Punca Kehancuran Umat Islam
Assalammualaikum,
Kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca nota ini.Nota ini saya ambil dari bahan bacaan untuk dikongsi bersama agar bermanfaat untuk kita semua dan saya berharap tidak akan timbul daripada mana sumber yang saya perolehi cerita ini.
Islam adalah agama yang sukakan kedamaian, Islam tidak menyuruh membunuh sesama Islam,malah Islam menyuruh supaya orang-orang Islam bersatu-padu dan menjadi sebagai sebuah negara contoh dan teladan pada negara yang bukan Islam. Sekiranya orang-orang Islam dapat menjadikan negara Islam sebagai negara contoh yang berlandaskan kepada cara pemerintahan Rasulullah s.a.w. maka Insya Allah satu hari nanti seluruh dunia akan menjadi negara Islam.
Tsauban r.a. berkata:"Telah bersabda Rasulullah s.a.w."'Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi secara keseluruhan, aku dapat melihat bumi sebelah timur dan barat. Ssesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. kepadaku."
Sabda Rasulullah s.a.w. :"Kepadaku telah diberikan dua macam perbendaharaan iaitu merah dan putih. Aku telah mohon kepada Allah s.w.t.untuk membantu umatku supaya mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang dan aku telah memohon kepada Allah s.w.t.supaya mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka itu menjadi hancur luluh.
Lalu Allah s.w.t. berfirman: "Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu putusan maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku perkenankan do'amu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang dan Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh,sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, melainkan bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian yang lain dan mereka saling tawan-menawan."
Hadis diatas ini sudah cukup kukuh untuk kita fikirkan kenapa negara Islam berperang sesama sendiri, kenapa Iraq menyerang Iran dan Iran menyerang Iraq. Kenapa Iraq menyerang Kuwait dan mengapa Arab Saudi, Mesir, Syria,Turki serta orang-orang kafir menyerang Iraq? .Malah negara Islam sendiri tidak membantu negara Islam yang dilanda peperangan oleh musuh Islam, contoh negara Mesir sanggup menutup pengkalannya daripada memberi laluan bantuan makanan dan perubatan di negara Palastin, mengapa ini semuanya terjadi?
Kalau orang Islam sendiri tidak membantu orang islam yang lain siapakah yang akan membantu? Jika orang Islam tidak menyerang antara satu dengan lain, bukankah yang akan bermegah adalah orang Islam sendiri? Apabila berlaku peperangan sesama Islam bukankah orang Islam sendiri yang rugi? Sebagai orang Islam kita rennung-renungkanlah mengapa perkara sebegini boleh terjadi,sedangkan Rasulullah s.a.w. berdo'a untuk kebaikan dan kesejahteraan umat-umatnya. Semoga kepada semua umat Islam diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t agar sentiasa menjadi umat Islam yang cermelang, gemilang dan terbilang........insya Allah.....Amin.
No comments:
Post a Comment