Friday, September 26, 2014

PEMUDA KINI SERING MENGELUH???




Adakah kita semua tergolong dalam golongan yang 'sedikit' ini?Dimanakah pemuda - pemuda Islam yang bersyukur kini?

Doa nabi Sulaiman A.S yang ternukil didalam surah An-Naml ayat 19:

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh." 

Di zaman Nabi Allah Sulaiman A.S berlaku pelbagai peristiwa yang menakjubkan dan satu daripada peristiwa itu ialah ketika sedang nabi Allah ini berjalan - jalan, baginda berhenti apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum setahun".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum setahun tak payah kamu melata di atas batu di tengah padang pasir ini, aku akan membantumu..".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil sebiji gandum, diletak dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi meninggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu tahun.

Bila genap setahun, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Setahun lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum setahun, ini sudah setahun tapi kamu makan hanya setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum setahun, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada janji kamu sebagaimana aku percaya kepada janji Allah S.W.T, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua tahun. Aku takut kamu akan terlupa".

Sedangkan janji seorang nabi pun seekor semut x percaya tentang kebergantungannya, inikan pula kita?yang sanggup mengenepikan janji Allah semata - mata untuk mendapatkan rezeki yang dijanjikan manusia. Dalam firman Allah didalam surah Muhammad ayat 7:

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

Inilah janji Allah kepada kita........

Disebuah kisah pula disebutkan,

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya menggali kuburi. Kerja gali kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk gali kembali.

Dia nak lihat macam mana rupa mayat setelah di bertemu dgn Munkar Nakir. Dia menggali 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali  " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIGUNAKAN".


Surah Ibrahim ayat 7: 

" Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 

Bersyukurlah sahabat..ucaplah Alhamdulillah apabila dikurniakan nikmat mahupun musibah..kerana Allah sayang pada kita melebihi sayangnya seorang ibu kepada anaknya...





No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML