Jika tuan/puan tiba-tiba didatangi perasaan malas untuk melakukan ibadah;
Atau tiba-tiba bertembung dengan musibah;
Atau tiba-tiba ada aral yang melintangi usaha baik tuan/puan;
Atau mendapat suatu berita/pemberian yang menyenangkan;
Atau tatkala menggunakan suatu kemudahan;
Maka bisikkanlah dalam hati berkali-kali:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Dengan menyedarkan diri sendiri bahawa ia adalah suatu ujian, in shaa’ ALLAH, kita akan cenderung untuk memilih pilihan yang boleh membuatkan kita berjaya ujian tersebut. Kita tidak akan mahu gagal.
Seorang pemuda didatangi perasaan malas untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Lalu dia membisikkan dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Akan terbentang di hadapannya beberapa pilihan. Pilihan paling jelas ialah dua pilihan, iaitu:
Dia ke masjid menunaikan solat secara berjemaah – berjaya ujian!
Dia melayan perasaan malas untuk tidak menunaikan solat di masjid secara berjemaah – gagal ujian!
In shaa’ ALLAH, dia akan memilih pilihan yang memungkinkan dia berjaya, iaitu pergi ke masjid.
Seorang pemudi bertembung dengan musibah iaitu tugasan yang dilakukannya selama berminggu-minggu tiba-tiba hilang dari simpanan memori di dalam komputer. Habis segala usahanya hilang begitu sahaja. Lalu dia membisikkan dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Akan terbentang di hadapannya beberapa pilihan tindakan. Pilihan yang paling jelas antaranya ialah:
Dia bersabar dan redha dengan ketentuan ALLAH lalu melafazkan “Itu sudah ketentuan ALLAH. Dan apa yang dikehendakiNYA DIA lakukan.” - berjaya ujian!
Dia melenting, salahkan itu dan ini, sepahkan meja, ketuk komputer untuk lepaskan tekanan - gagal ujian!
In shaa’ ALLAH, dengan memupuk hatinya bahawa ia adalah ujian dari ALLAH, maka dia akan memilih perbuatan yang menguntungkannya iaitu bersabar dan redha.
Seorang bapa telah merancang sesuatu yang baik-baik untuk anak-anaknya untuk sambung belajar di sebuah institusi pengajian tinggi, namun terbentang di hadapannya akan aral yang membuatkan perancangannya tergendala, malah terpaksa dibatalkan. Lalu dia membisikkan di dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Lebih kurang samalah dengan keadaan pada contoh 2 di atas.
Seorang lelaki dinaikkan pangkat ke suatu jawatan yang membolehkan beliau memperolehi gaji yang lebih lumayan dan tanggungjawab yang lebih besar serta prospek yang lebih luas. Di dalam hatinya dia membisikkan:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Terbentanglah di dalam hatinya akan beberapa pilihan, antaranya:
Bersyukur kepada ALLAH, lantas memanfaatkan jawatan tersebut untuk mengimarahkan hukum ALLAH dalam organisasinya di samping mengkayakan sifat amanah yang diajar oleh Islam ke dalam dirinya. – lulus ujian!
Berbangga dengan pencapaian diri, tidak bersyukur dan mengambil peluang dari syarikat untuk manfaat sendiri. - gagal ujian!
Atas fitrahnya yang ingin berjaya ujian, tentunya dia akan dengan berhati-hati memilih pilihan 1 supaya di sisi ALLAH dia berjaya.
Seorang remaja memiliki akses internet di kediamannya di asrama universiti. Selain menggunakannya untuk memperolehi maklumat pembelajaran, dia juga selalu membuka laman-laman seperti Facebook, Youtube dan malah mempunyai blog sendiri. Ketika menggunakan kemudahan tersebut, dia selalu membisikkan di dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Di dalam hatinya, dia menerbitkan dua pilihan untuk dia pilih, iaitu:
Bersyukur kepada ALLAH dengan menggunakan kemudahan tersebut untuk meningkatkan diri dalam pelajaran dan kehidupannya. Di samping itu menggunakan Facebook untuk saling menasihati dan berkongsi ilmu/tips beragama dengan rakan-rakannya. Youtube digunakan untuk menonton kuliah/perbincangan agama/ilmu kehidupan. Blognya pula disarati dengan perkongsian bermanfaat untuk dunia dan akhirat. - lulus ujian!
Berseronok dengan kemudahan tersebut, tidak memanfaatkannya, malah digunakan dalam urusan sia-sia dan dosa. - gagal ujian!
Dia ingin berjaya ujian. Maka secara sedar dia memilih pilihan pertama.
Hidup ini semuanya adalah ujian. Dengan menyedari hakikat bahawa kehidupan ini semuanya adalah ujian, maka in shaa’ ALLAH, insan akan berhati-hati melaluinya.
Dia tidak akan tergopoh-gapah memilih tindakannya. Dia tidak akan membiarkan perasaan atau nafsu memandu tindakannya. Atau orang lain mempengaruhi tindakannya.
Sebaliknya, hatinya akan penuh sedar bahawa ia suatu ujian buat dirinya. Dia akan berbicara di dalam hatinya mengenai pilihan yang bakal diredhai oleh Penciptanya iaitu ALLAH. Dia akan melakukan pertimbangan, tindakan manakah yang bisa meluluskannya dan yang mana bakal menggagalkannya? Yang pada akhirnya membuatkan dia berkecenderungan untuk memilih pilihan yang dapat meluluskannya pada ujian tersebut, in shaa’ ALLAH.

—
Contoh 1:

Contoh 2:

Contoh 3:

Contoh 4:

Contoh 5:

La haula wa la quwwata illa biLLAH.
Ya, kehidupan ini adalah semuanya ujian belaka!
Sangat berbeza sifat orang yang sedar dirinya sedang diuji dengan orang yang tidak sedar!
No comments:
Post a Comment