Monday, December 30, 2013

LIMA SENJATA AMPUH

Amalkanlah Lima Perkara Untuk Menghalang Gangguan Syaitan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Musuh utama manusia yang tidak kelihatan adalah Iblis dan syaitan laknatullah. Iblis telah berjanji dihadapan Allah SWT dia akan menggoda Anak Adam dan menyesatkan mereka hingga keakhir hayat. Allah SWT benarkan permintaan Iblis tetapi Allah SWT menjelaskan dia akan gagal menggoda dan menghasut anak Adam yang ikhlas semata-mata kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman:  "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. " (Surah Shad ayat 71-74) 

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (Surah Shad ayat 75-83) 

Terdapat lima amalan yang menjadi senjata untuk menghancurkan Iblis laknatullah dan amalan ini adalah amalan orang-orang mukmin, yang telah sebati dalam hati dan jiwanya.

Pertama :  Lidahnya sentiasa basah berzikir kepada Allah SAW samaada ketika berseorangan , bersama keluarga atau dengan orang lain.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, " Sebaik-baik zikir ialah Laa Ilaaha Illallah."

Baginda bersabda yang bermaksud : "Selalulah kamu mengucapkan : Laa Illaaha Illallah dan beristighfar kepada Allah dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu, kerana Iblis berkata : Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan Laa Ilaaha Illallah dan istighfar." (Hadis Riwayat Abu Ya'laa r.a)

Disebut dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW. berkata yang bermaksud : "Barangsiapa yang dapat akhir kalam ketika hendak matinya menyebut kalimah Laa Ilaaha Illallah nescaya dia akan dimasukkan kedalam syurga".

Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH,ALLAHU AKBAR,WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga."(Hadis riwayat Tabrani)

Kedua : Banyakkan bersedekah.

Banyakkan bersedekah dan ringan tangan untuk menghulur sedekah dan derma tanpa diketahui oleh sesiapa, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Untuk bersedekah ia merasakan tidak perlu untuk menjadi kaya dahulu baru hendak menghulurkan bantuan, tetapi memadailah menghulurkan apa sahaja yang termampu, dengan hati yang ikhlas.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya? Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Nabi SAW  baginda bersabda maksudnya : "Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: "Aku takut kepada Allah", seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya." (Mutafaqun'alaih)

Ketiga :  Hatinya sentiasa beristighfar kepada Allah SWT.

Beristighfar kepada Allah SWT perlu dilakukan setiap hari sebanyak yang mungkin. Perlunya memohon keampunan kehadrat Allah Azzawajalla kerana kita merasakan terlalu banyak dosa-dosanya  yang telah dilakukannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Sabda Rasulullah SAW : 

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً (صيحيح البخاري)

Maksudnya : “Demi Allah, sungguh aku beristighfar pada Allah dan bertobat padanya setiap hari lebih dari tujuh puluh kali” (Hadis Riwayat Bukhari) 



Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Zaariyaat ayat15-18)

Keempat : Sentiasa membaca kitab suci al-Quran .

Jiwanya merasa gelisah sekiranya sehari ia tidak dapat menatap lambaran kitab suci al- Quran kerana didalamnya mengandungi seribu hikmah dan pengajaran untuk menjadi peduman hidup didunia ini.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebajikan, dan satu kebajikan itu nilainya 10 kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Tirmizi)

Daripada Anas bin Malik r.a Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :"Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumahtangga kamu dengan solat dan dengan membaca al-Quran"
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Kelima : Qiyamulail dan bertahajud.

Amalan qiyamulalil dan bertahajud adalah amalan-amalan orang soleh. Dimalam hari  ketika ramai manusia sedang lena dibawa mimpi-mimpi yang indah ia bangun ditengah malam untuk qiyamulail dan bertahajud, bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT  hingga menitiskan air mata penyesalan.

Firman Allah SWT maksudnya :“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamulail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu jadikanlah lima amalan tersebut sebagai kebiasaan dan terus istiqamah sebagai amal soleh yang dilaksanakan untuk mencari keredaan Allah SWT Sesungguhnya amalan-amalan tersebut adalah amalan orang-orang soleh yang sentiasa yang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan akan menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan. 

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML