Saturday, July 12, 2014

KITA HANYA INGAT PADA AL-QURAN BILA.....

Kita hanya ingat pada al-Quran bila..

- perlukan ayat-ayat "fadhai'l a'mal" (ayat2 yg ada kelebihan cth macam ayat rukyah, ayat pengasih, ayat pembuka rezeki, ayat utk berjaya dalam peperiksaan dll )

- ada program2 tilawah al-Quran, tadarus al-Quran dan seumpamanya. Hanya utk majlis2 tertentu je.

- perlukan dalil utk menghentam dan melawan satu pihak lagi yakni utk menegakkan hujah sendiri. Nak al-Quran yang ikut hujah dia, bukan dia yang sepatutnya ikut hujah al-Quran.

- berada dalam suasana yg menakutkan. Takut gelap, takut hantu.




- berada dalam suasana sedih akibat kematian atau orang tgh nazak nak mati. Masa ni lah kita dengar bacaan2 Ya Sin dan sebagainya.

- berada dalam keadaan getir. Contohnya tsunami, banjir besar dalam keadaan ketakutan yang amat sangat.

- berada dalam keadaan insaf selepas apa-apa musibah..cthnya putus cinta, putus tunang, cerai, hilang harta benda sebagainya.. Masa ni ingatlah nak baca al-Quran kejap, bila dah happy? Al-Quran dilupakan kembali.

- orang suruh jadi imam solat spt solat terawih, solat fardhu. Time ni kalut nak hafal ayat al-Quran.

- sampai masa nak kahwin. Al-Quran dijadikan saksi. Juga sebagai hantaran. Kadang2 diganti dengan buku, "Aku Terima Nikahnya".

- hati tidak tenang. Alhamdulillah, masih ingat kamu pada al-Quran. Masih cari lagi al-Quran.

Anda boleh senaraikan sendiri bila baru anda teringat pada al-Quran..

Kita ingat pada orang yang kita sayang, tapi kita lupa pada sesuatu yang lebih patut kita sayang.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML