurut beliau. Jika ditambah dalam rangkaihtiyath maka tidak mengapa. (lihat Majmu’ Fatawa wa Rasa`il Ibni ‘UtsaiminXX/95).
3. Tentunya orang miskin yang dimaksud di sini adalah seorang muslim.
Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah ketika ditanya apakah boleh membayarkan fidyah kepada seorang yang bukan muslim (kafir), maka beliau menjawab :
“Adapun apabila seseorang berada di negeri kafir, dan dia berkewajiban membayar fidyah, maka kalau di negeri tersebut terdapat kaum muslimin yang boleh mendapat fidyah, maka boleh memberi makan mereka. Namun kalau tidak ada kaum muslimin maka hendaknya diberikan dengan negeri muslim lainnya yang memerlukan.”
Adapun tentang apakah harus si miskin tersebut berpuasa ataukah tidak, maka tentunya kita menginginkan bahwa orang yang memakan pemberian kita adalah seorang muslim yang taat kepada agamanya. Bukan seorang yang banyak melanggar larangan agama.
Adapun tentang kriteria miskin, maka perlu dipahami apa pengertian miskin. Secara bahasa miskin adalah : seorang yang tidak memiliki apa-apa. Berasal dari kata bahasa arab sakana yang ertinya ‘diam’. Disifati demikian, kerana keadaannya yang tidak memiliki apa-apa membuatnya tidak boleh bergerak dan merasa rendah.
Adapun secara syar’i dijelaskan oleh para ‘ulama sebagai berikut : ِ adalah seorang yang tidak boleh mencukupi keperluan asasnya.
914. Ustaz , Saya ingin bertanya suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Saya redha dengan pemergiannya. Tetapi setelah beberapa hari meninggal dunia saya dapati seseorang wajahnya mirip suami saya balik kerumah saya. Tetapi bila saya perhatikan tiba-tiba dia hilang di dalam pandangan. Siapakan sebenarnya makhluk yang saya lihat itu? Minta pencerahan ustaz.
Jawapan
Orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.
Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.
Firman Allah SWT maksudnya : “Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan”. (Surah al-Mukminun ayat 100)
Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan dibangkitkan semula
Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.
Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?
Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.
Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen (makhluk jin). Qareen memang wujud, setiap kelahiran setiap manusia, Allah SWT akan sertakan makhluk Qareen ini bersama manusia. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.
Oleh kerana ia bukan suami puan, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada puan, lindungilah diri puan dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).
1. Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
2. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
3. Memulai tidur dengan membaringkan tubuh ke sisi sebelah kanan sebagaimana dalam hadis di atas.
4. Tidak tidur dengan tiarap, berdasarkan sabda Nabi SAW “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”.(Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang shahih)
5. Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Mengibaskan tempat tidur dengan ujung sarung atau dengan pakaiannya sebanyak tiga kali.
(Hadis Riwayat Bukhari).
7. Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, seperti membaca doa “Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa (Dengan menyebut nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Dianjurkan membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali atau 34 kali ketika hendak tidur, sebagaimana sabda baginda kepada Ali bin Abi Thalib dan isterinya ketika mereka hendak tidur, “Maka bacalah tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, dan takbir tiga puluh tiga kali” dan dalam riwayat lain “takbirlah tiga puluh empat kali”
(Hadis Riwayat Bukhari).
9. Dianjurkan juga membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari). Wallahu a’lam
915. Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Jawapan
1. Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 .
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T." (Surah ar-Rum ayat 21)
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah SAW untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi SAW telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya". (Surah al-Anfal ayat 87)
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
2. Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah S.W.T.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Mintalah adik puan berjumpa pakar perbuatan Islam untuk mengenal pasti bahawa beliau mungkin sedang di ganggu oleh makhluk jin sehingga dia merasakan telah berkahwin dengan jin. Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment