Waspada Terhadap Musuh Islam
Sahabat yang dirahmati Allah,
Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang bertakwa. Dan bersyukurlah di atas nikmat Allah yang paling besar lagi tidak terhingga nilainya. Nikmat berada di atas jalan-Nya yang benar iaitu jalan para Nabi dan Rasul. Kita berada di dalam nikmat Islam dengan pilihan Allah. Sesiapa yang menolaknya maka padahlah hidupnya dan akan rugilah dia di akhirat kelah.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (sistem hidup) maka ia tidak diterima dan dia di akhirat kelak bersama mereka yang rugi."
(Surah Ali-Imran ayat 83)
Sahabat yang dimuliakan,
Jadikanlah Islam itu sebagai cara hidupmu kerana sesungguhnya Islam menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ingatlah bahawa sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan senang melihat umat Islam berpegang teguh kepada ajaran agamanya. Mereka akan mencari jalan untuk memesungkan dan menyesatkan ke jalan yang batil mengikut telunjuk mereka.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya Allah (Deen Allah) dengan mulut-mulut mereka (diayah-diayah mereka) dan Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya Islam walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."
(Surah At-Taubah ayat 32).
Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi ini sejak nabi-nabi dan rasul-rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman Baginda Rasulullah s.a.w., di zaman Khulafah Ar-Rashidin hingga sekarang dan akan terus dicuba dan ditentang hingga hari Qiyamat.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sebahagian besa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kepada mereka kebenaran."
(Surah Al-Baqarah ayat 109)
Ini adalah persaksian Allah tentang sikap permusuhan orang-orang kafir terhadap orang-orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka samaada Yahudi, Nasrani, Majusi, Buddha atau Hinduni dan sebagainya. Sebab itu Rasulullah s.a.w. barsabda yang bermaksud, "Kekufuran itu satu pegangan."
Sahabat yang dihormati,
Salah satu bekas Perdana Menteri British ada membuat kenyataan katanya, "Barat sekali-kali tidak dapat menguasai timur atau barat sendiri tidak akan aman selagi mana Al-Qur'an berada di tangan orang-orang Islam."
Kenyataan yang sama di buat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria di bawah jajahan mereka barkata, "Kita tidak akan menang dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagimana mereka membaca Al-Qur'an Al-Karim dan bercakap dengan bahasa Arab. Oleh itu kita perlu hapuskan Al-Qur'an daripada kehidupan mereka dan hapuskan bahasa mereka."
Maksud mereka "menghapuskan Al-Qur'an daripada kehidupan orang Algeria" bukanlah menghapuskan naskhah Al-Qur'an yang mereka baca tetapi menghapuskan roh Al-Qur'an di dalam kehidupan mereka. Menghapuskan Al-Qur'an daripada menjadi manhaj hayah (cara hidup) mereka.
Kenalilah musuh-musuh yang berada disekelilingmu, yang membawa berbagai-bagai pengaruh yang menyesatkan. Membawa masuk filem-filem barat, muzik-muzik rock, program-program hiburan-hiburan yang melampaui batas akhlak Islam (pergaulan bebas lelaki dan wanita) dan berbagai gejala sosial lain (arak, merokok dan berjudi) dan sebagainya.
Sahabat,
Pertelagahan antara haq dengan batil adalah menjadi sunnah hidup manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran tidak senang dengan kebenaran yang dibawa Islam. Allah s.w.t. memperingatkan kita supaya berjaga-jaga jangan cuba terpengaruh dan ikut cara hidup orang-orang kafir nanti kita akan ditimpa kerugian yang besar.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman jika kamu mentaati orang kafir mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran dan kamu akan rugi."
(Surah Ali-Imran ayat 149).
Ingatlah! Musuh-musuh Islam telah menggunakan berbagai-bagai tektik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang Islam dan umatnya dengan senjata dan askar-askar, pemikiran dan ideologi serta akhlak dan kebudayaan. Semua bentuk serangan yang tersebut telah mendatangkan kemenangan kepada mereka. Umat Islam kalah dalam peperangan pemikiran dan ideologi dan kalah dalam serangan akhlak dan kebudayaan.
Lihatlah kepada reliti yang berlaku dinegara-negara Islam. Mereka diserang dan dijajah baik dengan kekuatan tentera atau kekuatan ekonomi atau kekuatan media elektronik dan sebagainya.
Bangunlah wahai pemuda Islam!
Musuh-musuh Islam menggunakan tektik dan tipu helah secara halus atau kekerasan. Mereka menghalang umat Islam membina kekuatan sendiri supaya tidak dapat memerintah dan memimpin manusia kearah keredhaan Allah. Orang-orang Mukmin perlu memiliki kekuatan dalam berbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekali gus menyelamatkan manusia sejagat dari kesesatan di bawah pimpinan jahiliah yang penuh engan angkara kezaliman di serta pelusuk dunia.
Oleh itu beristiqamahlah kamu dengan Islam walaupun dimana kamu berada, dan bersatulah dengan Jemaah Islam untuk menyusun strategi bersama-sama mendaulatkan Deen Islam dimuka bumi Allah ini.
Umat Islam di Serang Dengan Budaya Maksiat
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari demi hari dunia makin berkembang. Kehidupan manusia turut berubah. Usia manusia dan zaman juga pastinya mengalami peralihan. Faktor yang mempengaruhi kehidupan setiap individu semakin pelbagai dan rumit. Ini termasuklah wujudnya anasir yang baik dan anasir yang negatif saling mewarnai kehidupan anak Adam. Mungkin kerana itulah adanya pahala dan dosa, juga adanya Syurga dan Neraka.
Sahabat yang dimuliakan,
Jika anasir baik yang menguasai perkembangan dunia dan peralihan usia, tidak menjadi soal dan kerisauan. Sebaliknya, apa yang menjadi tanda tanya ialah pengaruh yang merosakkan bergerak aktif meresap ke dalam kehidupan seharian kita.
Di samping individu atau tokoh tertentu yang mempengaruhi corak hidup masyarakat, khususnya anak muda, faktor media juga memainkan peranan itu. Semua bentuk media, samaada majalah, akhbar, televisyen, radio, telefon bimbit, internet dan seumpamanya cukup kuat dalam menerapkan budaya hidup lucah dan sumbang mahram, terutama dalam kehidupan generasi muda.
Sebagai orang yang akan merasakan dirinya bakal bertemu dengan Allah dan menamakan dirinya Muslim, kita perlu serius melihat persoalan ini. Ini kerana, semua anasir yang sengaja dicipta ini tidak lain, bertujuan merosakkan peribadi generasi umat Islam, yang dilebel di atas nama hiburan atau keseronokan. Sama ada kita sedar atau tidak, tahu atau tidak, insaf atau tidak, agen-agen perosak ini terus berleluasa.
Sahabat yang dikasihi Allah,
Apakah segala bentuk kerosakkan ini berpunca dari teknologi? Kehidupan pada hari ini tidak boleh di pisahkan dengan teknologi termasuk yang menguasai semua bentuk media. Sebaliknya, apa yang wajar kita lakukan ialah waspada dan menyediakan benteng ketahanan diri untuk menghadapi semua kemajuan ini. Anak-anak muda perlu di berikan kesedaran mengenai akibat buruk dan baik yang di bawa oleh satu-satu teknologi itu.
Malah, kesedaran sebenar yang perlu diberi kepada mereka ialah kesedaran dan kefahaman Islam yang tulin. Dalam dunia hari ini ramai orang bercakap tentang Islam, tapi nak cari Islam yang sebagaimana Rasulullah s.a.w. bawa (tulin) agak sukar. Kita kena banyak berfikir dan mengkaji. Semua kemajuan yang datang mestilah diselaraskan dengan ajaran Islam. Setiap yang tidak menepati syariat hendaklah dijauhkan segera. Carilah apa yang Allah suka kelak kita tidak akan menyesal.
Sahabat,
Oleh itu marilah kita gunakan sepenuhnya usia, masa, kesihatan, kemampuan dan peluang yang ada untuk membaiki kehidupan umat Islam. Pastikan tidak sibuk dengan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan hidup sebagai seorang Muslim. Pendik kata, semua masa itu di gunakan untuk memperbaiki akhlak umat Islam seperti mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Sepatutnya, apabila usia meningkat amal Islami pun makin bertambah. Bukan sahaja meningkat dari segi kuantiti tetapi juga sekaligus kualitinya. Oleh itu, kemampuan, kelapangan dan kesihatan yang Allah s.w.t. kurniakan sepatutnya dapat meningkatkan keelokan Islam seseorang.
Dalam hal ini , Nabi s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud, "Keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya." (Hadis Riwayat Tirmizi). Ini bermakna kita tak sepatutnya sibuk dengan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Sesuatu yang tidak berguna itu meliputi perkataan sia-sia dan juga perbuatan kosong yang menghabiskan masa serta umur secara percuma. Ruginya kita apabila umur bertambah, tapi amal masih sedikit. Bahkan yang sedikit inipun tidak elok atau kurang berkualiti.
Nabi Musa a.s. pernah menyebut bahawa masa orang yang berakal itu ada empat. Pertama, masa untuk bermunajat kepada Tuhannya. Kedua, saat untuk menghitung diri. Ketiga, saat untuk memikirkan perbuatan Allah dan keempat, saat untuk urusan hajat serta makan minumnya. Orang yang berakal juga tidak berusaha atau sibuk melainkan untuk akhiratnya, untuk kehidupan dan berlazat dengan benda yang tidak haram.
Sahabat yang dihormati,
Oleh itu dalam kesempatan ini marilah kita merenung diri masing-masing samaada kesibukan kita itu pada perkara yang menguntungkan kita di dunia dan di akhirat atau sebaliknya, tertipu. Sebab itu kegairahan kita menjalani kehidupan ini perlu seimbang di antara rohani, akal dan jasad. Untuk itu, kita seharusnya berusaha supaya kesibukan kita adalah untuk mencukupkan bekal menuju Allah s.w.t. Jika kita sibuk berusaha, biarlah apa yang kita usahakan dan cari itu menambahkan kualiti Islam dan takwa kita. Bukan pula kuantiti kerja atau amal yang tidak diterima atau dinilai oleh Allah s.w.t.
Maruah Islam Yang Tidak Terbela!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah
Masanya sudah tiba untuk kita bangun daripada tidur yang panjang! Cukuplah kezaliman dan penghinaan yang dilakukan ke atas umat Islam. Cukuplah maruah dan harga diri kita diragut secara rakus oleh musuh-musuh Islam. Saban hari wanita-wanita Islam diperkosa dan diaibkan. Saban hari juga, darah saudara-saudara kita tumpah ke bumi. Nyawa mereka menjadi terlalu murah. Mereka mati dalam keadaan perit, pedih dan terseksa kerana pembelaan yang diharapkan tidak kunjung tiba.
Lihatlah penderitaan dan perjuangan saudara kita di Palestin, Kashmir, Chechnya, Filipina, Kemboja, Thailand, Cina, Burma dan di tempat-tempat lain. Musuh-musuh Islam menyerang dan membunuh mereka dari segenap penjuru. Tetapi lihatlah semangat dan keberanian mereka. Walaupun tanpa kelengkapan dan persenjataan yang sempurna, mereka tetap bangun melawan, diri mereka dijadikan perisai demi mempertahankan Islam dan maruah diri.
Sahabat yang dimuliakan,
Peristiwa yang mengerikan ini bukanlah suatu catatan sejarah silam atau cerita novel. Ia berlaku di zaman kita, di depan mata kita, ketika kita masih lagi hidup! Tetapi, kita hanya melihat dan berpeluk tubuh! Alangkah besarnya dosa kita kerana membiarkan saudara kita dianiaya dan diperlakukan sedemikian rupa. Malah kita bersenang-lenang, sibuk dengan dunia sendiri dan sibuk memenuhi keinginan nafsu dan isi perut. Sedangkan kita seharusnya turut merasai penderitaan mereka dan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk membela maruah umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dalam saling berkash sayang, cinta-mencintai dan kasih-mengasihi ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit, maka bahagian anggota lain juga merasa sakit dan tidak dapat tidur malam (kerana sama-sama menanggung kesakitan)."
Malang sekali, di kebanyakkan negara umat Islam, yang kaya-raya dan mewah, yang pemerentahnya terdiri daripada kalangan yang mengaku beragama Islam, mereka tidak melakukan apa-apa. Kerana mereka sendiri adalah manusia yang tiada maruah dan nilai diri. Apalah yang boleh kita harapkan daripada orang-orang yang mabuk dengan dunia, menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya dan langsung tidak ada kesedaran untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. Malah mereka menjadi alat kepada kuffar untuk menjayakan agenda mereka, untuk menjahanamkan Islam dan umatnya. Mereka adalah manusia fasiq, zalim dan munafiq!
Baru-baru ini bagaimana bumi Palestin diserang dengan hebat oleh tentera Zionis laknatullah hingga mengorbankan lebih 1300 umat Islam yang tidak berdosa dan merosakkan semua pasarana dibumi Gaza, tetapi negara-nagara umat Islam hanya memerhatikan sahaja malahan bekerjasama dengan Zionis laknatullah untuk menutup sempadan sehinggakan bantuan kemanusiaan makanan dan ubat-ubatan tidak dapat masuk ke Gaza. Sedangkan negara umat Islam berada disekeliling bumi Palestin.
Jiwa dan hati para pemimpin negara-negara Islam yang menjadi talibarut kuffar itu tidak ada sedetik pun merasa bersalah dan simpati apabila melihat darah umat Islam mengalir dilakukan oleh tentera-tentera Dajjal tanpa belas kasihan.
Baru-baru ini amat memalukan apabila ada jutawan Arab Islam sanggup membeli satu kelab bola sepak Inggeris dengan harga berbillion dollar USA, sedangkan ramai umat Islam yang menderita kelaparan dan amat memerlukan bantuan untuk hidup. Inilah jenis manusia yang tidak sedar diri, kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. digunakan untuk memenuhi hawa nafsunya dan untuk mencari kemegahan dan pujian.
Sahabat yang dikasihi,
Lihatlah di sekeliling kita. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Kemungkaran paling besar ialah tidak melaksanakan syariat Allah dan menyembah berhala-berhala moden seperti kebendaan, kemasyhuran, kehendak-kehendak nafsu dan syaitan. Ini adalah syirik yang perlu diperangi dan ditentang habis-habisan kerana ia akan meragut dan membahayakan iman umat Islam.
Dalam masa yang sama, manusia-manusia yang sombong dan angkuh ini, tidak pernah mahu mangambil iktibar daripada peringatan dan ancaman-ancaman Allah. Baru-baru ini berlaku gempa bumi di Padang Sumatera dan sunami di kepulauan Amerika menjadi pengajaran dan iktibar bahawa tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di tempat kita. Sepatutnya kita menjadikan segala peristiwa, bala dan musibah yang melanda negara-negara lain untuk memberi keinsafan bahawa kita perlu kembali memperhambakan diri kepada Allah SWT. dan melaksanakan ketaatan kepada-Nya.
Jika kita takutkan Allah SWT dan beriman dengan hari akhirat, kita harus menggembelingkan seluruh kekuatan, pemikiran, tenaga, harta bahkan titisan darah untuk membela agama Allah SWT. Jangan kita takut dan gentar kepada apapun didunia ini kerana kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dan bahagia. Apakah kita takut ancaman manusia lebih dari ancaman Allah SWT? Apakah akibatnya nanti jika kita meninggalkan amal jihad, mendiamkan diri apabila agama Allah SWT dan Nabi SAW. dipermainkan? Bagaimana kita mahu mengaku umat Nabi SAW. jika kita tidak bangun mempertahankannya, sedangkan para sahabat sanggup menjadikan belakang mereka sebagai perisai untuk mempertahankan Nabi SAW daripada anak-anak panah musuh. Mempunyai cita-cita besar (masuk syurga) tetapi tidak diikuti dengan usaha sedaya-upaya untuk mencapainya adalah tanda-tanda orang yang tidak mahu mancapai ketinggian.
Oleh itu marilah sama-sama kita perbaiki amalan hidup kita supaya seluruh perasaan kasih dan cinta dan jiwa kita hanya untuk Islam dan berusaha untuk mencapai kemuliaan hidup di dunia dan akhirat dan ingin mati dijalan Allah SWT. Kuatkan iman dan amal, buangkan perasaan cinta kepada dunia, maralah kehadapan dengan penuh keberaniaan dan tawakal kepada AllahSWT. Janji Allah SWT pasti benar. Jangan ragu!
No comments:
Post a Comment