Kenapa mudah sangat seseorang itu didampingi syaitan?
Sebab tak baca al-Quran.
Sebab itulah sampai hilang pedoman dalam penuh kemaksiatan.
Baca al-Quran tak seronok?
Kalau tak seronok baca, kita hafal nak?
Mari menghafal al-Quran cara mudah.
1. Berapa ayat kena hafal?
Hafal 3 AYAT SAHAJA setiap hari. Ha. Amacam?
Boleh hafal 1 ayat sahaja di sebelah pagi.
Kemudian 1 ayat di sebelah petang.
Baki 1 ayat lagi di sebelah malam.
2. Bila kena test bacaan?
Dalam solat. Tak kiralah solat berjemaah atau berseorangan.
Test 1 ayat dalam solat Zohor misalnya. Ada 4 rakaat, kan? So boleh ulang sebanyak 2 kali atau 4 kali ikut suka.
Test ayat seterusnya dalam solat seterusnya. Ulangkan ayat pertama tadi bersama ayat kedua. Gabungkan.
Untuk solat sebelah malam. Gabungkan ketiga-tiga ayat. Ulangkan sampai lancar.
Selesai sahaja 1 juzuk hafal, SILA TUNGGU dulu seminggu atau dua minggu sebelum ke juzuk seterusnya.
Dalam masa seminggu dua tu, sila ulang dan ulang dan ulang juzuk yang telah dihafal tu sampai cair dalam kepala dulu. Sebab nanti lepas kita hafal juzuk baru, juzuk yang lama ini mesti digabung baca lagi.
So, beban hafalan semakin banyak dan berat setiap kali beralih juzuk. Sebab tu kena cairkan betul-betul.
3. Tips untuk mantapkan lagi?
Sebelum tidur, tulislah ayat al-Quran yang dah berjaya hafal tu dalam buku tulis. Simpan baik-baik buku tu. Sambil tulis sambil lancarkan lagi.
Oh. Solat taubat cantiklah kalau buat setiap hari. Dosa banyak, kan? Mohon ampun, berkurang dosa. Dosa kurang, lagi mudah hafal.
4. Tips supaya tak salah tajwid?
Pilih bacaan dari Qari yang anda suka. Misalnya kalau suka Syeikh Misyari, download dan dengar bacaannya. Kemudian, TIRU BULAT-BULAT cara sebutan dan bacaannya melalui pendengaran. Ulang-ulang dengar 1 ayat. Henfon canggih-canggih tu gunalah untuk replay banyak kali.
Cuba bacakan depan ustaz atau ustazah untuk perbetulkan lagi bacaan. Jangan malu walaupun dah tua. Biasalah belajar.
5. Tips supaya lebih jitu dan rapi hafalan?
Perdengarkan (tasmik) hafalan kepada sesiapa sahaja. Bagi dia pegang al-Quran untuk dia semak. Suruh ayah mak dengar boleh, suruh kawan boleh. Suruh bos tempat kerja pun boleh. Siapa saja pun boleh.
Seronok. Orang yang baca dapat pahala. Orang yang dengar pun dapat pahala. Sharing is caring!
6. Bila nak habis?
Kita bukan sekolah tahfiz. Jadi, kenapa nak cepat habis? Nak dapat sijil ke?
Jadikan hafalan ni hafalan sepanjang hidup. Sepanjang hayat. Rutin.
Ada lebih kurang 6000 lebih ayat al-Quran untuk dihabiskan. Kalau nak dibuat kira-kira, lebih kurang 5 atau 6 tahun maka habislah hafalan kamu.
"What?!! 5 atau 6 tahun?! Bapak lama!"
Eh. Sekarang umur berapa?
5 atau 6 tahun lepas waktu disia-siakan dengan apa?
6 tahun akan datang nak sia-siakan juga?
Ubahlah. Bukan lambat atau cepat habis yang kita nak.
Tapi ayat-ayat al-Quran tu biar melekat kuat dalam jiwa dan ingatan.
Buat apa cepat habis, tapi tak ingat apa pun lepas tu.
Biar mati dalam keadaan hafal al-Quran.
Mati dalam keadaan tiada satu hari pun miss baca al-Quran.
Dapat amalkan seluruh dalam al-Quran lebih baik.
Bila hidup dengan al-Quran tiap hari, yang berdamping dengan kita adalah malaikat. Hati mulai bercahaya. Wajah pun nampak ada nur.
Tenang.

Individu yang serakkan dan buang al-Quran dalam tandas memanglah TAK BETUL.
Kita marah.
Kita bengang.
Individu yang tak ikut apa yang tercatat dalam al-Quran, meremeh serta menghinakan ajaran Allah secara tersurat dan tersirat juga sama TAK BETUL.
Tapi yang hairan.
Tiada siapa rasa nak marah dirinya sendiri tak ikut al-Quran.
Masih lagi selamba tinggalkan solat fardu.
Masih lagi selamba lengahkan solat 5 waktu.
Betulkan bacaan al-Quranmu.
Terutamanya Surah al-Fatihah.
Itukan surah yang kamu baca tika berbicara dengan Allah.
Bagaimana mungkin bicara dengan manusia sungguh elok.
Tapi 'bicara' dengan Allah tersangatlah buruk.
Sebab itulah mereka yang jadikan prioriti mendalami al-Quran
dan etika pembacaannya lebih wajar disegani.
Berbanding produk universiti.
Harakat, makhraj, hukum mim dan nun mati,
Tajwid mudah pun tak reti
No comments:
Post a Comment