Sunday, November 2, 2014

MASIH MENCURI MASA SEPERTI DAHULU

"Nta, ana sakit hati nta datang meeting lambat. Bukan sekali dua tetapi dah banyak kali. Nta kena consider masa orang lain juga!", marah si muslimat kepada seorang muslimin

"tapi nti kena faham ana gak. Ana bukan sengaja, ada hal urgent yang ana perlu uruskan"

Begitulah situasi yang kerap kali berlaku dalam sesebuah organisasi hatta persatuan islam juga turut terkena "sumpahan" ini. Masalah hati seringkali ditarik masuk dek sikap dan kealpaan dalam mendisplinkan diri.



MASA MENYEMBELIH KITA

Kata Sayidina Ali R.A 'Masa itu umpama pedang jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu'

Kalau kita tak memintasnya, maka tengkuk kita akan dicantasnya. Demikianlah pepatah Orang Arab yang begitu memberatkan tentang masa. Bukan mahu bicara tentang pepatah itu, kerana ini bukanlah slot mari belajar bahasa bersama muslimdoktor, tapi mahu bicara tentang pantasnya masa yang begitu cepat berlalu.

Sampaikan diam tak diam sudah banyak hati-hati yang dilukai akibat keterlekaan kita menjaga masa. Tabiat atau habit suka mencuri masa orang lain boleh menimbulkan fitnah kepada Islam malah membantutkan usaha membaikpulih imej seorang daie (pendakwah) yang sering dipandang sepi.

Kehidupan kita umpama arus deras yang tidak berpenghujung. Kita sentiasa terangsang untuk bergerak dan bertindak. Umpama manusia yang dihanyutkan, kita merasakan tindakan segera dan spontan amat perlu untuk kelangsungan hidup kita. Suasana begini kadang-kadang menjadikan kita lupa diri dan hilang arah tuju.

Jangan kita lupa bahawa masa itu juga adalah kehidupan seperti yang digambarkan oleh Al Imam Hassan Al Banna. Setiap masa yang kita sia-siakan itu adalah sebahagian dari kehidupan kita yang akan dipersoalkan di Akhirat nanti. Setiap detik yang kita abaikan adalah sebahagian dari umur kita yang akan menentukan nasib kita dihujung usia kita.

Kita tidak semestinya sibuk sebab melihat orang lain sibuk dan kitapun tak perlu tergesa-gesa kerana melihat orang lain semuanya tergesa-gesa. Bahkan Islam menggambarkan bahawa ketergesaan itu adalah dari syaitan yang sentiasa berusaha agar kita leka dan lupa diri.


MUHASABAH DIRI

Benar,
Kadang-kadang kita tidak lari dari melakukan kesalahan. Kita lupa diri dan hilang arah tuju. Suka bertangguh kerja. Hidup semakin tidak terurus. Pengurusan masa yang lemah dan penyakit malas mula menyerap masuk dan menyerang sel-sel rajin.

Ambillah masa. Muhasabah diri semula. Berikan ruang dan waktu agar segala kekusutan terlerai. Usah membazir masa dengan melakukan kesilapan buat kali yang kedua.

Bagi yang lama bergelumang dengan lumpur dakwah, mereka sudah menjiwai seni dakwah, bahawa seni dakwah ini cukup indah, kerana ia mendidik hati manusia bukan membentuk tanah liat, mengukir kayu dan sebagainya. Manusia sendiri adalah makhluk Allah yang sangat unik, namun usaha dakwah ini sudah menjadi tanggungjawab seorang mukmin. insyaalllah...

Seni dakwah mampu mentarbiyyah, mendidik diri daie khususnya agar berdisplin dan menjaga kepatuhan masa demi kemaslahatan gerak kerja organisasi. Segalanya boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.


p/s : tiada kena mengena dengan sesiapa. Hanya peringatan untuk orang yang menulis dan membaca.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML