Soal Jawab Agama Siri 33
(Doa ketika bersama isteri, Qarin manusia, Amalan Fitrah Dan Lain-lain lagi)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 33 adalah menjawab persoalan mengenai doa ketika bersama isteri, Qarin manusia, amalan fitrah, merubah ciptaan Allah dan tabaruj.
461. Soalan : Apakah doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ketika bersama isteri (berjimak). Jika membaca doa tersebut apa kebaikan yang akan kita perolehi?
Nabi SAW mengajarkan kita membaca doa perlindungan daripada gangguan syaitan.
Doanya seperti berikut;
بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”
Jika kita membaca doa ini syaitan akan menjauhkan dirinya dan jika ditakdirkan oleh Allah SWT mendapat zuriat maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya.
Dari Ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), " Sekiranya salah seorang di antara kamu bermaksud mendatangi (mencampuri) isterinya, maka hendaklah dia mengatakan,'Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami, 'Sebab, kalau Allah menakdirkan lahirnya seorang anak dari hubungan itu, maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tetapi jika seseorang itu berjimak sedangkan dia tidak membaca doa, syaitan akan bersama-sama melakukan perseggamaan bersamanya.
Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila seseorang mencampuri (berjimak) isterinya tanpa menyebut nama Allah, maka jin akan bergabung dengannya dan melakukan persenggaman bersamanya." (Di riwayatkan oleh Ibn Jarir Ath-Thabariy dalam Tafsirnya, dan oleh Al-Hakim dan At-Tirmidzi dalam Nawadir Al-Ushul)
462. Soalan : Apabila lahir sahaja anak Adam ke dunia Allah SWT akan hadirkan bersama-samanya Qarin dikalangan jin. Bolehkah ustaz terangkan siapakah Qarin yang sebenarnya dan apakah tugasnya?
Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin kafir) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.
Tugas Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan Qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda SAW.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah S.W.T. maksudnya : Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: 'Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong'. (Allah berfirman) : 'Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu.'. Keputusan-Ku tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku."
(Surah Qaf ayat 27-29)
Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(Qarin) jin (syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : "Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'jin (syaitan)' yang ditugaskan berdamping dengannya".
Disifatkan bahawa Qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia.
463. Soalan : Apakah amalan fitrah yang digalakkan oleh Islam untuk dilakanakan oleh umatnya?
Hadis Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya : “Lima hal yang termasuk fitrah iaitu: khitan (berkhatan), mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai.”
(Hadis Riwayat Bukhari (6297 - Fathul Bari), Muslim (3/257 - Nawawi), Malik dalam Al-Muwatha (1927), Abu Daud (4198), At-Tirmidzi (2756), An-Nasa'i (1/14-15), Ibnu Majah (292), Ahmad dalam Al-Musnad (2/229) dan Al-Baihaqi (8/323)
Masa paling lama untuk servis 4 perkara adalah tidak melebihi 40 malam.
Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Hadis Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan berkhatan, mencukur bulu kemaluan, cabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.
464. Soalan : Apakah hukumnya jika wanita membuat tahi lalat tiruan, menipiskan bulu kening, meratakan gigi, menggunakan botox untuk mencantikkan wajah dan melakukan pembedaham plastik untuk memancungkan hidung dan membesarkan payu dara?
Kesemua perbuatan tersebut adalah haram kerana cuba merubah ciptaan Allah SWT.
Ibnu Mas’ud ra berkata; “Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”. Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?” Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah SAW; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah SWT berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wanita mukmin tidak perlu mencantikakan wajahnya dengan perkara-perkara yang dilarang oleh agama memadailah menserikan wajah dengan sentiasa berwuduk, banyak membaca al-Quran dan solat malam. Jika hati bersih daripada hasad dengki, iri hari , sentiasa tersenyum dan berfikiran positif sebenarnya inilah faktor yang akan melahirkan wajah yang ceria, bercahaya dan awet muda.
465. Soalan : Apakah hukumnya jika wanita keluar rumah bersolek berlebih-lebihan hingga merubah wajahnya yang asal dan apakah maksud bertabaruj bagi wanita?
Wanita mukmin dilarang apabila keluar rumah dengan bersoleh berlebih-lebihan kerana perbuatan tersebut menyamai perbuatan semasa zaman jahiliah.
Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;
“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang boleh merangsang syahwat laki-laki…
Sedangkan sifat-sifat tabarruj di zaman jahiliyah ada beberapa pendapat;
Pertama; seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki. Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid.
Kedua, wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit. Ini adalah pendapat Qatadah.
Ketiga, wanita yang memakai wangian. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih.
Keempat, wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan. Ini adalah pendapat al-Kalabiy.
Kelima, wanita yang memakai tudung terlalu kecil dan nipis dan tidak menutup dada-dada hingga menampakkan warna kulit dan rambut mereka.
Perbuatan yang termasuk Kategori Tabarruj
1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat
Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai seluar jean yang ketat dan merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.
2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Nabi SAW bersabda; “Setiap wanita yang memakai wangian, janganlah ia mengerjakan solat ‘Isya’ bersama kami.”(Hadis Riwayat Muslim)
3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)
Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya. Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. Dalam sebuah hadis diriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya; “Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaai)
4. Berdandan Berlebihan
Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya. Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok dan sebagainya. Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif. Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”
5. Membuka Sebahagian Aurat
Wanita yang memakai tudung tetapi memakai baju kemeja T lengan pendik, bertudung tetapi terlalu kecil dan nipis kainnya atau memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan, dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.
6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi Gorgeous
No comments:
Post a Comment