Friday, September 26, 2014

MEREKA DAN KITA ??


Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillah segala  puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w...

Sama-sama kita berselawat ke atas baginda s.a.w, ikut saya bersama... =)

"Allahumma solli ala Muhammad wa ala aali Muhammad"

Ok, tahniah, anda telah menerima 10 ucapan selawat daripada Robbul a'lamin...untung kan?

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali"
(Sahih Muslim)




Nah! Untung bro...macam beli lolipop seringgit, jual sepuluh ringgit... =D

Oooppss...jauh pula menyimpang daripada tajuk entri kali ini...kekeke...tapi tidak apa, itu tanda kita cinta pada baginda s.a.w...insyaAllah...(jerit kuat-kuat dalam hati yang kita sayang baginda s.a.w)

p/s : jangan jerit nama makwe sudah la =P 

....................................................................................................................................

Siapa 'mereka'? Siapa 'kita' dalam entri kali ini?

'Mereka' itu ialah...

1) Encik 'Ayam' 




2) Haji 'ikan'




3) Sarjan 'semut'




4) Makcik 'burung'




5) YB 'serai' 



6) Dato' Seri 'kucing' 




Apa kena mengena binatang - binatang dengan serai ini dengan 'kita'?


Kalau kita duduk, memerhati dan berfikir, kita akan tahu bahawa setiap bintang, tumbuhan hatta bakteria sekalipun ada fungsi tertentu, ada kelebihan tertentu yang sesuai dengan fungsinya. 

Baiklah, kita pergi kepada'kita' pula...


1) Encik Doktor



2)  Encik 'Batu' (Geologist)



3) Guru/pendidik/cikgu



4) Pemandu bas



5) Penyapu sampah





Sudah tahu siapa itu 'mereka' dan siapa itu 'kita'?

Baiklah, sekarang kita lihat kepada 'mereka' terlebih dahulu. Semua binatang, tumbuhan hatta bakteria sekalipun, mempunyai tugas dan peranan masing - masing yang tertentu. SubhanaAllah! Sangat menakjubkan!


Namun...

Apa yang sama antara 'mereka'?

Ketahuilah muslimin dan muslimat dirahmati Allah sekalian, semua yang ada di langit dan di bumi ini sentiasa bertasbih memuji Allah!

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak akan mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun" (17:44) 


'Kita'? Ada doktor, ada jurutera, ada juruterbang, ada askar, ada ahli perniagaan, ada tukang urut, ada pengawal dan 1001 macam pekerjaan lagi. Semuanya berbeza.

.....................................................................

Ya benar, setiap orang tanpa mengira umur, pangkat, harta dan taraf pendidikan, seharusnya memiliki persamaan yang ada pada 'mereka' ini iaitu sentiasa mengingati Allah (berdakwah) dalam apa jua yang kita lakukan. 

Jangan jadikan alasan bahawa kita sibuk, kita tiada duit, sakit dan lain - lain untuk 'mengelakkan' diri daripada mengingati Allah (berdakwah). Sesibuk mana pun kita, tidak sesibuk Nabi Sulaiman a.s yang diberi kerajaan terbesar di dunia. Sesakit mana pun kita, tidak seperit yang ditanggung oleh Nabi Ayyub a.s.

Sultan Muhammad al Fateh yang membuka Konstantinopel pernah menangis kerana kurangnya masa untuk dia beribadah seperti mana yang dilakukan oleh ulama-ulama yang berada di sekelilingnya, namun apa jawab murobbinya? "Wahai Tuanku, kami beribadah dengan solat, zikir dan membaca al Quran, namun Tuanku beribadah melalui kepimpinan negara"

Renungi hadith sahih dalam sahih Muslim dan Musnad Ahmad ini sebagai penutup coretan ringkas ini,

Dari Abu Dzar r.a  bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.a.w bertanya kepada beliau:

"Wahai Rasulullah, orang-orang kaya dapat memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami sollat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka."

Maka beliau pun bersabda:

"Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara kepada kalian untuk bersedekah? Setiap kalimat tasbih adalah sedekah, setiap kalimat takbir adalah sedekah, setiap kalimat tahmid adalah sedekah, setiap kalimat tahlil adalah sedekah, amar ma'ruf nahi munkar adalah sedekah, bahkan pada kemaluan seorang dari kalian pun terdapat sedekah." 

Mereka bertanya:

"Wahai Rasulullah, jika salah seorang diantara kami menyalurkan nafsu syahwatnya, apakah akan mendapatkan pahala?" 

Beliau menjawab: 

"Bagaimana sekiranya kalian meletakkannya pada sesuatu yang haram, bukankah kalian berdosa? Begitu pun sebaliknya, bila kalian meletakkannya pada tempat yang halal, maka kalian akan mendapatkan pahala."

Wallahualam


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML