Sunday, November 2, 2014

TIDAK BERKURANG, KECUALI BERTAMBAH

Sekiranya kamu memperlihatkan sedekahmu, itu perkara baik.

Sekiranya kamu bersedekah kepada orang fakir dan kamu menyembunyikannya, itulah yang lebih baik bagi kamu.

Allah menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Bersedekah sebelum terngadah

"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim."

 (Surah Al-Baqarah : 254)

3 fadhilat utama bersedekah.

1. murah rezeki murah

2. menolak bala

3. panjang umur.

Di dalam hadis Nabi ada mengatakan 

“ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.” 

Indahnya sedekah membantu orang susah merasa kesenangan seperti kita. Indahnya sedekah merapatkan jurang ukhwah tanpa mengira pangkat dan harta. 

Apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan.

Kita juga dianjurkan untuk bersedekah dengan mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain.

Memetik hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menyebut, 

antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah 

(HR.At-tirmidzi)

Kempen 3S "Sedekah sehari seringgit". Jom mulakan dari sekarang!

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML