Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan:
“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”
Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:
“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”
ALLAHU AKBAR!
Jawapan yang dilontarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal kepada anaknya di atas telah betul-betul menjentik hati saya tatkala mendengarnya buat kali pertama dulu. Kata-kata ini adalah antara kata-kata yang selalu terngiang di dalam benak saya terutama ketika datang perasaan mahu berehat-rehat dan bermain-main. Hari ini saya terjentik lagi dan tercubit dengan kata-kata ini apabila terbaca tentangnya di laman productivemuslim.com.
Nasihat ringkas tapi mendalam dengan makna dan nilai yang diucapkan oleh Imam Ahmad ini dapat menepuk kita supaya sedar akan hakikat kehidupan di dunia ini. Kita di dunia ini selalu sangat banyak berehat dan mencari masa untuk berehat. Sedangkan dunia bukanlah tempat untuk kita berehat. Ia tempat untuk kita bersungguh-sungguh mencari bekal buat perjalanan menuju Hari Akhirat.
Fokus kebanyakan kita adalah dunia, dunia, dunia. Ramai di kalangan kita yang mencari kerehatan di dunia. Melepaskan setiap masa yang berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat untuk Hari Akhirat. Sepatutnya setiap masa yang terluang diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Paling kurang pun ialah mengingati ALLAH samada di dalam hati atau mengucapkan kalimah-kalimah dzikir ALLAH.
Sebab itu kita selalu mendengar dan melihat para ulama saban siang dan malam mengisi masa mereka dengan sesuatu yang penting untuk Islam. Bukan sahaja amalan-amalan fardhu mereka kerjakan, bahkan amalan-amalan sunat sentiasa mengisi masa terluang mereka. Siang mereka, mereka isi dengan mengajar ilmu, berpuasa dan berjuang di jalan ALLAH. Malam mereka, mereka isi dengan bacaan al-Quran, solat sunat dan tahajjud kepada ALLAH. Sedangkan kita jarang sekali ingin menyusahkan diri dengan ibadah-ibadah.
Betapa jauh sekali iman kita dengan mereka. Mereka sanggup bersusah payah di dunia ini, berkorban harta dan melepaskan waktu rehat mereka, semata-mata untuk mendapatkan tempat rehat yang mereka idamkan iaitu Syurga. Dan itulah jalan yang ditempuhi oleh semua orang-orang soleh sejak zaman Nabi sallAllahu `alaihi wasallam hinggalah Hari Qiamat.
Tentang hakikat dunia ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah menasihati Ibnu `Umar sambil memegang bahu Ibnu `Umar yang maksudnya:
“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.”
(HR al-Bukhari)
Hadith ini bermaksud bahawa dunia ini bukanlah tempat kita untuk bersenang-lenang dan bukan juga destinasi kita. Orang asing atau penyeberang jalan tidak akan duduk rehat lama di kawasan yang bukan tempat tinggalnya. Dia pasti mahu meneruskan perjalanan dengan sungguh-sungguh menuju ke kampung halamannya. Dan kampung halaman bagi orang-orang beriman ialah Syurga. Ke sanalah tempat tuju dan idaman kita.
Semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufiq buat saya, ahli keluarga saya dan semua kita tentang hakikat kehidupan ini. Betapa Hari Akhiratlah tempat tujuan kita. Di dunia ini bukan tempat berehat kita. Ia tempat kita singgah dan mencari sebab keredhaan ALLAH melalui amalan-amalan soleh. Di Syurga nantilah tempat kita semua tuju dan berehat selama-lamanya.
Semoga ALLAH mengurniakan saya dan kita semua akan redhaNYA dan SyurgaNYA. Dan semoga saya dan kita semua dilindungi ALLAH dari kemarahanNYA dan NerakaNYA, amin…
Sekadar berkongsi,

No comments:
Post a Comment