Seorang pemuda terdengar dari balik dinding sayup-sayup perbualan jirannya iaitu seorang ibu tua dengan anaknya…
“Ibu..” suara si anak memecah kesunyian.
“Hmmm ?” ibunya menyahut.
“Ibu!” si anak meninggikan sedikit suaranya untuk mengambil perhatian ibunya.
“Apa?” si ibu menyahut panggilan anaknya.
“Mmm, anu … tadi saya ke masjid dengar ceramah… Ibu dengarlah ni !” si anak ingin meminta ibunya agar memberikan perhatian pada kata-katanya.
“Iya! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun…” terang ibunya.
“Bu!” panggil anaknya.
“Apa dia ? cakap ajelah, sayang ibu ooi” jawab ibunya.
“Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai tudung. Boleh tak Bu?” jelas si anak dengan semangat sekali.
“Jangan !!” larang ibunya.
Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.
“Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya?Saya mau pakai tudung ya?” pinta si anak.
“Kan ibu kata JANGAN!!” ibunya sekali lagi melarang.
“Tapi bu.. bukan ke lebih baik saya memakai tudung kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya…Betul tak bu…? Bolehlah bu..” pujuk si anak.
“TIDAK !” Si ibu tetap dengan keputusannya melarang anaknya memakai tudung.
“Kenapa ? Atau ibu terpengaruh dengan cerita bohong pasal memakai tudung? Kata Ustaz, tudung itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.” terang si anak.
“Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !” si ibu tetap dengan larangannya.
“Jadi Ibu melarang saya nih… Bu,mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.” si anak memberikan hujah.
“Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!” si ibu berkeras.
“WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!” si anak pula berkeras.
“JANGAN !” balas si ibu.
“TUDUNG !” balas si anak pula.
“JANGAN !” balas si ibu lagi.
“TUDUNG !!” jerit si anak.
“J A N G A N !!!” tegas si ibu.
“TUDUNG!!!!” tegas si anak pula.
Pemuda tadi yang mendengar di sebalik dinding sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar dari balik dinding untuk bertemu ibu dan anak itu dengan niat membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu …
“KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI…..” si ibu bersuara tegas dalam lembut.
Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai.
Hehehe, serius betul baca nampak……………………..

2 comments:
Aduh, udah terkena juga..haha
heeee.....terkena ea...sori :)
Post a Comment