Monday, December 23, 2013

Sebab-sebab Doa Tidak di Makbulkan Oleh Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Pada suatu masa Ibrahim bin Adham pernah di tanya kenapakah doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT .?

Ibrahim bin Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT:

1. Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kamu kepadaNya)

2. Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.

3. Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.

4. Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya.

5. Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.

6. Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.

7. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.

9. Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

10. Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT, beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.

Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati sepuluh perkara seperti yang dinasihatkan oleh Ibrahim bin Adham semoga doa-doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML