Sunday, November 2, 2014

TEGURLAH & BERSEDIALAH DITEGUR!!

Marilah sama-sama kita saling tegur menegur, dan berlapang dada apabila ditegur. Jernihkan suasana mahabbah dengan berlapang dada dan rasa cinta dan kasih pada orang yang menegur


Woi, tudung kau singkatlah! Nak masuk neraka ape? Sengal betul!"

"Gemuk, kuruskanlah badan kau. Dah la gemuk makan banyak! Xde sape nak kahwin ngan kau nanti"

"Hari dah siang la. bangun le. Suboh nak abes tu. Tengok aku bangun awal, siap tahajjud dan sahur lagi."


SUKAKAH ANDA DITEGUR?

Pernah tak kita dengar kawan kita minta ditegur?

Biasa kita dengar, orang menegur orang.

Memang ada. Tapi sangat jarang.


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita"

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.


NAK JADI PENEGUR?

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. Atau dalam kata lain lebir arif dan senior.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Itu cuma satu contoh, namun jangan dijadikan alsan. Cuba amnil iktibar daripada kisah seorang ayah yang bekerja sabagai pencuri tetapi memahukan anaknya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya. Si anak perlu patuh kepada suruhan ayahnya tanpa mengambil kira latar belakang dan perangai ayahnya.

Saya sendiri seorang yang suka menegur, mengkritik dan membidas segala hujah atau isu yang saya rasakan bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan. Berkali jugalah saya tekankan, jangan lihat siapa saya tapi lihat apa yang saya katakan. 


TUJUAN MENEGUR

“Kau ni nak tegur aku atau nak marah aku?”

“Engkau nak nasihatkan aku atau engkau nak caci keji aku? Kau nak malukan aku cakap je lah!”

Dialog di atas cukup menjengkelkan dan ia sering berlaku kepada kita bahkan hampir mencetus pergaduhan. Si penegur atau tukang beri nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu, tawasau bil Haq wa tawasau bis Sabr. Membetulkan kesilapan dengan memahamkan kebenaran dan mendamaikan dengan kesabaran.

Firman ALLAH yang Maha Bijaksana : 

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”
(Surah An-Nahl: 125)

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

APA YANG PENTING?

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur diisyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

"Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka sedar. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur. Jika dia menerima teguran dengan hati yang redha dan bersangka baik, maka Allah akan lapangkan dadanya dan memasukkan taufiq dan hidayahNya. InsyaAllah..

Adapun, jika dia berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang semakin/ sudah mati.

Naudzubillahiminzalik...
Astaghfirullahal'azim...3x

p/s :

1.  Ada kawan saya komen, kalau saya menulis blog selalu panjang berjela dan jenuh membaca. Nak buat cmne, idea kat dalam "kepala otak" ni melimpah-limpah dan mencurah.

Jadi, saya akan ringkaskan entri kali ini untuk menyahut teguran dan kritikan kawan saya. Sebenarnya, saya nak kupas lebih lanjut lagi mengenai adab menegur dalam berjemaah dan isu yang selalu timbul.

Cuma, adab dalam menegur pemimpin dalam Malaysia memang diharuskan melalui pelbagai wadah sama ada penulisan, kata-kata mahupun demonsatrasi memandangkan isu-isu berat semakin menjadi tragis

- isu murtad
- isu kartun dalam Utusan Meloya memburukkan hukum hudud
- isu harga minyak dan barangan naik

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML