PENDAHULUAN
panduan ringkas untuk memahami Islam ini terdiri daripada tiga bahagian
.
Bahagian Pertama, “Beberapa Bukti Tentang Kebenaran Islam,”
Bahagian ini menjawab beberapa soalan penting yang sering ditanya oleh sesetengah orang:
Adakah Al-Qur’an benar-benar ayat dari Allah, yang diturunkan oleh Dia?
Adakah Nabi Muhammad benar-benar rasul yang diutus oleh Allah?
Adakah Islam benar-benar agama Allah?
Di dalam bab ini dikemukakan enam jenis bukti:
1)Mukjizat Saintifik di dalam Kitab Suci Al-Qur’an: Bahagian ini menerangkan beberapa fakta saintifik yang baru ditemui, yang disebut di dalam Al-Qur’an, yang diturunkan empat belas kurun yang lalu.
2) Cabaran untuk Mencipta Satu Surah Yang Serupa dengan Surah-surah di dalam Al-Qur’an: Di dalam Al-Qur’an, Tuhan mencabar manusia untuk mencipta satu surah yang serupa dengan surah-surah yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Sejak Al-Qur’an diturunkan, empat belas kurun yang lalu, sehingga kini, tiada sesiapa yang berjaya menyahut cabaran ini, walaupun bagi surah yang terpendek di dalam Al-Qur’an (Surah 108), yang hanya mempunyai sepuluh perkataan.
3) Ramalan di dalam Kitab Injil tentang Kemunculan Nabi Muhammad , Rasul bagi Umat Islam: Dalam bahagian ini, dibincangkan beberapa ramalan yang tertulis di dalam Kitab Injil tentang kemunculan Nabi Muhammad.
4) Ayat-ayat Al-Qur’an yang Menyebut Tentang Kejadian Akan Datang Yang Kini Telah Menjadi Kenyataan: Al-Qur’an menyebut tentang kejadian akan datang yang kini telah menjadi kenyataan, contohnya, kemenangan orang-orang Rom ke atas orang-orang Parsi.
5) Mukjizat yang Ditunjukkan oleh Nabi Muhammad : Banyak mukjizat yang diperolehi oleh Nabi Muhammad . Mukjizat-mukjizat ini telah disaksikan oleh ramai orang.
6) Kehidupan Nabi Muhammad Yang Sederhana: Ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang Rasul yang palsu, yang mengaku kenabiannya untuk mendapat kekayaan, nama atau kuasa.
Dari enam bukti ini, kami simpulkan bahawa:
Al-Qur’an merupakan ayat-ayat dari Allah, yang diturunkan oleh Dia
Nabi Muhammad ialah Rasul yang diutus oleh Allah.
Islam adalah agama yang benar dari Allah.
Jika kita ingin mengetahui samada sesuatu agama itu adalah benar atau tidak, kita tidak boleh bergantung kepada emosi, perasaan, atau tradisi kita. Bahkan, kita patut bergantung kepada pertimbangan dan daya intelek. Apabila Allah mengutus rasul-rasulnya, Dia menyokong mereka dengan dalil dan mukjizat sebagai bukti bahawa mereka ialah rasul Allah dan dengan itu, agama yang mereka sampaikan itu adalah benar.
Bahagian Kedua, “Beberapa Kelebihan Islam” menyebut tentang beberapa kelebihan yang diberi oleh Islam kepada seseorang individu, seperti:
1) Pintu ke Syurga yang Abadi
2) Selamat daripada Api Neraka
3) Kebahagiaan Hakiki dan Ketenangan Rohani
4) Pengampunan di atas Segala Dosa Yang Lalu.
Bab Ketiga, “Maklumat Am Tentang Islam” memberi maklumat am
tentang Islam, membetulkan beberapa salah faham tentang Islam, dan menjawab beberapa soalan yang selalu ditanya, seperti:
Apakah pandangan Islam tentang keganasan?
Apakah status wanita di dalam Islam?
Bab 1
Beberapa Bukti Tentang Kebenaran Islam
Allah telah menyokong rasulNya yang terakhir Nabi Muhammad dengan banyak mukjizat dan banyak dalil atau bukti yang mengesahkan bahawa baginda ialah rasul yang benar dan diutus oleh Allah. Allah juga telah menyokong KitabNya yang terakhir, Kitab Suci Al-Qur’an, dengan banyak mukjizat yang membuktikan bahawa Al-Qur’an ini adalah ayat-ayat daripada Allah swt yang diturunkan kepada rasulNya dan ia bukan ditulis oleh manusia. Bab ini membincangkan beberapa dalil atau bukti tersebut.
(1) Mukjizat Saintifik Di dalam Kitab Suci Al-Qur’an
Al-Qur’an adalah ayat-ayat Allah swt yang diturunkan kepada rasulNya, Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril. Ia dihafal oleh Nabi Muhammad yang menyampaikannya kepada para sahabat. Mereka kemudian menghafalnya, mencatat dan menelitinya semula bersama Rasulullah. Tambahan pula, Nabi Muhammad sendiri meneliti semula Al-Qur’an bersama Malaikat Jibril sekali setiap tahun dan dua kali pada tahun terakhir di dalam hayat baginda. Sejak ia diturunkan sehingga kini terdapat ramai orang Islam yang telah menghafal Al-Qur’an, ayat demi ayat.
Ada di antara mereka menghafal Al-Qur’an ketika berumur sepuluh tahun. Tidak satu pun perkataan di dalam Al-Qur’an diubah sejak ia diturunkan hingga kini.
Al-Qur’an yang diturunkan empat belas kurun yang lalu, menyebut tentang fakta-fakta sains yang baru akhir-akhir ini ditemui atau dibuktikan oleh para saintis. Ini membuktikan, tanpa ragu, bahawa Al-Qur’an adalah ayat-ayat Allah, diturunkan olehNya kepada Nabi Muhammad dan Al-Qur’an bukan ditulis oleh Nabi Muhammad atau sesiapapun. Ini juga membuktikan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang rasul yang diutus oleh Allah.
Adalah tidak munasabah seseorang boleh mengetahui, empat belas kurun yang lalu, fakta-fakta yang baru ditemui atau yang baru kini terbukti dengan peralatan dan kaedah saintifik yang canggih. Berikut adalah beberapa contoh.
A) Ayat Al-Qur’an Tentang Perkembangan Janin Manusia:
Di dalam Kitab Suci Al-Qur’an, Allah menyebut tentang beberapa peringkat perkembangan janin manusia.:
Dan sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dari air saringan dari tanah..Kemudian itu, Kami jadikan dia (setitik air mani itu) di tempat yang tetap terpelihara. Kemudian Kami jadikan pula mani itu menjadi segumpal darah (alaqah), kemudian Kami jadikan pula segumpal darah itu menjadi segumpal daging (mudghah)...
(Al-Qur’an, 23:12-14)
(Al-Qur’an, 23:12-14)
Dari segi bahasa, perkataan Arab alaqah mempunyai tiga makna:
(1) lintah, (2) benda yang terapung, dan (3) darah beku. Membandingkan lintah dengan embrio di dalam peringkat alaqah, kita dapati ada persamaan di antara keduanya,2 . Juga, pada peringkat ini embrio mendapatkan zat dari bekalan darah ibunya seperti seekor lintah yang mendapat makanan dari darah binatang lain.
Makna kedua perkataan alaqah adalah “benda yang terapung”. Ini dapat kita lihat di dalam , pada peringkat alaqah ini, embrio terapung di dalam rahim ibunya. Rupabentuk luaran embrio dan kantungnya menyerupai darah beku kerana kandungan darah yang tinggi di dalam embrio.(The Developing Human,Moore, ed.ke5, ms. 65.)
Makna ketiga perkataan alaqah ialah “darah beku.” Kita dapati rupabentuk luaran embrio dan kantungnya pada peringkat alaqah ini adalah menyerupai darah beku. Ini adalah disebabkan oleh kandungan darah yang
tinggi pada peringkat ini .
Juga pada peringkat ini, darah di dalam embrio tidak mengalir sehinggalah penghujung minggu ketiga.2 Justeru itu, pada peringkat ini embrio kelihatan seperti darah beku.
Dengan ini, ketiga-tiga makna perkataan alaqah adalah bertepatan dengan penjelasan tentang embrio pada peringkat ini.
Peringkat seterusnya yang disebut di dalam ayat Al-Qur’an ialah peringkat mudghah. Perkataan Arab mudghah bermaksud “bahan yang dikunyah”. Jika seseorang mengunyah sekeping gula getah dan kemudian membandingkannya dengan embrio pada peringkat mudghah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa rupabentuk embrio pada peringkat ini adalah menyerupai rupabentuk gula getah yang telah dikunyah itu. Ini adalah kerana somit-somit di belakang embrio kelihatan seperti “bekas gigitan pada bahan
yang telah dikunyah”.
Bagaimana mungkin Nabi Muhammad mengetahui semua perkara ini empat belas kurun yang lalu, sedangkan para saintis hanya mengetahuinya baru-baru ini dengan menggunakan peralatan moden yang canggih dan mikroskop berkuasa tinggi yang tidak wujud pada masa itu? Hamm dan Leeuwenhoek merupakan ahli sains yang pertama melihat sel-sel sperma manusia (spermatozoa) dengan menggunakan sebuah mikroskop yang diperbaiki di dalam tahun 1677 (lebih daripada 1000 tahun selepas Nabi Muhammad wafat). Mereka menyangka sel sperma mengandungi jasad miniatur berbentuk manusia yang akan membesar apabila ia memasuki alat kelamin perempuan.
Professor Emeritus Keith L. Moore ialah salah seorang ahli sains yang sangat terkemuka di dunia ini di dalam bidang anatomi dan embriologi dan merupakan penulis buku The Developing Human yang telah diterjemah ke dalam lapan bahasa. Buku ini adalah bahan rujukan saintifik dan telah dipilih oleh satu jawatankuasa khas di Amerika sebagai buku terbaik yang ditulis oleh seorang penulis. Dr. Keith Moore ialah Professor Emeritus bagi Jabatan Anatomi dan Biologi Sel di Universiti Toronto, Toronto, Kanada. Di sana, beliau adalah Penolong Dekan bagi Pusat Asasi Sains di Fakulti Perubatan dan menjadi Pengerusi Jabatan Anatomi selama 8 tahun. Di dalam tahun 1984, beliau menerima anugerah tertinggi yang diberikan di dalam bidang anatomi di Kanada, Anugerah J.C.B. Grant daripada Kesatuan Ahli Anatomi Kanada (Association of Canadian Anatomists). Beliau pernah mengarah banyak kesatuan antarabangsa, seperti Kesatuan Ahli Anatomi Kanada dan Amerika (The Canadian and American Association of Anatomists) dan Majlis Pertubuhan Sains Biologi (The Council of the Union of Biological Sciences).
Dalam tahun 1981, semasa Konferens Perubatan yang Ketujuh di Dammam, Saudi Arabia, Professor Moore berkata: “Ia merupakan satu keseronokan bagi saya bila saya dapat membantu menjelaskan ayat-ayat Al-Qur’an tentang perkembangan manusia. Adalah jelas bagi saya bahawa ayat-ayat ini pasti diturunkan kepada Nabi Muhammad daripada Tuhan, kerana kebanyakan pengetahuan ini tidak ditemui sehingga beberapa kurun kemudian. Ini membuktikan kepada saya bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah.”
Justeru itu, Professor Moore ditanya soalan berikut: “Adakah ini bermakna anda mempercayai bahawa Al-Qur’an itu adalah ayat-ayat dari Allah?” Beliau menjawab: “Tidak sukar untuk saya mempercayainya.”
Di dalam satu konferens, Professor Moore menyebut: “.. oleh kerana setiap peringkat embrio manusia adalah kompleks, disebabkan oleh proses perubahan yang berterusan semasa perkembangannya, adalah dicadangkan bahawa satu sistem pengkelasan yang baru dibentuk menggunakan istilah-istilah yang disebut di dalam Al-Qur’an dan Sunnah (kata-kata, amalan dan pesanan Nabi Muhammad) Sistem yang dicadangkan ini adalah mudah, komprehensif dan sesuai dengan ilmu embriologi masa kini. Kajian intensif Al-Qur’an dan Hadis (yang disampaikan oleh para sahabat Nabi Muhammad, yang sangat dipercayai iaitu perawi yang sahih) dalam empat tahun yang lepas telah mendedahkan satu sistem pengkelasan embrio manusia yang sangat menakjubkan sejak ia direkod pada abad ketujuh TM. Walaupun Aristotle, pengasas Sains Embriologi, menyedari bahawa perkembangan embrio anak ayam adalah secara berperingkat-peringkat, hasil dari kajiannya terhadap telur ayam pada abad keempat SM, beliau tidak mengemukakan sebarang butiran mengenainya. Sejauhmana yang diketahui dari sejarah embriologi, terdapat amat sedikit pengetahuan tentang peringkat dan pengkelasan embrio manusia sehingga abad keduapuluh. Oleh kerana itu, penjelasan tentang embrio manusia di dalam Al-Qur’an tidak mungkin berasaskan pengetahuan sains pada abad ketujuh. Kesimpulan yang paling munasabah adalah: penjelasan ini didedahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah. Baginda tidak mungkin mengetahui butir- butir terperinci seperti itu kerana baginda ialah seorang yang buta huruf yang tidak pernah menjalani sebarang latihan saintifik.”
B) Ayat Al-Qur’an Tentang Gunung-ganang:
B) Ayat Al-Qur’an Tentang Gunung-ganang:
Sebuah buku bertajuk Earth merupakan asas rujukan buku teks banyak universiti di seluruh dunia. Salah seorang daripada dua penulisnya ialah Professor Emeritus Frank Press. Beliau adalah Penasihat Sains kepada bekas Presiden Amerika Jimmy Carter dan selama 12 tahun menjadi Presiden Akademi Sains Kebangsaan, Washington, DC. Buku beliau menyebut gunung-ganang mempunyai akar pada dasarnya.1 Akar ini terbenam ke dalam bumi, justeru itu gunung-ganang mempunyai bentuk seperti pancang
Inilah cara Al-Qur’an menjelaskan tentang gunung-ganang. Allah menyebut di dalam Al-Qur’an:
Bukankah Kami jadikan bumi itu terbentang, Dan gunung-gunung sebagai pancang-pancang ?
(Al-Qur’an, 78:6-7)
Sains Bumi Moden telah membuktikan bahawa gunung-ganang mempunyai akar yang dalam di bawah permukaan bumi dan akar ini boleh mencapai kedalaman beberapa kali ganda daripada ketinggiannya di atas permukaan bumi.1 Justeru itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan gunung berdasarkan informasi ini adalah ‘pancang’, kerana pancang yang dipasang dengan baik, kebanyakan bahagiannya tersembunyi di bawah permukaan bumi.
Sejarah Sains menunjukkan bahawa teori tentang gunung-ganang mempunyai akar yang dalam hanya diperkenalkan pada tahun 1895 oleh
Gunung juga memainkan peranan yang penting di dalam kestabilan kerak bumi.1 Ia menghalang bumi daripada bergoncang. Allah swt telah menyebut di dalam Al-Qur’an:
Dan Dia lekatkan ke bumi gunung-gunung itu supaya tidak menggoncang kamu, dan sungai-sungai dan jalan-jalan ... (Qur’an, 16:15)
Begitu juga, Teori Moden tentang tektonik plat menyebut bahawa gunung-ganang berfungsi sebagai penstabil bumi. Pengetahuan tentang peranan gunung-ganang sebagai penstabil bumi baru sahaja difahami di dalam rangka kerja tektonik plat sejak akhir 1960’an. Mungkinkah ada orang pada zaman Nabi Muhammad yang mengetahui tentang rupabentuk sebenar gunung-ganang? Bolehkah seseorang membayangkan bahawa gunung-ganang yang tersergam teguh yang dilihat di depannya itu, menjulur jauh ke dalam bumi dan mempunyai akar sebagaimana yang disahkan oleh ahli saintis? Geologi Moden telah mengesahkan kebenaran
ayat-ayat Al-Qur’an.
C) Ayat Al-Qur’an Tentang Kejadian Alam:
Sains Kosmologi Moden, berdasarkan pemerhatian dan teori dengan jelas menunjukkan bahawa, pada satu ketika, seluruh alam ini tidak mengandungi apa-apa melainkan kepulan ‘asap’ (iaitu satu komposisi gas panas yang berketumpatan tinggi dan legap).1 Ini adalah salah satu prinsip bagi kosmologi moden piawai yang tidak disangkal. Para saintis kini boleh melihat bintang- bintang baru terbentuk daripada saki baki ‘asap’ itu.
Bintang- bintang yang bercahaya yang kelihatan pada malam hari, sebagaimana keseluruhan alam ini, adalah dari bahan ‘asap’ itu. Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an:
Kemudian Dia pun menuju ke langit, sedang ia adalah asap ...
(Qur’an, 41:11)
Oleh kerana kedua-dua bumi dan cakerawala (matahari, bulan, bintang planet, galaksi dan lain-lain) telah dibentuk dari ‘asap’ yang sama, kami menyimpulkan bahawa bumi dan cakerawala adalah satu entiti yang saling berkait. Kemudian dari ‘asap’ homogenous ini, bumi dan cakerawala terbentuk
dan mengasing daripada satu sama lain. Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an:
Dan apakah tidak melihat orang-orang yang kafir itu bahawasanya langit yang luas dan bumi itu dahulunya adalah sekepal, lalu Kami pisahkan di antara keduanya? ...
(Qur’an, 21:30)
Dr. Alfred Kroner merupakan pakar kajibumi yang terkenal. Beliau adalah Professor Geologi dan Pengerusi Jabatan Geologi di Institut Geosains, Universiti Johannes Gutenberg, Mainz, Germany. Beliau berkata: “Memikirkan dari mana asal usul Nabi Muhammad . . . saya fikir adalah mustahil beliau mengetahui tentang perkara seperti asal kejadian alam semesta yang sama, kerana ahli sains hanya mengetahui mengenainya dalam beberapa tahun yang lalu dengan menggunakan kaedah teknologi yang canggih dan rumit, bahawa inilah yang telah berlaku.” Juga beliau berkata: “Seseorang yang tidak tahu tentang fizik nuklear empatbelas kurun yang lalu tidak mungkin, saya rasa, mampu mengetahuinya dari akal fikirannya sendiri, contohnya, bahawa bumi dan cakerawala mempunyai asal kejadian yang sama.”
D) Ayat Al-Qur’an Tentang Serebrum:
Allah telah menyebut di dalam Al-Qur’an tentang seorang kafir yang melarang Nabi Muhammad daripada bersolat di Kaabah:
Sungguh! Jika dia tidak mau juga berhenti, sesungguhnya akan Kami sentakkan ubun-ubunnya, Ubun-ubun yang dusta, yang penuh kesalahan! (Qur’an, 96:15-16)
Mengapakah Al-Qur’an menyebut tentang ubun-ubun yang dusta dan penuh kesalahan atau berdosa? Kenapa Al-Qur’an tidak menyebut orang itu penipu dan berdosa? Apakah hubungan di antara ubun-ubun dengan penipuan dan dosa?
Jika kita melihat ke dalam tengkorak di bahagian depan kepala, kita akan dapati kawasan prefrontal serebrum . Apakah fungsi kawasan ini dari segi fisiologi? Sebuah buku bertajuk Essentials of Anatomy & Physiology mengatakan bahawa: “Motivasi dan keupayaan untuk merancang dan memulakan pergerakan berlaku di bahagian lobus depan, iaitu kawasan prefrontal. Ini adalah kawasan korteks sekutuan...” juga menyebut: “berdasarkan penglibatannya di dalam motivasi, kawasan prefrontal juga dianggap sebagai pusat fungsi bagi keganasan ....”Oleh itu, kawasan serebrum ini bertanggungjawab untuk merancang, memotivasi dan memulakan kelakuan baik dan kelakuan buruk, serta bertanggungjawab bagi penipuan dan pertuturan yang benar. Justeru itu, adalah sesuai menggambarkan bahagian depan kepala sebagai penipu dan berdosa apabila seseorang itu menipu atau melakukan dosa, sebagaimana yang disebut di dalam Al-Qur’an “... (bahagian depan kepala) naseyah yang menipu dan berdosa!”
Mengikut Professor Keith L. Moore, ahli saintis hanya menemui fungsi kawasan prefrontal ini enam puluh tahun yang lalu.
E) Ayat Al-Qur’an Tentang Laut dan Sungai:
Sains Moden telah menemui satu benteng pada kawasan di mana dua laut bertemu. Benteng ini memisahkan kedua-dua laut sehingga masing-masing mempunyai suhu, kemasinan dan ketumpatannya sendiri. Air dari Laut Mediterranean memasuki Lautan Atlantik menyeberangi sil Gibraltar dengan ciri-cirinya yang tersendiri; lebih panas, lebih masin dan kurang tumpat, kerana benteng yang memisahkan kedua-duanya. Suhu di dalam darjah Celsius(°C). (Marine Geology, Kuenen, ms.43, dengan sedikit penambahan.)
Contohnya, Laut Mediterranean adalah panas, masin dan kurang tumpat berbanding dengan Lautan Atlantik. Apabila Laut Mediterranean memasuki Lautan Atlantik melalui sil Gibraltar, laut ini mengalir beberapa ratus kilometer pada kedalaman kira-kira 1000 meter dengan ciri-ciri kepanasan dan kemasinannya yang tersendiri, serta ketumpatan yang lebih rendah. Air dari Laut Mediterranean stabil pada kedalaman ini. Walaupun terdapat ombak yang besar, arus yang kuat dan kejadian pasang-surut, kedua-dua laut ini tidak bercampur atau melampaui benteng ini.
Al-Qur’an menyebut tentang wujudnya satu benteng di antara dua laut yang bertemu dan kedua-duanya tidak melampaui benteng itu. Allah berfirman:
Dibiarkannya mengalir dua lautan, lalu keduanya bertemu. Di antara keduanya ada benteng yang tidak dilampaui.
(Qur’an, 55:19-20)
Tetapi apabila Al-Qur’an menyebut tentang pemisah antara air tawar dan air masin, ia menyebut tentang kewujudan “batas penghalang” bersama dengan benteng itu. Allah berfirman di dalam Al-Quran :
Dan Dialah yang mencampurkan dua lautan, satu sangat tawar dan satu lagi sangat masin lagi pahit, Dan dijadikanNya di antara keduanya benteng dan batas penghalang.
(Qur’an, 25:53)
Orang mungkin bertanya, kenapa Al-Qur’an menyebut mengenai batas penghalang apabila bercakap tentang pemisah antara air tawar dengan air masin, tetapi tidak menyebut mengenainya apabila bercakap tentang pemisah antara dua laut?
Sains Moden telah menjumpai di kawasan muara di mana air tawar dan air masin bertemu, satu situasi yang berbeza daripada apa yang berlaku di kawasan di mana dua laut bertemu. Adalah didapati bahawa apa yang
membezakan air tawar dengan air masin di muara ialah satu “zon piknoklin di mana dengan ketaranya berlaku ketidak-sinambungan di antara dua ketumpatan yang menyebabkan kedua-dua lapisan ini terpisah.”Batas ini (zon pemisah) mempunyai kemasinan yang berbeza daripada lapisan air tawar dan lapisan air masin.
Informasi ini hanya ditemui baru-baru ini, menggunakan peralatan yang canggih untuk mengukur suhu, kemasinan, ketumpatan, ketidak-larutan oksigen, dll. Mata kasar manusia tidak dapat melihat perbezaan di antara dua laut yang bertemu, bahkan kedua-dua laut itu kelihatan seperti satu laut yang homogen. Begitu juga, mata manusia tidak dapat melihat pembahagian air di muara kepada tiga jenis: air tawar, air masin dan air payau (zon pemisah).
F) Ayat Al-Qur’an Tentang Laut Dalam dan Gelombang Dalaman:
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an: Atau laksana gelap gelita di lautan dalam, dipukul gelombang demi gelombang, di atas bergumpallah awan, kegelapan saling bertindih, sehingga bila dikeluarkan pun tangannya, sukarlah dia dapat melihatnya ....
(Qur’an, 24:40)
Ayat ini menyebut tentang kegelapan yang terdapat di laut dalam dan lautan, di mana jika seseorang mendepakan tangannya, dia tidak akan dapat melihatnya. Kegelapan di laut dalam dan lautan ini ditemui sekitar kedalaman 200 meter. Pada kedalaman ini, hampir tidak mempunyai sebarang cahaya. Di kawasan yang lebih dalam daripada 1000 meter, tidak ada sebarang cahaya sama sekali.1 Manusia tidak mampu menyelam lebih dalam daripada empat puluh meter tanpa bantuan kapal selam dan peralatan khas. Manusia tidak boleh hidup tanpa bantuan pada bahagian lautan yang dalam dan gelap, seperti pada kedalaman 200 meter. Antara 3 hingga 30 peratus cahaya matahari dipantul pada permukaan laut. Setelah itu, hampir kesemua warna di dalam spektrum cahaya diserap satu per satu pada kedalaman 200 meter pertama, kecuali cahaya biru.
Para saintis telah menemui kegelapan ini, baru-baru ini, dengan menggunakan peralatan khas dan kapal selam yang membolehkan mereka menyelam sehingga ke lautan dalam.
Kita juga boleh memahami ayat berikut, di dalam surah sebelum ini
“...di lautan dalam, dipukul gelombang demi gelombang, di atas bergumpallah awan ..”,
bahawa air di laut dan lautan dalam dilitupi gelombang, dan di atas gelombang ini ada gelombang yang lain. Jelas, bahawa gelombang yang kedua adalah ombak yang kita lihat di permukaan kerana ayat itu menyebut bahawa di atas gelombang kedua itu adalah awan. Tapi bagaimana dengan gelombang yang pertama itu? Para saintis baru-baru ini telah menemui gelombang dalaman yang “berlaku pada interfasa ketumpatan di antara lapisan-lapisan yang mempunyai ketumpatan yang berbeza.”. Gelombang dalaman ini melitupi air di laut dan lautan dalam kerana air di kedalaman yang lebih tinggi mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air di atasnya. Gelombang dalaman bertindak seperti ombak di permukaan. Ia juga boleh pecah seperti ombak di permukaan. Gelombang dalaman tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, tetapi ia boleh dikesan dengan mengkaji suhu atau perubahan kemasinan pada lokasi tertentu.
bahawa air di laut dan lautan dalam dilitupi gelombang, dan di atas gelombang ini ada gelombang yang lain. Jelas, bahawa gelombang yang kedua adalah ombak yang kita lihat di permukaan kerana ayat itu menyebut bahawa di atas gelombang kedua itu adalah awan. Tapi bagaimana dengan gelombang yang pertama itu? Para saintis baru-baru ini telah menemui gelombang dalaman yang “berlaku pada interfasa ketumpatan di antara lapisan-lapisan yang mempunyai ketumpatan yang berbeza.”. Gelombang dalaman ini melitupi air di laut dan lautan dalam kerana air di kedalaman yang lebih tinggi mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air di atasnya. Gelombang dalaman bertindak seperti ombak di permukaan. Ia juga boleh pecah seperti ombak di permukaan. Gelombang dalaman tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, tetapi ia boleh dikesan dengan mengkaji suhu atau perubahan kemasinan pada lokasi tertentu.
Para saintis telah mengkaji jenis-jenis awan dan menyedari bahawa awan hujan terjadi dan terbentuk mengikut sistem dan langkah tertentu yang berkaitan dengan jenis angin dan awan. Salah satu daripada awan hujan itu adalah awan kumulonimbus. Ahli Kajicuaca telah mengkaji bagaimana awan kumulonimbus terbentuk dan bagaimana ia menghasilkan hujan, hujan batu dan kilat. Mereka mendapati awan kumulonimbus melalui langkah-langkah berikut untuk menghasilkan hujan :
1) Awan ditolak oleh angin: Awan Kumulonimbus mula terbentuk apabila angin menolak beberapa awan kecil (awan kumulus) ke kawasan di mana awan-awan ini berkumpul atau berpusat.
2) Percantuman: Kemudian awan-awan kecil ini bercantum membentuk awan yang lebih besar
3) Penimbunan: Apabila awan-awan kecil bercantum, arus menaik di dalam awan yang besar ini meningkat. Arus menaik di bahagian tengah awan lebih kuat daripada arus yang terdapat di bahagian tepi awan. Arus menaik ini menyebabkan badan awan membesar secara menegak, maka awan itu tertimbun ke atas. Pembesaran menegak ini menyebabkan badan awan menjulur ke kawasan atmosfera yang lebih sejuk, di mana titisan air dan hujan batu terhasil dan semakin membesar. Apabila titisan air dan hujan batu menjadi terlalu berat untuk ditampung oleh arus menaik itu, ia mula turun dari awan sebagai hujan, hujan batu dan sebagainya.
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:
Tidakkah engkau lihat betapa Allah menggerakkan awan, kemudian dikumpulkanNya menjadi satu tumpukan, maka engkau lihat hujan turun dari awan itu ....
(Qur’an, 24:43)
Ahli Kajicuaca hanya mengetahui secara terperinci tentang pembentukan awan, struktur dan fungsinya dengan menggunakan peralatan seperti kapalterbang, satelit, komputer, belon, dan peralatan lain untuk mengkaji angin dan arah angin, mengukur kelembapan dan perubahannya, juga untuk menentukan tahap dan perubahan tekanan atmosfera.
Ayat yang berikutnya setelah menyebut tentang awan dan hujan, menyebut tentang ribut dan petir:
.... Dan diturunkanNya pula dari gunung di langit, yang di dalamnya ada salju, ditumpahkanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Kadang-kadang nyaris sambaran kilatnya membutakan penglihatan.
(Qur’an, 24:43)
(Qur’an, 24:43)
Ahli kajicuaca telah mendapati bahawa awan kumulonimbus yang menghasilkan ribut ini, mencapai ketinggian 25,000 hingga 30,000 kaki (4.7 hingga 5.7 batu),2 seperti gunung, sebagaimana yang disebut di dalam Al-Qur’an: “... Dan Ayat ini mungkin menimbulkan persoalan : mengapakah di dalam ayat ini menyebut “kilatnya” ketika merujuk kepada hujan batu? Adakah ia bermakna hujan batu adalah faktor utama yang menyebabkan petir? Marilah kita perhatikan apa yang dikatakan di dalam buku Meteorology Today. Ia mengatakan bahawa awan menjadi bercas ketika hujan batu melalui satu kawasan di dalam awan yang mengandungi titisan sejuk lampau dan hablur ais. Ketika titisan air berlanggar dengan hujan batu, ia membeku semasa perlanggaran dan membebaskan haba yang terpendam. Ini menyebabkan permukaan hujan batu lebih panas daripada hablur ais yang berada di sekelilingnya. Apabila hujan batu itu bersentuhan dengan hablur ais, satu fenomena penting berlaku: elektron mengalir dari objek yang sejuk ke objek yang lebih panas. Dengan ini, hujan batu menjadi bercas negatif. Kesan yang sama terjadi apabila titisan sejuk lampau bersentuhan dengan hujan batu dan serpihan ais bercas positif terpisah daripadanya.
Zarah-zarah bercas positif yang lebih ringan dibawa ke bahagian atas awan oleh arus menaik. Hujan batu yang tinggal dengan cas negatif, jatuh ke bahagian bawah awan, justeru itu bahagian bawah awan menjadi bercas negatif. Cas-cas negatif ini kemudian dibebaskan sebagai petir.1 Dengan ini kita simpulkan bahawa hujan batu adalah faktor utama yang menghasilkan petir. Maklumat tentang petir ini baru ditemui. Sehingga 1600 TM, pendapat Aristotle tentang meteorologi adalah dominan. Contohnya, beliau mengatakan bahawa atmosfera mengandungi dua jenis hembusan, lembab dan kering. Beliau juga mengatakan bahawa guruh adalah bunyi daripada pergeseran antara hembusan lembab dan kering dengan awan-awan yang bersebelahan dengannya, dan petir adalah pemanasan dan pembakaran hembusan kering dengan api yang kecil dan samar.2 Ini adalah beberapa pendapat tentang meteorologi yang dominan ketika Al-Qur’an diturunkan, empat belas kurun yang lalu.
H) Kenyataan Para Saintis Tentang Mukjizat Saintifik Yang Terdapat Di dalam Al-Qur’an:
Berikut adalah beberapa kenyataan daripada beberapa orang ahli sains tentang mukjizat saintifik yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Semua kenyataan ini telah diambil daripada rakaman video bertajuk This is the Truth. Di dalam rakaman video ini, anda akan mendengar dan melihat ketika ahli sains ini memberi kenyataan berikut.
(Sila lawati www.islam-guide.com/truth untuk salinan rakaman video ini, untuk melihatnya secara online atau untuk melihat klip video kenyataan-kenyataan ini secara online.)
1) Dr. T. V. N. Persaud ialah Professor di dalam bidang Anatomi, bidang Pediatriks dan Kesihatan Kanak-kanak, juga Professor Obstetriks, Ginekologi dan Sains Reproduktif di University Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di sana, beliau telah menjadi Pengerusi Jabatan Anatomi selama 16 tahun. Beliau sangat dikenali di dalam bidangnya. Beliau adalah seorang penulis, juga editor bagi 22 buah buku teks dan telah menerbitkan lebih daripada 181 rencana sains. Di dalam tahun 1991, beliau menerima anugerah paling terkemuka yang diberikan di dalam bidang anatomi di Kanada, The J.C.B. Grant Award daripada Persatuan Ahli-ahli Anatomi Kanada. Apabila ditanya tentang mukjizat saintifik di dalam Al-Qur’an yang telah beliau kaji, beliau menyebut: “Cara ia diterangkan kepada saya, Muhammad ialah manusia biasa. Baginda tidak boleh membaca, tidak tahu [bagaimana] menulis. Malah, baginda seorang yang buta huruf. Dan kita bercakap tentang duabelas ratus tahun [sebenarnya lebih kurang empatbelas ratus tahun] dahulu. Anda mendapati seorang yang buta huruf membuat pengumuman dan kenyataan yang mendalam dan tepat dengan menakjubkan, dari segi saintifik. Dan secara peribadi, saya tidak nampak bagaimana ia sekadar kebetulan. Terdapat ketepatan yang terlalu banyak dan seperti Dr. Moore, tidak sukar bagi saya memikirkan bahawa ini adalah inspirasi dari Tuhan atau wahyu yang mendorong baginda kepada kenyataan-kenyataan ini.” Professor Persaud telah memasukkan beberapa ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi Muhammad di dalam bukunya. Beliau juga telah mengemukakan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah di dalam beberapa konferens.
2) Dr. Joe Leigh Simpson ialah Pengerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Professor Obstetrik dan Ginekologi, Professor Genetik Molekular dan Manusia di Kolej Perubatan Baylor, Houston, Texas, USA. Sebelum itu, beliau adalah Professor Ob-Gyn dan Pengerusi Jabatan Ob-Gyn di Universiti Tennessee, Memphis, Tennessee, USA. Beliau adalah Presiden Persatuan Kesuburan Amerika. Beliau telah menerima beberapa anugerah, termasuk The Association of Professors of Obstetrics and Gynecology Public Recognition Award dalam tahun 1992. Professor Simpson mengkaji dua hadis Rasulullah yang berikut:
{ Di dalam setiap daripada kamu, semua komponen kejadianmu dikumpul di dalam rahim ibumu selama empat puluh hari... }1
{ jika empatpuluh dua malam telah dilalui oleh embrio itu, Allah akan menghantar malaikat kepadanya untuk membentuk dan
menghasilkan pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulang.... }2
Beliau mengkaji kedua-dua hadis Nabi Muhammad ini secara ekstensif. Beliau memerhatikan bahawa empat puluh hari yang pertama terdiri daripada peringkat embrio-genesis yang jelas berbeza dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Beliau sangat kagum dengan ketepatan dan kejituan yang sempurna hadis-hadis Nabi Muhammad itu. Kemudian, di dalam satu konferens, beliau memberi pandangan berikut:
“Dengan itu kedua-dua hadis (sabda Nabi Muhammad) yang telah dikaji memberi kita jadual spesifik bagi perkembangan utama embrio sebelum empat puluh hari. Sekali lagi, fakta penting ini telah dinyatakan, saya fikir, telah berulangkali disebut oleh para pembentang yang lain pada pagi ini :
hadis ini
hadis ini
(1) Diriwayatkan di dalam Saheeh Muslim, #2643, dan Saheeh Al-Bukhari, #3208.
(2) Diriwayatkan di dalam Saheeh Muslim, #2645.
tidak mungkin diperolehi dengan pengetahuan saintifik asas yang wujud ketika itu [di] masa ia ditulis . . . . Ia diikuti, saya fikir, bahawa tidak terdapat konflik antara genetik dan agama, malah, agama boleh memberi petunjuk saintifik dengan mengemukakan pendedahan kepada beberapa cara kerja sains tradisi , terdapat ayat-ayat di dalam Al-Qur’an yang dibuktikan sahih beberapa abad kemudian, yang menyokong pengetahuan bahawa Al-Quran memang diturunkan oleh Allah
3) Dr. E. Marshall Johnson adalah Professor Emeritus bagi Anatomi dan Biologi Perkembangan di Universiti Thomas Jefferson, Philadelphia, Pennsylvania, USA. Di sana, selama 22 tahun beliau adalah Professor Anatomi, Pengerusi Jabatan Anatomi, dan Pengarah Institut Daniel Baugh. Beliau juga ialah Presiden Persatuan Teratologi. Beliau telah menulis lebih dari 200 penerbitan. Pada 1981, semasa Konferens Perubatan Ketujuh di Dammam, Saudi Arabia, Professor Johnson berkata di dalam pembentangan kertas kajiannya: “Ringkasan : Al- Qur’an menerangkan bukan sahaja perkembangan bentuk luaran, Tetapi juga menekankan peringkat dalaman, peringkat di dalam embrio, tentang kejadian dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang diiktiraf oleh sains kontemporari.” Juga beliau berkata: “Sebagai saintis, saya hanya boleh mengendalikan perkara-perkara yang saya lihat dengan khususnya. Saya faham embriologi dan biologi perkembangan. Saya faham perkataan yang diterjemahkan kepada saya dari Al-Qur’an. Sebagaimana contoh yang saya beri sebelum ini, jika saya memindahkan diri saya ke era itu, dengan apa yang saya tahu hari ini dan menerangkan sesuatu, saya tidak akan dapat menerangkan apa yang telah diterangkan. Saya tidak melihat sebarang bukti yang menyangkal konsep bahawa individu ini, Muhammad, perlu mendapat maklumat ini dari tempat lain. Oleh itu saya tidak nampak apa-apa yang bertentangan dengan konsep bahawa telah berlaku campur tangan dari Tuhan di dalam apa yang telah ditulis.”
4) Dr. William W. Hay ialah seorang ahli sains marin yang sangat terkemuka. Beliau adalah Professor Sains Geologi di Universiti Colorado, Boulder, Colorado, USA. Beliau ialah bekas Rosenstiel bagi Marin dan Sains Atmosfera di Universiti Miami, Miami, Florida, USA. Selepas satu perbincangan dengan Professor Hay tentang ayat Al-Qur’an yang menyebut fakta mengenai laut yang baru ditemui, beliau berkata:
“Saya dapati ia sangat menarik bahawa maklumat seperti ini ada di dalam kitab suci Al-Qur’an, saya tidak tahu dari mana maklumat ini datang, namun saya fikir ia sangat menarik bahawa maklumat ini terdapat di dalam Al-Qur’an dan kajian ini akan diteruskan untuk menemuinya, iaitu maksud yang terkandung di dalam ayat-ayat itu.” Dan apabila beliau ditanya tentang sumber Al-Qur’an, beliau menjawab : “ Saya fikir ia mestilah dari Tuhan.”
5) Dr. Gerald C. Goeringer ialah Pengarah Kursus dan Professor Madya Embriologi Perubatan di Jabatan Biologi Sel, Sekolah Perubatan, Universiti Georgetown, Washington, DC, USA. Ketika Konferens Perubatan Saudi Kelapan di Riyadh, Arab Saudi, Professor Goeringer menyebut perkara berikut di dalam pembentangan Kertas kajian beliau:
“Di dalam beberapa ayat Al-Qur’an terdapat satu penjelasan yang agak komprehensif tentang perkembangan manusia bermula dari penyatuan gamet melalui organogenesis. Tidak ada rekod perkembangan manusia yang sangat lengkap dan jelas, seperti pengkelasan, terminologi dan penjelasan wujud sebelumnya. Kebanyakannya, mungkin semua, misalan dan penjelasan ini datang beberapa abad sebelum waktunya laporanpelbagai tahap embrionik manusia dan perkembangan janin ditulis di dalam penulisan sains tradisi.”
6) Dr. Yoshihide Kozai ialah Professor Emeritus di Universiti Tokyo, Hongo, Tokyo, Jepun, dan merupakan Bekas Pengarah Balaicerap Astronomi Kebangsaan, Mitaka, Tokyo, Jepun. Beliau mengatakan:
“Saya sangat kagum apabila menjumpai fakta astronomi yang benar di dalam Al-Qur’an, dan bagi kami, ahli kajibintang moden telah mengkaji bahagian yang kecil daripada angkasa lepas. Kami telah menumpukan usaha kami untuk memahami [se] bahagian yang kecil. Kerana dengan menggunakan teleskop, kita hanya dapat melihat bahagian yang kecil [daripada] langit tanpa memikirkan [tentang] keseluruhan alam semesta. Maka, dengan membaca Al-Qur’an dan menjawab soalan-soalannya, saya fikir saya tahu bagaimana hendak mengkaji alam semesta di masa depan.”
7) Professor Tejatat Tejasen ialah Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Chiang Mai, Chiang Mai, Thailand. Sebelum ini, beliau adalah Dekan bagi Fakulti Perubatan di universiti yang sama. Semasa Konferens Perubatan Saudi Ke Lapan di Riyadh, Arab Saudi, Professor Tejasen berdiri dan berkata:
“Dalam tiga tahun yang lepas, saya mula berminat dengan Al-Qur’an ... Dari kajian saya dan apa yang telah saya pelajari di dalam konferens ini, saya percaya bahawa segala yang tercatit di dalam Al-Qur’an empatbelas ratus tahun yang lalu adalah benar, yang boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana Nabi Muhammad tidak pandai membaca dan menulis, Muhammad mestilah merupakan seorang utusan yang menyampaikan kebenaran, yang telah diturunkan kepadanya sebagai pendedahan daripada sesuatu yang layak [sebagai] pencipta. Pencipta ini tentulah Tuhan. Oleh itu, saya rasa inilah masanya untuk menyebut La ilaha illa Allah, tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah (Tuhan), Muhammadur rasoolu Allah, Muhammad ialah utusan (Rasul) dari Allah (Tuhan). Akhir sekali, saya perlu mengucapkan tahniah di atas penganjuran konferens ini yang cemerlang dan sangat berjaya . . . . saya telah memperolehi bukan sahaja pandangan dari segi saintifik dan agama, malah juga berpeluang berjumpa ramai ahli saintis yang terkenal dan mendapat ramai rakan baru di kalangan para peserta. Perkara yang paling berharga yang telah saya perolehi dengan kehadiran saya ke mari ialah La ilaha illa Allah,Muhammadur rasoolu Allah, dan menjadi seorang Islam.”
Setelah kita melihat semua contoh-contoh mukjizat saintifik di dalam Al-Qur’an dan semua kenyataan daripada para saintis ini, marilah kita bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan ini:
Mungkinkah ia satu kebetulan bahawa semua penemuan baru maklumat sains, dari bidang yang berbeza telah disebut di dalam Al-Qur’an yang diturunkan empat belas kurun yang lalu?
Mungkinkah Al-Qur’an ini ditulis oleh Muhammad atau oleh orang lain? Jawapan yang paling munasabah ialah Al-Qur’an adalah ayat-ayat Allah, yang diturunkan olehNya.
(2) Cabaran untuk Mencipta Satu Surah Yang Serupa dengan Surah-surah Di dalam Al-Qur’an
Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an:
Dan jika kamu masih ragu tentang kebenaran wahyu yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad ), maka buatlah satu surah sahaja yang serupa dengan Al-Qur’an, dan panggillah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Tetapi jika kamu tidak mampu dan memang kamu tidak akan mampu, maka hindarilah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang memang disediakan bagi mereka yang kafir. Dan sampaikan khabar gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh, bahawa bagi mereka taman-taman syurga yang dihiasi oleh sungai-sungai yang mengalir....
(Qur’an, 2:23-25)
(Qur’an, 2:23-25)
Sejak Al-Qur’an diturunkan empat belas kurun yang lalu, tidak ada seorang pun yang dapat menghasilkan sebuah surah seperti surah-surah yang terdapat di dalam Al-Qur’an dari segi keindahannya, kelancaran, kecemerlangan, kebijaksanaan hukumnya, kebenaran maklumat, kebenaran ramalan dan pendedahan yang tepat. Juga, perhati- kan bahawa surah yang terpendek di dalam Al-Qur’an (Surah 108) hanya mengandungi
Surah terpendek di dalam al-Qur’an (Surah 108) terdiri daripada sepuluh perkataan sahaja, namun tidak ada sesiapa yang mampu menyahut cabaran untuk menghasilkan sebuah surah yang serupa dengan Surah-surah yang terdapat di dalam Al-Qur’an. sepuluh perkataan, namun tiada siapa yang mampu menyahut cabaran ini di masa dahulu maupun kini.1 Terdapat beberapa orang Arab musyrikin yang merupakan musuh kepada Nabi Muhammad yang telah cuba untuk menyahut cabaran ini bagi membuktikan bahawa Nabi Muhammad bukanlah Rasulullah, tetapi mereka telah gagal berbuat demikian.Kegagalan ini berlaku sekalipun Al-Qur’an telah diturunkan di dalam bahasa dan loghat tempatan, dan orang-orang Arab ketika itu merupakan orang-orang yang sangat fasih, yang biasa menghasilkan karya puisi yang sangat indah dan bagus yang masih dibaca dan dihargai pada hari ini.
(3) Ramalan Di dalam Kitab Injil Tentang Kemunculan Muhammad , Rasul Bagi Umat Islam
Ramalan di dalam Kitab Injil tentang kemunculan Nabi Muhammad adalah bukti tentang kebenaran Islam bagi mereka yang mempercayai Kitab Injil. Di dalam Deuteronomy 18, Nabi Musa menyatakan bahawa Allah telah berfirman kepadanya: “ Aku akan membangkitkan untuk mereka seorang Nabi seperti kamu dari kalangan mereka; Aku akan meletakkan ayat-ayatKu ke dalam mulutnya, dan dia akan menyampaikan kepada mereka segala yang telah Aku perintahkan ke atasnya. Sesiapa yang tidak mendengar ayat-ayatKu, yang Nabi itu telah sebut dengan namaKu, Aku sendiri yang akan memanggilnya untuk dipertanggungjawabkan” (Deuteronomy 18:18-19)
Dari ayat-ayat ini kita simpulkan bahawa Rasul di dalam ramalan ini mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
1) bahawa beliau adalah seperti Nabi Musa.
2) bahawa beliau akan datang dari kalangan persaudaraan bangsa Yahudi, iaitu dari keturunan Nabi Ismail.
3)bahawa Allah akan meletakkan ayat-ayatNya ke dalam mulut Rasul itu dan beliau akan menyampaikan apa yang Allah telah perintah ke atasnya.
Marilah kita kaji ketiga-tiga ciri ini dengan lebih mendalam.
1) Seorang Nabi seperti Nabi Musa:
Tidak ada dua orang Nabi yang mempunyai persamaan yang amat dekat seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad . Kedua-duanya diberi hukum yang komprehensif dan kod kehidupan. Kedua-duanya menghadapi musuh mereka dan menang dengan cara yang menakjubkan. Kedua-duanya diterima sebagai Nabi dan pemimpin. Kedua-duanya berhijrah akibat konspirasi untuk membunuh mereka. Analogi antara Nabi Musa dengan Nabi Isa bukan sahaja tidak mengendahkan persamaan di atas, bahkan juga persamaan ketara yang lain. Ini termasuk kelahiran semula jadi, kehidupan berkeluarga, dan kematian Nabi Musa dan Nabi Muhammad tetapi tidak begitu bagi Nabi Isa. Tambahan pula, Nabi Isa dianggap Anak Tuhan oleh para pengikutnya dan tidak secara eksklusif sebagai Rasul, seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad dan sebagaimana kepercayaan orang-orang Islam terhadap Nabi Isa. Oleh itu, ramalan ini merujuk kepada Nabi Muhammad dan bukan Nabi Isa , kerana Nabi Muhammad lebih menyamai Musa daripada Nabi Isa.
Juga, kita lihat daripada Gospel of John bahawa kaum Yahudi menunggu saat berlakunya tiga ramalan yang istimewa : 1) Kemunculan Nabi Isa, 2) Kemunculan Dajjal, 3) Kemunculan Rasulullah. Ini jelas dari tiga soalan yang ditanya kepada John The Baptist: “Ini adalah testimoni John, apabila orang-orang Yahudi dari Jerusalem menghantar padri dan levites untuk menanyakan siapa dirinya. Tanpa dipaksa beliau telah mengaku bahawa, ‘Saya bukan Nabi Isa’ Mereka bertanya kepadanya, ‘Dengan itu siapakah kamu? Adakah kamu Dajjal?’ Beliau menjawab, ‘Bukan.’ ‘Adakah kamu Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Tidak.’” (John 1:19-21). Jika kita melihat Kitab Injil yang mengandungi rujukan silang, kita akan dapati pada nota kakinya di mana terdapat perkataan “Rasulullah” di dalam John 1:21, bahawa perkataan ini merujuk kepada
ramalan Deuteronomy 18:15 dan 18:18.1 Dengan ini, kita simpulkan bahawa Nabi Isa bukanlah Rasulullah yang disebut di dalam Deuteronomy 18:18.
2) Dari kalangan persaudaraan bangsa Yahudi:
Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak, Nabi Ismail dan Nabi Ishak (Genesis 21). Nabi Ismail menjadi moyang kepada bangsa Arab, dan Nabi Ishak menjadi moyang kepada bangsa Yahudi. Nabi yang disebut itu tidak datang dari kalangan bangsa Yahudi itu sendiri, tetapi dari kalangan persaudaraan mereka, iaitu dari waris Nabi Ismail. Muhammad, datang dari keturunan Nabi Ismail, ialah Nabi yang disebutkan ini. Juga, Isaiah 42:1-13 menyebut tentang hamba Allah, “yang terpilih” dan “pesuruh” yang menyampaikan hukum. “Dia tidak akan menjadi lemah atau patah semangat sehingga dia dapat menegakkan keadilan di bumi. Dengan hukumnya pulau-pulau meletakkan harapan mereka.” (Isaiah 42:4). Ayat 11, mengaitkan utusan yang ditunggu dengan keturunan Kedar. Siapakah Kedar? Menurut Genesis 25:13, Kedar adalah anak kedua Ismail, moyang kepada Nabi Muhammad .
3) Allah akan meletakkan ayat-ayatNya ke dalam mulut Rasul ini:
Sesungguhnya, ayat-ayat Allah (Kitab Suci Al-Qur’an) memang diletakkan ke dalam mulut Nabi Muhammad . Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk mengajar Nabi Muhammad ayat-ayat Allah dengan tepat (Al-Qur’an) dan meminta baginda menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana yang baginda dengar. Dengan itu, ayat-ayat tersebut bukanlah ayat-ayatnya sendiri. Ia tidak datang dari fikirannya sendiri, tetapi merupakan ayat-ayat yang diletakkan ke dalam mulutnya oleh Malaikat Jibril. Semasa hayat Nabi Muhammad , dan di bawah pengawasannya, ayat-ayat ini dihafal dan ditulis oleh para sahabat. Perhatikan bahawa Allah telah menyebut di dalam ramalan Deuteronomy: “Jika sesiapa tidak mendengar ayat-ayatKu yang Nabi itu telah sebut dengan namaKu, Aku sendiri yang akan memanggilnya untuk dipertanggungjawabkan.” (Deuteronomy,18:19). Ini bermakna sesiapa yang mempercayai Kitab Injil mestilah percaya pada apa yang disampaikan oleh nabi ini, dan nabi ini adalah Muhammad .
(Sila lawati www.islam-guide.com/mib untuk maklumat lanjut tentang Muhammad di dalam Kitab Injil.)
(4)Ayat-ayat Al-Qur’an Yang Menyebut Tentang Kejadian Akan Datang Yang Kini Telah Menjadi Kenyataan
Salah satu contoh peristiwa akan datang yang disebut di dalam Al-Qur’an ialah tentang kemenangan orang-orang Rom ke atas orang-orang Parsi dalam masa tiga hingga sembilan tahun setelah orang-orang Rom dikalahkan oleh orang-orang Parsi. Allah telah menyebut di dalam Al-Qur’an:
Orang-orang Rom telah dikalahkan di tanah yang paling hampir (dengan Semenanjung Arab), dan mereka, setelah ditewaskan, akan memperolehi kemenangan di dalam masa bedd’ (tiga hingga sembilan) tahun.... (Qur’an, 30:2-4)
Marilah kita melihat apa yang diceritakan oleh sejarah kepada kita tentang peperangan itu. Sebuah buku bertajuk History of the Byzantine State menyebut bahawa tentera Rom telah kalah teruk di Antioch pada tahun 613M, dan akibatnya, orang-orang Parsi telah mara dengan pantas di kesemua medan pertempuran.
Pada masa itu, ia kelihatan sukar bagi tentera Rom untuk mengalahkan tentera Parsi, tetapi Al-Qur’an menyebut orang-orang Rom akan berjaya di dalam masa tiga hingga sembilan tahun. Di dalam tahun 622M, sembilan tahun setelah ditewaskan, kedua-dua kuasa (Rom dan Parsi) ini bertemu di bumi Armenia, dan keputusannya adalah kemenangan penentuan Rom ke atas Parsi, buat kali pertamanya setelah tentera Rom ditewaskan pada tahun 613M.1 Ramalan yang menjadi kenyataan sebagaimana yang telah sebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an.
Terdapat banyak ayat-ayat lain di dalam Al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad yang menyebut tentang peristiwa akan datang yang akhirnya menjadi kenyataan.
(5)Mukjizat Yang Ditunjukkan oleh Nabi Muhammad
Dengan izin Allah Nabi Muhammad memperolehi banyak mukjizat. Mukjzat-mukjizat ini disaksikan oleh ramai orang. Contohnya:
ketika para musyrikin di Mekah meminta Nabi Muhammad menunjukkan satu keajaiban kepada mereka, baginda menunjukkan bulan terbelah dua.
satu lagi mukjizat ialah ketika air keluar dari celah-celah jari tangan Nabi Muhammad semasa sahabat merasa dahaga dan tidak terdapat air kecuali sedikit di dalam bekasnya. Mereka datang kepada baginda dan memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai air untuk bersuci maupun untuk minum kecuali sedikit yang terdapat di dalam bekas. Maka Nabi Muhammad meletakkan tangannya ke dalam bekas itu lalu air memancut keluar dari celah-celah jari baginda. Dengan itu, mereka minum dan bersuci. Mereka ini adalah seramai seribu lima ratus orang.
Terdapat banyak lagi mukjizat yang dilakukan atau dialami oleh baginda.
(6) Kehidupan Nabi Muhammad Yang Sederhana
Jika kita bandingkan kehidupan Nabi Muhammad sebelum misinya sebagai seorang rasul dan selepas baginda menjadi rasul, kita boleh simpulkan bahawa adalah tidak masuk akal untuk menganggap Nabi Muhammad sebagai rasul yang palsu, yang mengaku sebagai Rasulullah untuk kepentingan harta, kedudukan, nama dan kuasa.
Sebelum baginda menjadi rasul, Muhammad tidak mempunyai masalah kewangan. Sebagai seorang peniaga yang berjaya dan ternama Nabi Muhammad mempunyai pendapatan yang selesa dan mencukupi. Setelah baginda menjadi rasul dan kerananya, baginda hidup susah. Untuk menjelaskan lebih lanjut, mari kita perhatikan kata-kata berikut tentang kehidupan nabi:
Aishah, isteri Nabi Muhammad , berkata: “Wahai sepupuku, kita akan melihat tiga anak bulan di dalam masa dua bulan tanpa menyalakan api (untuk memasak makanan) di dalam rumah Rasulullah ” Sepupunya bertanya: “Wahai saudaraku, apakah saraanmu?” Beliau berkata: “Dua benda hitam, tamar dan air, tetapi Rasulullah mempunyai beberapa orang jiran kaum Ansar yang memiliki unta betina yang mengeluarkan susu dan mereka biasanya menghantar susu untuk Rasulullah .”
Sahl Ibn Sa’ad, seorang sahabat Nabi Muhammad , berkata:
“Rasulullah tidak pernah melihat roti yang dibuat dari tepung yang baik sejak Allah mengangkatnya (sebagai rasul) sehinggalah baginda wafat.”
Aishah, isteri Nabi Muhammad , berkata: “Tilam Rasulullah , tempat baginda tidur, diperbuat daripada kulit yang diisi dengan jerami daripada pohon tamar.”
Amr Ibn Al-Hareth, seorang sahabat Nabi Muhammad , berkata apabila Rasulullah wafat, baginda tidak meninggalkan wang atau apa-apapun kecuali seekor tunggangan putih, senjatanya, dan sekeping tanah yang baginda wakafkan.
Muhammad hidup dengan segala kesulitan sehingga baginda wafat walaupun Baitulmal adalah di bawah pengurusannya, sebahagian besar Semenanjung Arab adalah wilayah Islam sebelum baginda wafat, dan pihak Islam berjaya setelah lapan belas tahun misi kerasulan baginda.
Mungkinkah Nabi Muhammad mengaku sebagai Rasulullah untuk mendapat status, kebesaran dan kuasa? Keinginan untuk mendapat status dan kuasa selalunya dikaitkan dengan makanan yang enak, pakaian yang beraneka jenis, istana yang megah, pengawal yang ramai, dan kuasa yang tidak boleh dicabar.
Adakah petanda ini sesuai dengan Muhammad? Berikut adalah beberapa tinjauan ke atas kehidupannya yang mungkin membantu dalam menjawab soalan ini. Walaupun mempunyai tanggungjawab sebagai rasul, guru, pemimpin, dan seorang hakim, Muhammad biasanya memerah susu kambingnya sendiri, menjahit bajunya yang koyak, membaiki kasutnya, membantu di dalam kerja rumah, dan menziarahi orang miskin apabila mereka sakit. Baginda juga membantu sahabat-sahabatnya menggali parit. Kehidupan Rasulullah menjadi contoh yang mengkagumkan, satu kehidupan yang sederhana dan rendah diri. Para pengikut Nabi Muhammad menyayangi, menghormati dan sangat mempercayainya. Namun baginda tetap terus menitikberatkan bahawa pemujaan mesti ditujukan kepada Allah dan bukan kepada dirinya.
Anas, seorang sahabat Nabi Muhammad, mengatakan bahawa tidak ada orang yang lebih mereka sayangi daripada Nabi Muhammad , namun apabila baginda datang kepada mereka, mereka tidak bangun untuknya kerana baginda membenci perbuatan itu,6 sebagaimana yang orang lain lakukan terhadap orang kenamaan. Lama sebelum adanya prospek kejayaan bagi Islam dan ketika pemulaan era penyiksaan, penderitaan dan hukuman yang panjang dan menyakitkan bagi Nabi Muhammad dan pengikutnya, baginda menerima satu tawaran yang menarik. Seorang ketua musyrikin, Otba, datang kepada baginda dengan berkata: “... Jika engkau mahukan wang, kami akan mengumpulkan wang yang cukup untuk kamu agar kamu menjadi orang yang paling kaya di antara kami. Jika engkau mahu kepimpinan, kami akan melantik engkau sebagai pemimpin kami dan tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa persetujuan engkau. Jika engkau mahukan sebuah negara, kami akan memahkotakan engkau sebagai raja kami...” hanya satu persetujuan
diperlukan daripada Nabi Muhammad , hanya satu sahaja yang diminta sebagai pembalasan bagi semua itu, iaitu untuk berhenti menyampaikan syiar Islam kepada orang ramai dan menyembah Tuhan tanpa menyekutuinya. Tidakkah tawaran ini menarik bagi seseorang yang mengejar nikmat dunia? Adakah Nabi Muhammad teragak-agak apabila tawaran ini dibuat? Adakah baginda menolaknya sebagai strategi tawar menawar yang akan membuka peluang untuk mendapat tawaran yang lebih baik? Berikut adalah jawapan dari baginda:
{ Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang } Dan baginda membaca kepada Otba ayat al-Qur’an 41:1-38.1 Berikut adalah antara ayat-ayat tersebut:
Wahyu yang turun dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab ini terurai ayat-ayatnya; AlQur’an berbahasa arab mudah difahami bagi kaum yang mahu mengetahui. Sebagai pembawa berita suka dan peringatan. Kebanyakan orang berpaling darinya, dan tidak mahu mendengar.
(Qur’an, 41:2-4)
Di dalam peristiwa yang lain dan dalam jawapan baginda terhadap rayuan bapa saudara nya supaya berhenti menyeru kepada Islam, jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad adalah tegas dan ikhlas: { Saya bersumpah dengan nama Allah, wahai bapa saudaraku!, bahawa jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar saya berhenti (menyeru manusia kepada Islam), saya tidak akan berhenti sehingga samada Allah memberi kejayaan atau saya mati mempertahankannya. }
Nabi Muhammad dan beberapa orang pengikutnya bukan sahaja tersiksa kerana dihukum selama tiga belas tahun bahkan orang-orang musyrikin juga telah cuba membunuh Nabi Muhammad beberapa kali. Di dalam satu peristiwa mereka telah cuba membunuhnya dengan menjatuhkan sebiji batu yang besar yang tidak mampu mereka angkat, ke atas kepalanya.1 Pada masa yang lain mereka cuba membunuhnya dengan meracun makanannya.2 Apakah yang dapat mewajarkan hidup yang penuh sengsara dan pengorbanan walaupun setelah baginda berjaya sepenuhnya ke atas musuh-musuhnya? Apakah yang dapat menjelaskan kerendahan hati dan kemuliaan yang baginda tunjukkan semasa saat paling gemilang apabila baginda menegaskan bahawa kejayaan itu hanya tercapai dengan pertolongan dari Allah dan bukan di atas kebijaksanaan dirinya sendiri? Adakah ini ciri-ciri orang yang dahagakan kuasa atau seorang yang mementingkan diri sendiri?
(7) Perkembangan Islam Yang Luar Biasa
Pada bahagian akhir bab ini, mungkin wajar untuk memberikan satu petunjuk yang penting tentang kebenaran Islam. Adalah diketahui ramai bahawa di Amerika dan di seluruh dunia, Islam ialah agama yang pesat berkembang. Berikut adalah beberapa pemerhatian ke atas fenomena ini:
“Islam ialah agama yang paling pesat berkembang di Amerika, satu petunjuk dan tiang kestabilan bagi ramai orang Amerika ...” (Hillary Rodham Clinton, Los Angeles Times).
“Islam adalah kumpulan yang paling cepat berkembang di dunia ...” (The Population Reference Bureau, USA Today).4
“....Islam ialah agama yang paling cepat berkembang di negara ini.”
(Geraldine Baum; Newsday Religion Writer, Newsday).1
“Islam, agama yang paling cepat berkembang di Amerika...”
(Ari L. Goldman, New York Times).
Fenomena ini menunjukkan bahawa Islam ialah sebenar-benarnya agama dari Allah. Ia adalah tidak munasabah untuk memikirkan bahawa ramai orang Amerika dan orang-orang dari negara yang berbeza telah memeluk Islam tanpa menimbangkannya dengan berhati-hati dan memikirkannya sedalam-dalamnya sebelum menyimpulkan bahawa ia adalah benar. Penganut baru ini datang dari negara yang berbeza, status sosial, bangsa dan latar belakang yang berbeza. Mereka terdiri daripada para saintis, professor, ahli falsafah, wartawan, ahli politik, pelakon dan ahli sukan.
Isu pokok yang disebut di dalam bab ini hanya mengemukakan beberapa bukti yang menyokong kepercayaan bahawa Al-Qur’an ialah ayat-ayat dari Allah, bahawa Nabi Muhammad ialah rasul yang benar yang diutus oleh Allah, dan Islam ialah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah.
Bab 2
BEBERAPA KELEBIHAN ISLAM
Islam memberi banyak manfaat kepada individu dan masyarakat.
Bab ini menyebut tentang beberapa manfaat yang boleh diperolehi melalui Islam bagi seseorang individu.
(1) Pintu Ke Syurga Yang Abadi
Allah telah berfirman di dalam al-Qur’an: Dan sampaikan khabar gembira kepada mereka yang beriman dan
beramal soleh, bahawa bagi mereka taman-taman syurga yang dihiasi sungai-sungai yang mengalir.... (Qur’an, 2:25)
Allah juga telah berfirman: Berlumbalah mencari keampunan Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi mereka yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. ....
(Qur’an, 57:21)
(Qur’an, 57:21)
Nabi Muhammad telah bersabda bahawa yang paling rendah di kalangan penghuni Syurga akan memperolehi ganjaran sepuluh kali ganda daripada nikmat di dunia ini, dan dia akan mendapat apa sahaja yang dia inginkan serta yang sepuluh kali ganda sepertinya.2 Juga,
Nabi Muhammad bersabda:
{ Satu ruang di dalam Syurga yang sebesar satu kaki adalah lebih baik daripada dunia ini dan apa jua yang terdapat di dalamnya. }
Baginda juga bersabda:
{ Di dalam Syurga ada benda yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terfikir oleh manusia. }
Baginda juga bersabda:
{ Manusia yang paling melarat di dunia, yang memperolehi Syurga akan dibenam ke dalam Syurga sekali. Kemudian dia akan ditanya: “Wahai anak Adam, adakah kamu merasa sedih? Pernahkah kamu mengalami kesukaran?” Lalu dia akan menjawab: “Tidak, demi Allah, Ya Allah! Saya tidak pernah mengalami kesedihan, dan tidak pernah mengalami kesukaran.” }
Nabi Muhammad bersabda:
{ Satu ruang di dalam Syurga yang sebesar satu kaki adalah lebih baik daripada dunia ini dan apa jua yang terdapat di dalamnya. }
Baginda juga bersabda:
{ Di dalam Syurga ada benda yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terfikir oleh manusia. }
Baginda juga bersabda:
{ Manusia yang paling melarat di dunia, yang memperolehi Syurga akan dibenam ke dalam Syurga sekali. Kemudian dia akan ditanya: “Wahai anak Adam, adakah kamu merasa sedih? Pernahkah kamu mengalami kesukaran?” Lalu dia akan menjawab: “Tidak, demi Allah, Ya Allah! Saya tidak pernah mengalami kesedihan, dan tidak pernah mengalami kesukaran.” }
Jika kamu memasuki Syurga, kamu akan hidup gembira tanpa penyakit, kesakitan, kesedihan atau kematian; Allah akan meredhai kamu; dan kamu tinggal di sana selamanya. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an: Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Kami akan masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya....
(Qur’an, 4:57)
(Qur’an, 4:57)
(2)Terselamat daripada Api Neraka
Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an:
Orang-orang yang kafir dan mati di dalam kekafirannya, sama sekali tidak akan diterima dari mereka tebusan emas sepenuh bumi, kalaulah mereka ingin menebusnya. Mereka itu akan mendapat seksa yang menyakitkan, dan mereka tidak akan mendapat perrtolongan.
(Qur’an, 3:91)
Maka, hanya di dalam kehidupan inilah kita mempunyai peluang untuk memperolehi syurga dan menjauhi api neraka, kerana jika seseorang mati di dalam keadaan musyrik, dia tidak akan mendapat peluang kedua untuk kembali ke dunia ini untuk beriman. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Qur’an tentang apa yang berlaku kepada orang-orang yang tidak beriman pada Hari Kiamat:
Sekiranya kamu melihat ketika mereka berdiri di tepi jurang neraka, mereka (akan) berkata: “Wahai malangnya nasib kami! Kalaulah boleh biarlah kami dikembalikan supaya, kami tidak mendustakan ayat-ayat
Tuhan kami, dan kami akan menjadi orang yang beriman!”
(Qur’an, 6:27)
Tidak ada seorang pun yang mendapat peluang kedua. Nabi Muhammad bersabda:
{ Orang yang paling gembira di dunia yang memasuki Api (Neraka) pada Hari Kiamat akan dibenam ke dalam api neraka satu kali.Kemudian dia akan ditanya: “Wahai anak Adam, adakah kamu melihat kebaikan? Pernahkah kamu merasai rahmat?” lalu dia berkata: “Tidak , demi Allah, Ya Allah!” }
(3) Kebahagiaan Hakiki dan Ketenangan Rohani
Kebahagiaan dan ketenangan hakiki boleh ditemui dengan mematuhi suruhan Pencipta dan Pemelihara Alam. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an: ketahuilah, dengan taat kepada Allah akan tenteram sekalian hati.
(Qur’an, 13:28)
Sebaliknya, sesiapa yang berpaling dari Al-Qur’an akan mengalami kesukaran di dunia. Allah berfirman:
Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatanKu, maka adalah baginya penghidupan yang sempit, dan akan Kami kumpulkan dia di hari kiamat dalam keadaan buta.
(Qur’an, 20:124)
Ini menjelaskan kenapa ramai orang membunuh diri sekalipun mereka mempunyai kekayaan sehingga mampu mendapatkan apa yang mereka ingini. Contohnya, lihat Cat Stevens (kini Yusuf Islam), bekas penyanyi pop yang terkenal, yang dahulu adakalanya memperolehi pendapatan lebih daripada $150,000 semalam. Setelah beliau menganut agama Islam, beliau memperolehi kebahagiaan dan ketenangan hakiki yang tidak ditemuinya di dalam kejayaan duniawi.
Untuk membaca kisah tentang mereka yang telah menganut agama Islam,
sila lawati www.islam-guide.com/stories atau rujuk buku yang bertajuk Why Islam is Our Only Choice.2 di laman web ini dan di dalam buku ini, anda boleh membaca tentang fikiran dan perasaan orang-orang ini, yang datang dari negara yang berbeza dan dari latarbelakang dan tahap pendidikan yang berbeza.
(4)Pengampunan Ke atas Segala Dosa Yang Lalu
Apabila seseorang menganut agama Islam, Allah memaafkan dosa-dosa dan kejahatannya yang lalu. Seorang lelaki bernama Amr datang menemui Nabi Muhammad dan berkata: “Hulurkanlah tangan kananmu agar aku dapat memberikan janji ketaatanku.” Rasulullah menghulurkan tangannya. Tiba-tiba Amr menarik tangannya kembali. Rasulullah berkata: { Apa yang berlaku kepadamu, wahai Amr? } Dia menjawab: “Aku ingin meletakkan syarat.” Rasulullah bertanya: { Apakah syarat yang ingin kamu kemukakan? } Amr berkata: “Agar Allah mengampuni dosaku.” Rasulullah berkata :
{ Tidakkah kamu tahu bahawa sesiapa yang memeluk Islam akan dihapuskan dosa-dosanya yang lalu? }
Setelah seseorang memasuki Islam, dia akan diberi ganjaran mengikut kebaikan dan kejahatan yang dia lakukan menurut hadis Nabi Muhammad yang berikut:
{ Tuhanmu, yang Maha Suci dan Maha Mulia, Maha Pengasih. Jika seseorang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, satu kebaikan akan tercatat untuknya. Dan jika dia melakukannya, (ganjaran) sepuluh hingga tujuh ratus atau lebih banyak lagi (ganjaran kebaikan itu) akan tercatat untuknya. Dan jika seseorang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak melakukannya, satu kebaikan akan tercatat untuknya. Dan jika dia melakukannya, satu kejahatan tercatat tentang dia atau Allah akan menghapuskannya. }
Bab 3
Maklumat Am Tentang Islam
Apa itu Islam?
Agama Islam ialah penerimaan dan ketaatan kepada perintah Allah yang diturunkan kepada RasulNya yang terakhir, Muhammad .
Beberapa Asas Kepercayaan di dalam Islam
1) Percaya Kepada Tuhan:
Orang-orang Islam percaya kepada Tuhan yang satu, unik, dan tiada bandingannya. Tuhan, yang tidak beranak dan tiada bersekutu, dan tiada yang berhak disembah melainkan Dia. Dia adalah Tuhan yang benar, dan segala sembahan yang lain adalah palsu. Dia mempunyai nama yang paling hebat dan sifat kemuliaan yang sempurna. Tiada yang setanding denganNya maupun dengan sifatNya. Di dalam Al-Qur’an, Tuhan menjelaskan :
Katakanlah : “Dia adalah Allah Yang Maha Esa. Allah, pada Dialah tempat bergantung. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setanding denganNya.”
(Qur’an, 112:1-4)
Surah 112 Al-Qur’an ditulis dengan tulisan khat Arab
Tidak ada tempat memohon pertolongan, tempat mengadu atau layak disembah melainkan Allah. Hanya Allah sahaja yang Maha Besar, Pencipta, Pemerintah, dan Pemelihara segala sesuatu di alam semesta ini. Dia menguruskan segala kejadian. Dia tidak memerlukan sesuatu, dan semua makhluk ciptaanNya amat memerlukan Dia. Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, dan Maha Mengetahui. Amat sempurna sifatnya, pengetahuanNya meliputi segala sesuatu, yang nyata dan yang tersembunyi, yang umum dan yang rahsia. Dia tahu apa yang telah berlaku, apa yang akan berlaku, dan bagaimana ia berlaku. Tidak ada kejadian yang berlaku di seluruh dunia ini tanpa izin dariNya. Apa yang Dia izinkan akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi dan tidak mungkin terjadi. KehendakNya mengatasi kehendak semua makhluk. Dia mempunyai kuasa ke atas segalanya, dan Dia mampu melakukan segalanya. Dia yang Maha Pengasih, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Di dalam salah satu hadis Nabi Muhammad, kita diberitahu bahawa Allah lebih mengasihi makhluknya daripada kasih seorang ibu kepada anaknya.1 Allah adalah sangat adil dan jauh dari kezaliman. Dia adalah yang Maha Bijaksana di dalam semua tindakan dan firmanNya. Jika seseorang ingin bertanya sesuatu kepada Tuhan, dia boleh bertanya terus kepadaNya tanpa memerlukan orang lain untuk menjadi orang tengah di antara mereka.
Allah bukan Isa, dan Isa bukan Allah.1 Malah Isa sendiri menolak hal ini.. Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an:
Demi sesungguhnya, telah kafir orang yang mengatakan: “Allah adalah AlMasih(Jesus), putera Maryam.” Padahal AlMasih sendiri berkata: “Wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya sesiapa yang menyekutukan Allah, maka Allah telah mengharamkan atasnya syurga, dan tempatnya adalah di neraka. Dan orang-orang yang zalim,2 tidak akan mendapat penolong.”
(Qur’an, 5:72)
Allah bukan salah satu dari yang tiga. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:
Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: Allah adalah salah satu dari yang tiga. Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Kalau mereka tidak berhenti dari apa yang mereka perkatakan, pastilah, orang-orang yang kafir di antara mereka akan terkena seksaan yang sangat pedih. Mengapakah mereka tidak bertaubat kepada Allah dan meminta ampun kepadaNya? Padahal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. AlMasih (Jesus), putera Maryam, hanyalah seorang rasul...
(Qur’an, 5:73-75)
Dalam satu laporan oleh Associated Press, London, pada 25 Jun, 1984, bahawa kebanyakan biskop Anglican yang diselidik oleh sebuah program televisyen berkata: “Orang-orang Kristian tidak diwajibkan untuk mempercayai Nabi Isa ialah Tuhan.” Mengikut undian mereka terdiri daripada 31 daripada 39 orang biskop dari England. Laporan itu selanjutnya menyebut bahawa 19 daripada 31 orang biskop tadi menyatakan adalah memadai untuk menganggap Nabi Isa sebagai “Agen Tuhan yang Utama.” Undian dijalankan oleh Program Agama Mingguan bagi Weekend Television, “Credo.” Orang-orang yang zalim termasuklah para musyrikin atau orang-orang kafir. Islam menolak bahawa Allah berehat pada hari ketujuh kejadian, bahawa Dia berlawan dengan salah satu daripada malaikatnya, bahawa Dia adalah perancang yang iri hati terhadap manusia, atau Dia menjelma di dalam diri mana-mana orang. Islam juga menolak penyamaan sifat manusia kepada Tuhan. Kesemua ini dianggap sebagai satu penghinaan. Allah Maha Mulia. Sifat Allah adalah jauh daripada segala kecacatan. Allah tidak pernah letih. Dia tidak mengantuk atau tidur.
Perkataan Arab Allah bermaksud Tuhan (Tuhan Yang Satu dan Yang mencipta seluruh alam). Perkataan Allah adalah nama bagi Tuhan, yang digunakan oleh mereka yang berbahasa Arab, samada Arab Islam maupun Arab Kristian. Perkataan ini tidak boleh digunakan untuk menerangkan selain dari Tuhan Yang Benar. Perkataan Allah muncul di dalam Al-Qur’an lebih daripada 2150 kali. Di dalam bahasa Aramaic, bahasa yang berkait rapat dengan bahasa Arab dan bahasa yang biasa digunakan oleh Nabi Isa,1 Tuhan juga dirujuk sebagai Allah.
2) Percaya Kepada Malaikat:
Orang-orang Islam percaya kepada malaikat, bahawa mereka adalah makhluk yang mulia. Para malaikat menyembah Allah, taat kepadaNya, dan menurut segala perintahNya. Salah satu malaikat adalah Jibril, yang membawa Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad .
3) Percaya Kepada Kitab-kitab Allah:
Orang-orang Islam percaya kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada para rasul sebagai bukti kepada manusia dan sebagai petunjuk bagi mereka. Salah satu daripadanya adalah Al-Qur’an, yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad .
Allah member jaminan Al- Qur’an terlindung daripada sebarang kerosakan atau pemalsuan . Allah berfirman:
Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan Kami pula yang memeliharanya.
(Qur’an, 15:9)
4) Percaya Kepada Rasul:
Orang-orang Islam percaya kepada para nabi dan para rasul Allah, bermula dari Adam, termasuk Nabi Noh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob, Musa, dan Isa (sejahtera ke atas mereka). Tapi pesanan terakhir Allah kepada manusia ialah, pengesahan ke atas pesanan yang abadi, yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad . Orang-orang Islam percaya bahawa Nabi Muhammad ialah rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah, sebagaimana yang Allah terangkan di dalam firmanNya :
Muhammad bukanlah ayah kepada seseorang daripada kamu semua, tetapi dia adalah Rasulullah dan Nabi yang terakhir....
(Qur’an, 33:40)
Orang-orang Islam percaya bahawa semua rasul dan para nabi adalah manusia yang dicipta yang tidak mempunyai sebarang sifat ketuhanan.
5) Percaya Kepada Hari Kiamat:
Orang-orang Islam percaya kepada hari Kiamat,iaitu hari apabila semua orang dibangkitkan untuk diadili oleh Allah mengikut kepercayaan dan amalan mereka.
6) Percaya Kepada Qada’dan Qadar:
Orang-orang Islam percaya kepada Al-Qadar, iaitu takdir yang ditentukan oleh Allah. Namun kepercayaan tentang takdir Tuhan ini tidak bermakna bahawa manusia tidak mempunyai pilihan. Malah, orang-orang Islam percaya bahawa Allah telah memberi manusia pilihan. Ini bermakna manusia boleh memilih antara yang
betul dengan yang salah dan mereka bertanggungjawab di atas pilihan yang telah mereka buat. Kepercayaan tentang takdir Tuhan merangkumi kepercayaan di dalam empat perkara: Allah mengetahui segala sesuatu. Allah mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Allah mencatit segala yang telah berlaku dan segala yang akan berlaku. Apa saja yang Allah kehendaki akan berlaku, dan apa yang Dia tidak izinkan tidak akan berlaku , Allah adalah pencipta segala sesuatu.
Adakah Sumber Rujukan Yang Lain Selain Daripada Al- Qur’an?
Ya. Sunnah (Kata-kata, perbuatan atau apa sahaja yang dipersetujui oleh Nabi Muhammad ) ialah sumber kedua di dalam Islam. Sunnah terdiri daripada hadis, yang disampaikan oleh para sahabat yang boleh dipercayai, tentang kata-kata, perbuatan dan amalan yang dipersetujui oleh Rasulullah . Percaya kepada sunnah ialah asas kepercayaan Islam.
Contoh Hadis Nabi Muhammad
{ Orang-orang yang beriman, di dalam menyintai, berkasih-sayang dan kebajikan sesama saudaranya, adalah ibarat satu badan: jika mana-mana bahagian badannya sakit, keseluruhan badan akan merasa sakit. }1
{ Yang paling sempurna di antara mereka yang beriman adalah mereka yang baik akhlaknya. Dan yang paling baik di antara mereka adalah yang paling baik dengan isteri-isteri mereka. }2
{ Tidaklah kamu beriman (sepenuhnya) sehingga kamu menyintai saudaramu sebagaimana kamu menyintai diri kamu sendiri. }3
{ Orang yang pengasih dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Tunjuklah belas kasihan sesama makhluk di muka bumi, dan Allah akan kasih kepadamu. }4
{ Senyuman itu satu sedekah... }5
{ Kata-kata yang baik itu adalah sedekah. }6
(1) Diriwayatkan di dalam Saheeh Muslim, #2586, dan Saheeh Al-Bukhari, #6011.
(2) Diriwayatkan di dalam Mosnad Ahmad, #7354, dan Al-Tirmizi, #1162.
(3) Diriwayatkan di dalam Saheeh Al-Bukhari, #13, dan Saheeh Muslim, #45.
(4) Diriwayatkan di dalam Al-Tirmizi, #1924, dan Abu-Dawood, #4941.
(5) Diriwayatkan di dalam Al-Tirmizi, #1956.
(6) Diriwayatkan di dalam Saheeh Muslim, #1009, dan Saheeh Al-Bukhari, #2989.
{ Sesiapa yang percaya kepada Allah dan Hari Kiamat mestilah berbuat baik kepada jirannya. }1
{ Allah tidak menghukum kamu kerana rupa dan kekayaanmu, tetapi Dia melihat ke dalam hatimu dan melihat amal perbuatanmu. }2
{ Bayarlah gaji pekerjamu sebelum keringatnya kering. }3
{ Seorang lelaki yang sedang berjalan merasa dahaga. Apabila dia sampai ke sebuah perigi, dia memasukinya, minum, lalu naik semula ke atas. Kemudian dia melihat seekor anjing yang sedang menjilat lumpur kerana kehausan. Orang itu berkata: “Anjing ini sedang merasa dahaga sebagaimana aku merasakannya.” Dengan itu dia turun semula ke dalam perigi, mengisi kasutnya dengan air, lalu memberi anjing itu minum. Maka, Allah mengampuni dosanya. } Rasulullah ditanya: “Ya Rasulullah, adakah kita diberi ganjaran kerana berbuat baik kepada haiwan?” Nabi menjawab: { Terdapat ganjaran bagi kebaikan kepada semua makhluk samada manusia atau haiwan. }4
Apakah Yang Dikatakan oleh Islam Tentang Hari Kiamat?
Seperti penganut agama Kristian, orang-orang Islam percaya bahawa kehidupan masa kini hanyalah merupakan persediaan untuk kehidupan yang akan datang. Hidup ini adalah ujian bagi setiap individu untuk kehidupan sesudah mati.
Akan datang satu hari di mana seluruh alam akan musnah dan semua yang telah mati akan dibangkitkan semula untuk diadili oleh Allah. Hari ini adalah permulaan bagi kehidupan yang kekal. Ia dipanggil Hari Kiamat. Pada hari tersebut, semua orang akan diberi ganjaran mengikut kepercayaan dan amalan mereka. Mereka yang mati di dalam keadaan percaya bahawa “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah utusan (Rasul) Allah” dan merupakan orang-orang Islam akan diberi ganjaran pada hari itu dan dibenarkan memasuki syurga untuk selama-lamanya, sebagaimana Allah telah berfirman: Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Mereka itu penghuni syurga, dan kekal di dalamnya.
(Qur’an, 2:82)
(Qur’an, 2:82)
(1) Diriwayatkan di dalam Saheeh Muslim, #48, dan Saheeh Al-Bukhari, #6019. (2) Diriwayatkan di dalam Saheeh Muslim, #2564.
(3) Diriwayatkan di dalam Ibn Majah, #2443. (4) Diriwayatkan di dalam Saheeh Muslim, #2244, dan Saheeh Al-Bukhari, #2466.
Akan tetapi, mereka yang meninggal tanpa mempercayai bahawa“Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan(Rasul) Allah” atau kafir tidak akan memasuki syurga selamanya dan akan dihantar ke neraka sebagaimana firman Allah :
Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, amalnya tidak akan diterima sama sekali dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi. (Qur’an, 3:85)
Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, amalnya tidak akan diterima sama sekali dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi. (Qur’an, 3:85)
Dan di dalam firmanNya:
Orang-orang yang kafir dan mati di dalam kekafirannya, sama sekali tidak akan diterima dari mereka tebusan emas sepenuh bumi, kalaulah mereka ingin menebusnya. Mereka itu akan mendapat seksa yang menyakitkan, dan mereka tidak akan mendapat pertolongan.
(Qur’an, 3:91)
Seseorang mungkin bertanya, ‘Saya fikir Islam ialah agama yang baik, tetapi jika saya menganut agama Islam, keluarga saya, rakan-rakan, dan orang lain akan mendakwa saya dan mengejek saya. Oleh itu jika saya tidak menganut agama Islam, bolehkah saya memasuki syurga dan diselamatkan dari api neraka?’ Jawapannya ialah seperti firman Allah di dalam ayat berikut:
“Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, amalnya tidak akan diterima sama sekali dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi. ”
Setelah mengutuskan Nabi Muhammad untuk menyampaikan dan menyeru mereka kepada Islam, Allah tidak menerima sebarang ketaatan kepada agama lain selain daripada Islam. Allah adalah pencipta kita dan pemberi rezeki. Dia mencipta bagi kita semua yang ada di bumi. Semua restu dan perkara yang baik yang kita perolehi adalah dari Dia. Maka setelah semua ini, apabila seseorang menolak kepercayaan kepada Tuhan , atau agamanya, dia akan dihukum di akhirat. Sebenarnya, tujuan utama kejadian kita adalah untuk menyembah dan mentaati Dia, sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya di dalam Al-Qur’an (51:56). Alam kehidupan yang kita hidup hari ini adalah alam kehidupan yang pendek. Orang-orang kafir pada Hari Kiamat akan menganggap bahawa hidup mereka di bumi hanyalah satu hari atau sebahagian dari sehari, sebagaimana firman Allah:
Allah bertanya: “Berapa lama kamu berada di bumi?”
Jawab mereka: “Kami berada di bumi sehari atau mungkin
sebahagiannya....” (Qur’an, 23:112-113)
Dan Dia telah berfirman:
Apakah kamu sekelian mengira, bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia (tanpa tujuan dan tanggungjawab), dan bahawa kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami (di hari akhirat)? Maha Tinggi Allah, Penguasa yang Benar, tiada Tuhan selain Allah, DialahTuhan Arasy yang Pemurah. (Qur’an, 23:115-116)
Kehidupan di akhirat adalah kehidupan sebenar. Ia bukan saja dari segi roh, tetapi juga dari segi fizikal. Kita akan tinggal di sana bersama jasad dan roh kita. Dalam perbandingan antara alam ini dengan alam akhirat, Nabi Muhammad bersabda:
{ Nilai dunia ini berbanding dengan hari akhirat ialah seperti apa yang anda dapat dari jari anda apabila anda mencelupkannya ke dalam laut lalu mengeluarkannya. }1 Iaitu, nilai alam ini berbanding dengan alam akhirat adalah ibarat beberapa titisan air dibandingkan dengan sebuah lautan.
Bagaimana Seseorang Menjadi Penganut Islam?
Hanya dengan mengucapkan dengan yakin, “La ilaha illa Allah, Muhammadur rasoolu Allah,” seseorang dapat menjadi penganut Islam. Maksud ucapan ini ialah “Tiada Tuhan yang benar melainkan Allah,2 dan Muhammad ialah utusan (Rasul) Allah.” Bahagian pertama, “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah,” bermakna tidak ada yang layak disembah melainkan Allah sahaja, dan Allah
tidak mempunyai sekutu maupun anak. Untuk menjadi seorang penganut Islam, seseorang itu juga mestilah :
Percaya bahawa Al-Qur’an itu adalah ayat-ayat dari Allah, yang diturunkanolehNya.
Percaya bahawa Hari Kiamat adalah benar dan akan berlaku, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Qur’an.
Menerima Islam sebagai agamanya.
Tidak menyembah yang lain selain daripada Allah
.
.
Nabi Muhammad bersabda: { Allah lebih suka dengan taubat orang yang tunduk mengadapnya dengan insaf daripada seseorang dari kamu yang menunggang unta di gurun, lalu unta itu lari daripadanya bersama makanan dan minuman, sehingga dia tiada harapan untuk mendapatkannya kembali. Lalu dia pergi ke bawah pohon dan berteduh di bawahnya (menunggu mati), kerana telah putus asa untuk mendapatkan untanya kembali. Kemudian di dalam keadaan sebegitu, tiba-tiba untanya berada di depan matanya. Lantas dia menangkapnya dan di dalam kegembiraan menyebut: “Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan Akulah Tuhanmu!” Kesilapannya itu timbul kerana terlalu gembira. }1 Ucapan, “Tiada Tuhan yang benar selain Allah, dan Muhammad adalah utusan (Rasul) Allah,” tercatit pada sebuah pintu masuk.
Apa Itu Al-Qur’an?
Al-Qur’an, kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah, ialah sumber utama kepercayaan dan amalan setiap penganut Islam. Ia adalah berkaitan semua perkara yang melibatkan perihal manusia: kebijaksanaan, doktrin, penyembahan, transaksi, undang-undang dan lain-lain, tetapi tema asasnya adalah hubungan antara Allah dengan makhlukNya. Pada masa yang sama, ia memberi garis panduan dan ajaran yang lengkap bagi sebuah masyarakat yang adil, perlakuan yang baik dan sistem ekonomi yang seimbang.
Perhatikan bahawa Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad hanya di dalam bahasa Arab. Oleh itu, sebarang terjemahan Al-Qur’an, samada di dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain, bukanlah Al-Qur’an maupun satu versi Al-Qur’an, malah ia hanyalah satu terjemahan bagi makna ayat-ayat Al-Qur’an. Al-Qur’an hanya wujud di dalam bahasa Arab, bahasa ia diturunkan.
Siapakah Nabi Muhammad ?
Nabi Muhammad telah dilahirkan di Mekkah pada tahun 570 M. Oleh kerana bapanya meninggal sebelum baginda lahir dan ibunya meninggal tidak lama selepas kelahirannya, baginda dibesarkan oleh bapa saudaranya, seorang lelaki dari puak Quraisy yang sangat dihormati. Baginda dibesarkan buta huruf, tidak pandai membaca atau menulis dan kekal sedemikian sehingga wafatnya. Umat baginda, sebelum misinya sebagai rasul, adalah jahil tentang sains dan kebanyakan daripada mereka juga adalah buta huruf. Ketika baginda membesar, baginda dikenali sebagai seorang yang benar, jujur, amanah, pemurah dan ikhlas. Baginda tersangat amanah sehingga mereka memberi baginda gelaran Al-Amin ( yang amanah).
Nabi Muhammad sangat kuat beribadah, dan baginda telah lama membenci keruntuhan moral dan pemujaan berhala yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Ketika berumur empat puluh tahun, Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama dari Allah melalui malaikat Jibril. Wahyu-wahyu ini diterimanya berterusan selama dua puluh tiga tahun, ia dihimpunkan dan dikenali sebagai Al-Qur’an.
Nabi Muhammad sangat kuat beribadah, dan baginda telah lama membenci keruntuhan moral dan pemujaan berhala yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Ketika berumur empat puluh tahun, Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama dari Allah melalui malaikat Jibril. Wahyu-wahyu ini diterimanya berterusan selama dua puluh tiga tahun, ia dihimpunkan dan dikenali sebagai Al-Qur’an.
Masjid Nabi Muhammad di Madinah.
Sebaik sahaja baginda mula membaca Al-Qur’an dan menyampaikan kebenaran yang Allah telah turunkan kepadanya, baginda dan pengikutnya menerima siksaan daripada kaum musyrikin. Penyiksaan terhadap orang Islam menjadi terlalu hebat sehingga pada tahun 622M, Allah memerintahkan supaya mereka berhijrah. Penghijrahan dari Mekah ke kota Madinah, kira-kira 260 batu ke utara, menjadi tarikh pemulaan kalendar Islam. Setelah beberapa tahun, Nabi Muhammad dan pengikutnya dapat kembali ke Mekah, di mana mereka memaafkan musuh mereka. Sebelum Nabi Muhammad wafat, pada umur enam puluh tiga tahun, kebanyakan Semenanjung Arab menjadi wilayah Islam, dan di dalam tempoh satu abad kewafatan baginda, Islam telah tersebar ke Sepanyol di Barat dan China di timur. Antara sebab Islam tersebar dengan cepat dan aman adalah kerana kebenaran dan ketelusan doktrinnya.
Islam menyeru kepada kepercayaan kepada satu Tuhan, hanya satu yang layak disembah. Nabi Muhammad adalah contoh terbaik seorang manusia yang jujur, adil,pengasih, benar dan berani. Walaupun baginda adalah seorang lelaki, baginda sangat jauh daripada sifat yang keji dan berusaha hanya kerana Allah dan ganjarannya di akhirat. Tambahan pula, di dalam setiap perilaku dan tindak tanduknya, baginda penuh insaf dan takut kepada Allah.
Bagaimana Penyebaran Islam Mempengaruhi Perkembangan Sains
Islam mengesyorkan agar manusia menggunakan kebijaksanaan dan pemerhatian mereka. Dalam beberapa tahun Islam tersebar, universiti dan tamadun utama dunia berkembang. Sintesis idea Timur dan Barat, juga pemikiran baru dan yang lama membawa kepada perkembangan yang besar di dalam bidang perubatan, matematik, fizik, astronomi, geografi, senibina, seni, sastera dan sejarah. Banyak sistem penting seperti algebra, sistem nombor Arab dan konsep sifar (penting bagi perkembangan matematik), telah disebarkan ke zaman pertengahan Eropah daripada dunia Islam. Peralatan canggih yang membolehkan pelayaran pengembaraan Eropah, seperti astrolabe, sukuan dan peta pelayaran yang baik juga telah dicipta oleh orang-orang Islam.
Astrolabe:
Salah satu alat sains yang sangat penting yang telah dicipta oleh orang Islam, yang juga digunakan dengan meluas di Barat sehingga zaman moden. Ahli perubatan Islam telah memberi banyak perhatian terhadap pembedahan dan mencipta banyak alat pembedahan sebagaimana yang dilihat di dalam manuskrip lama ini.
Apakah Kepercayaan Orang Islam Terhadap Nabi Isa?
Orang-orang Islam menghormati dan memandang mulia terhadap Nabi Isa (sejahtera ke atasnya). Mereka menganggap beliau salah seorang daripada rasul Allah. Al-Qur’an mengesahkan kelahirannya tanpa bapa, dan terdapat satu Surah di dalam Al-Qur’an bertajuk ‘Maryam’. Al-Qur’an menerangkan kelahiran Nabi Isa seperti berikut:
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam, sesungguhnya Allah telah memberikan kamu khabar yang gembira, seorang putera yang kelak akan membawa berita dari Allah, namanya Isa alMasih Ibnu Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan tergolong orang yang dekat kepada Allah. Dan dia yang boleh berkata-kata kepada orang ramai sejak masih dalam buaian lagi, dan apabila ia dewasa, dia termasuk orang yang soleh.” Maryam berkata: “Tuhanku, bagaimana aku mendapatkan anak, kerana aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman: “Demikianlah Allah menciptakan yang Ia kehendaki.” Kalau telah diputuskan sesuatu Dia berfirman kepadanya,”Jadilah engkau,” maka jadilah ia. (Qur’an, 3:45-47)
Nabi Isa lahir dengan perintah Allah yang telah mencipta Adam, juga tanpa bapa. Allah berfirman: Perihal Isa di sisi Allah adalah seperti halnya Nabi Adam. Allah menciptakannya dari tanah, kemudian Ia berfirman kepadanya,
“Jadilah engkau,” maka jadilah ia. (Qur’an, 3:59)
Ketika kerasulannya, Nabi Isa melakukan banyak mukjizat. Allah menerangkan bahawa Nabi Isa berkata: “Aku datang kepadamu membawa mukjizat dari Tuhanmu. Aku membuat untuk kamu sesuatu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku meniupnya maka jadilah ia seekor burung dengan izin Allah. Aku menyembuhkan orang buta sejak lahir dan orang yang berpenyakit kusta.
Dan aku hidupkan orang yang telah mati, dengan izin Allah. Aku memberitahu kepadamu apa yang engkau makan dan apa yang engkau simpan di rumah-rumahmu....” (Qur’an, 3:49)
Penganut Islam percaya Nabi Isa tidak disalib. Musuh Nabi Isa merancang untuk menyalibnya tetapi Allah telah menyelamatkan beliau dan mengangkatnya kepadaNya lalu diganti dengan seseorang yang menyerupai Nabi Isa. Musuh Nabi Isa menangkap dan menyalib lelaki tersebut kerana menyangka orang itu adalah Nabi Isa. Allah berfirman: ... mereka ucapkan: “Kami telah membunuh AlMasih, Isa putera Maryam, rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya juga tidak menyalibnya tetapi menyalib orang yang diserupakan dengan Isa....
(Qur’an, 4:157)
Nabi Muhammad maupun Nabi Isa tidak datang untuk mengubah asas doktrin kepercayaan tentang Tuhan yang satu, yang disampaikan oleh rasul-rasul sebelum mereka, bahkan mereka datang untuk mengukuh dan memperbaharuinya.
Apa Islam Kata Tentang Keganasan?
Islam, agama ehsan, tidak membenarkan keganasan. Di dalam Al-Qur’an,
Allah berfirman:
Allah tidak melarang kamu bergaul dengan orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang yang berlaku adil.
(Qur’an, 60:8)
Nabi Muhammad selalu melarang tenteranya daripada membunuh perempuan dan kanak-kanak,1 dan baginda menasihati mereka: { ... jangan khianat, jangan membazir, jangan membunuh anak yang baru lahir. Dan dia juga bersabda: {
Sesiapa yang membunuh orang yang mempunyai perjanjian dengan orang-orang Islam tidak akan mencium bau syurga, walaupun wangiannya ditemui selama empat puluh tahun. Juga, Nabi Muhammad telah melarang hukuman dengan api. Baginda pernah menyenaraikan pembunuhan sebagai dosa kedua terbesar, dan baginda juga memberi amaran bahawa pada Hari Kiamat, { Kesalahan di antara manusia yang mula-mula dihakimi pada Hari Kiamat adalah kesalahan yang melibatkan pertumpahan darah.4 }
Sesiapa yang membunuh orang yang mempunyai perjanjian dengan orang-orang Islam tidak akan mencium bau syurga, walaupun wangiannya ditemui selama empat puluh tahun. Juga, Nabi Muhammad telah melarang hukuman dengan api. Baginda pernah menyenaraikan pembunuhan sebagai dosa kedua terbesar, dan baginda juga memberi amaran bahawa pada Hari Kiamat, { Kesalahan di antara manusia yang mula-mula dihakimi pada Hari Kiamat adalah kesalahan yang melibatkan pertumpahan darah.4 }
Orang orang Islam juga digalakkan untuk berbuat baik terhadap binatang dan dilarang menyakiti mereka. Nabi Muhammad pernah berkata:
{ Seorang
{ Seorang
perempuan telah dihukum kerana beliau telah mengurung seekor kucing sehingga ia mati. Akibatnya, beliau dihumban ke neraka. Ketika mengurung kucing itu, beliau tidak memberi kucing itu makan atau minum, maupun membebaskannya untuk mencari makanan sendiri. }
Baginda juga menyebut tentang seorang lelaki yang memberi minuman kepada seekor anjing yang kehausan, lalu Allah mengampuni dosanya kerana amalannya.
Rasulullah telah ditanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami akan diberi ganjaran kerana berbuat baik kepada haiwan?” Baginda bersabda: {Ada ganjaran terhadap amalan baik terhadap semua makhluk, samada haiwan maupun manusia. }
Tambahan pula, ketika menyembelih binatang untuk dijadikan makanan,
orang-orang Islam diperintah untuk melakukannya dengan mengelakkan daripada mengakibatkan kesengsaraan dan ketakutan sebaik mungkin.
Nabi Muhammad bersabda : { Apabila kamu menyembelih binatang, lakukanlah dengan cara yang terbaik. Seseorang itu perlu menajamkan pisaunya untuk mengurangkan kesakitan binatang itu. }
Dalam sudut ini dan teks Islam yang lain, perbuatan menimbulkan ketakutan di dalam hati orang awam yang tidak berdaya, pemusnahan bangunan dan harta benda, pengeboman dan mencederakan lelaki, wanita, dan anak-anak yang tidak bersalah adalah dilarang dan tindakan yang dikecam oleh agama Islam dan penganutnya. Orang Islam mengikuti agama kedamaian, belas ehsan dan kemaafan, dan kebanyakan orang
tidak ada kaitan dengan peristiwa ganas yang dikaitkan dengan orang Islam.
Jika seorang individu Islam melakukan keganasan, orang ini bersalah kerana telah melanggar hukum agama Islam.
Hak Asasi Manusia dan Keadilan Di dalam Islam
Islam memberi banyak hak kemanusiaan kepada seseorang individu. Berikut adalah beberapa hak kemanusiaan yang dibela oleh Islam. Nyawa dan harta rakyat di dalam sesebuah negeri Islam adalah dianggap suci, samada seseorang itu Islam atau bukan Islam. Islam juga melindungi maruah. Oleh itu, di dalam Islam, menghina orang lain atau mengejek mereka adalah dilarang. Nabi Muhammad bersabda:
{ Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, dan maruah kamu tidak boleh dicabul. }2
Perkauman tidak dibenarkan di dalam Islam, kerana Al-Qur’an menyebut
tentang persamaan hak di dalam ayat yang berikut:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari jenis lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya, yang termulia di sisi Allah di antara kamu adalah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti. (Qur’an, 49:13)
Islam menolak melebihkan individu atau bangsa tertentu kerana harta, kuasa atau bangsa mereka. Allah mencipta setiap manusia itu sama, yang membezakan mereka antara satu sama lain adalah amalan dan keyakinan mereka. Nabi Muhammad menyuruh kita melakukan amalan yang baik sebagaimana yang diperintah oleh Allah, dan takut serta cintakan Allah, bersabda: { Wahai manusia! Allah itu satu dan moyang kita (Adam) adalah satu. Seorang Arab tidak lebih baik dari seorang bukan Arab dan seorang bukan Arab tidak lebih baik daripada seorang Arab, dan seorang yang berkulit merah (iaitu. putih kemerahan) tidak lebih baik daripada orang berkulit hitam dan seorang berkulit hitam tidak lebih baik daripada orang berkulit merah,1 melainkan di dalam amalannya. }
Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh manusia hari ini ialah perkauman. Dunia maju boleh menghantar manusia ke bulan tetapi tidak dapat menghalang manusia daripada membenci dan bergaduh dengan orang lain.
Sejak zaman Nabi Muhammad, Islam telah memberi contoh yang jelas bagaimana menghentikan perkauman. Melaksanakan haji ke Mekah setiap tahun menggambarkan persaudaraan Islam yang sebenar dari kalangan pelbagai bangsa dan negara, apabila hampir dua juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berkumpul di Mekah untuk menunaikan haji.
Islam adalah agama keadilan. Allah berfirman :
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan kalau kamu menetapkan suatu hukum di kalangan manusia, hendaklah kamu
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan kalau kamu menetapkan suatu hukum di kalangan manusia, hendaklah kamu
hukumkan secara adil.... (Qur’an, 4:58)
Dan Allah berfirman:
... dan berlaku adillah. Sesungguhnya, Allah benar-benar suka kepada orang yang berlaku adil. (Qur’an, 49:9)
Kita mestilah berlaku adil walaupun dengan orang yang kita benci, sebagaimana
firman Allah:
...dan janganlah kebencianmu kepada suatu kelompok mendorongmu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana ianya lebih hampir kepada takwa.... (Qur’an, 5:8)
Nabi Muhammad bersabda: { Wahai manusia, berhati-hatilah terhadap kezaliman, 1 kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada
Hari Kiamat. }
Dan bagi mereka yang tidak mendapat hak mereka (iaitu, apa yang berhak bagi mereka mendapatnya) di dalam dunia ini akan menerimanya di Hari Akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah : { Pada Hari Akhirat, mereka yang berhak akan diberikan haknya (dan setiap kesalahan akan diperbetulkan)...
Apakah Status Wanita Di dalam Islam?
Islam memandang wanita, samada yang sudah berkahwin maupun belum, sebagai seorang individu yang mempunyai hak untuk memiliki dan membelanjakan harta dan pendapatannya tanpa pengawasan seorang penjaga (samada bapa, suami, maupun sesiapa sahaja). Dia berhak untuk membeli dan menjual, bersedekah dan memberi hadiah, serta membelanjakan wangnya mengikut kehendaknya sendiri. Maskahwin yang diberikan oleh suami kepada isterinya adalah untuk kegunaannya sendiri, dan dia tetap menggunakan nama keluarganya sendiri dan tidak perlu menggunakan nama suaminya. Islam menggalakkan para suami melayan isteri mereka dengan baik, sebagaimana sabda Nabi Muhammad : { Yang paling baik di antara kamu adalah mereka yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka. }
Di dalam Islam seorang ibu sangat dimuliakan. Islam menganjurkan seorang ibu mesti dilayan dengan sebaik-baiknya. Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad dan berkata: “Ya Rasulullah! Siapakah yang paling layak dilayan dengan baik?” Rasulullah berkata: {Ibu kamu. } Lelaki itu bertanya: “Sesudah itu siapa?” Rasulullah menjawab: { Ibu kamu. } Lelaki itu bertanya lagi: “Setelah itu?” Rasulullah menjawab lagi: { Ibu kamu. } Dan lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: { Kemudian ayahmu. }
Keluarga di dalam Islam
Hari ini, sebuah keluarga, iaitu unit asas di dalam sesebuah tamadun, mengalami perpecahan. Di dalam sistem keluarga Islam, hak suami, isteri, anak-anak, dan saudara mara adalah seimbang. Ia memupuk sikap pemurah, tidak mementingkan diri sendiri dan kasih sayang di dalam rangka sistem keluarga yang teratur. Ketenangan dan keselamatan yang diberi oleh sebuah keluarga yang stabil sangat dihargai, dan ia dilihat penting bagi perkembangan rohani ahli-ahlinya. Satu sistem sosial yang harmoni terhasil dengan kewujudan ahli keluarga yang besar dan sikap menghargai anak-anak.
Bagaimana Orang-orang Islam Melayan Orang Tua?
Di dalam dunia Islam, sesorang jarang menjumpai “rumah orang tua.” Cabaran untuk mengasihi ibubapa di dalam peringkat hidup mereka yang paling sukar dianggap sebagai satu penghormatan dan satu rahmat serta satu peluang untuk peningkatan rohani. Di dalam Islam, adalah tidak mencukupi untuk sekadar berdoa bagi ibubapa kita, kita patut melayan mereka dengan penuh kasih sayang, mengenang ketika kita merupakan anak-anak yang tidak berdaya dan bagaimana mereka mengutamakan kita daripada diri mereka sendiri. Ibu, terutamanya, dimuliakan. Apabila ibubapa lanjut usia, mereka dilayan dengan kasih sayang dan kelembutan tanpa mementingkan diri sendiri.
Dalam Islam, berkhidmat kepada ibubapa adalah tanggungjawab yang kedua sesudah solat, dan adalah hak mereka untuk mengharapkannya. Adalah dianggap keji untuk melahirkan perasaan marah apabila tanpa salah mereka, orang-orang tua dianggap sebagai menyusahkan. Allah berfirman:
Tuhanmu telah memerintahkan bahawa jangan kamu menyembah kecuali kepadaNya, dan berbaktilah bersungguh-sungguh kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sudah lanjut usia, maka jangan sekali-kali kamu mengucapkan “ah” dan jangan pula mengherdik atau menggertak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang mulia. Rendahkanlah diri kerana kasih kepada keduanya dan berdoalah, “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka mengasuhku sewaktu aku masih kecil.” (Qur’an, 17:23-24)
Apakah Rukun Islam?
Rukun Islam adalah rangka kehidupan seorang penganut Islam. Ia terdiri daripada mengucap dua kalimah shahadah, sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan menunaikan haji ke Mekah sekali seumur hidup bagi mereka yang mampu.
1) Mengucap Dua Kalimah Shahadah:
Mengucap dua kalimah shahadah iaitu, “La ilahailla Allah, Muhammadur rasoolu Allah.” Ucapan ini bermakna “Tiada Tuhan yang benar melainkan Allah,1 dan Muhammad adalah utusan (Rasul) Allah.” Bahagian pertama, “Tiada Tuhan yang benar melainkan Allah” bermaksud tidak ada yang layak disembah melainkan Allah sahaja, dan Allah tiada sekutu atau anak. Mengucap dua kalimah shahadah perlu disebut dengan yakin untuk memeluk Islam (sebagaimana yang dijelaskan di mukasurat 52-53). Mengucap dua kalimah shahadah adalah rukun yang paling penting di dalam Rukun Islam.
2) Sembahyang:
Orang-orang Islam sembahyang lima kali sehari. Setiap sembahyang tidak mengambil lebih daripada beberapa minit untuk dilaksanakan. Sembahyang di dalam Islam adalah hubungan langsung di antara penyembah dengan Allah. Tidak ada perantara di antara Allah dengan hambanya. Di dalam sembahyang, seseorang merasa kegembiraan dalaman, ketenangan dan kepuasan serta Allah redha dengannya. Nabi Muhammad bersabda: { Bilal, panggillah (orang ramai) bersembahyang, marilah kita merasa gembira kerananya. }2 Bilal ialah salah seorang daripada sahabat Nabi Muhammad yang dipertanggungjawabkan untuk memanggil orang ramai untuk sembahyang. Sembahyang dilakukan pada waktu subuh, tengah hari, petang, senja dan malam. Seorang Islam boleh sembahyang di mana sahaja, seperti di padang, pejabat, kilang, atau universiti.
3) Memberi Zakat (Membantu Mereka Yang Memerlukan):
Allah memiliki segala sesuatu, dan harta kekayaan adalah amanah yang diberikan kepada manusia. Maksud asal perkataan zakat adalah kedua-dua ‘penyucian’ dan ‘pertumbuhan’ Memberi zakat bermakna ‘memberi peratusan tertentu daripada hartabenda kepada golongan tertentu yang memerlukan.’
Peratus bagi emas, perak, dan wang tunai yang telah mencapai nilai 85g emas dan menjadi hakmilik selama setahun adalah dua setengah peratus. Hartabenda yang kita miliki disucikan dengan memberi sebahagian kecil kepada mereka yang memerlukan, dan, seperti mencantas tumbuhan,ini mengembalikan keseimbangan dan mengalakkan pertumbuhan baru. Seseorang juga boleh memberi sebanyak mana yang dia suka sebagai sedekah atau wakaf.
4) Berpuasa di bulan Ramadan:
Setiap tahun di bulan Ramadan, orang Islam berpuasa dari subuh ke matahari terbenam, menjauhi daripada makan, minum, dan hubungan seksual. Walaupun berpuasa adalah berfaedah kepada kesihatan, ia dianggap pada prinsipnya sebagai satu kaedah menyucikan diri secara rohani. Dengan memutuskan diri daripada nikmat dunia, sekalipun untuk satu jangkamasa yang pendek, seseorang yang berpuasa memperolehi rasa simpati terhadap mereka yang kelaparan. Ia juga meningkatkan kehidupan rohaniah seseorang.
5) Menunaikan haji ke Mekah:
Menunaikan haji ke Mekah pada setiap tahun adalah satu tuntutan, sekali seumur hidup bagi mereka yang mampu secara fizikal dan dari Jemaah haji bersembahyang di MasjidilHaram di Mekah. Di dalam masjid ini terdapat Kaaba (bangunan hitam di dalam gambar) yang menjadi arah kiblat bagi orang-orang Islam ketika mereka sembahyang. Kaaba ialah tempat bersembahyang yang Allah perintahkan ke atas Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, untuk membinanya. segi kewangan. Lebih kurang dua juta orang pergi ke Mekah setiap tahun dari seluruh pelusuk dunia. Walaupun Mekah selalu dipenuhi tetamu, Haji ditunaikan pada setiap bulan kedua belas kalendar Islam. Jemaah lelaki memakai pakaian yang ringkas yang tidak menunjukkan perbezaan kelas dan budaya agar semua orang berdiri sama di depan Allah.
Rukun Haji melibatkan tawaf, iaitu mengelilingi Kaaba tujuh kali dan berlari anak antara Bukit Safa dan Marwa, tujuh kali sebagaimana Hajar melakukannya sewaktu beliau mencari air. Kemudian jemaah haji akan berdiri bersama di Arafa1 dan berdoa kepada Allah serta memohon keampunannya, di dalam apa yang selalu dianggap sebagai pendahuluan bagi Hari Kiamat.
Penghujung Haji ditanda oleh satu perayaan, Eid Al-Adha, yang diraikan dengan ibadah. Ini, dan Eid al-Fitr, satu hari perayaan yang menandakan akhirnya Ramadan, adalah dua perayaan tahunan di dalam kalendar Islam.
Islam di Amerika
Adalah sukar untuk membuat kesimpulan tentang orang-orang Islam di Amerika secara umum. Mereka adalah saudara baru, pendatang asing, pekerja kilang, dan doktor. Masyarakat yang pelbagai ini disatukan oleh satu kepercayaan yang sama, dinaungi oleh satu rangkaian kebangsaan, oleh banyak masjid. Orang Islam tiba awal di Amerika Utara. Menjelang kurun ke lapan belas, terdapat ramai orang Islam di Utara Amerika. Ramai rakyat Amerika telah memasuki Islam. Mereka adalah dari kelas yang berbeza: yang kaya, miskin, berpelajaran, dan yang tidak berpelajaran. Hari ini, terdapat kira-kira lima setengah juta orang Islam di Amerika.
No comments:
Post a Comment